Salam warga Cari..Satu berita baik untuk pengguna Xperia arc dan arc s kerana ROM ICS yang dipercayai rasmi untuk arc/s telah terbocor..di sini aku beri sedikit maklumat dan pandangan aku setelah mencubanya beberapa hari..
Maklumat ROM :
1. ROM ini dipercayai rasmi kerana telah memiliki build no yang telah diberi certified oleh PTCRB pada 30 Mac 2012 untuk ICS Xperia arc s iaitu build no. 4.1.A.0.562.
2. Terdapat aplikasi performance assistance seperti mana dimaklumkan Sony.
3. Saiz ROM asal adalah 343 MB.
Review aku:
1. ROM ICS asal ini agak besar walaupun boleh dimuatkan sepenuhnya ke dalam storage ROM bagi xperia arc/s. (sebab itu kemungkinan besar SONY telah maklumkan ROM ini tidak boleh di install melalui Over The Air (OTA) dan harus menggunakan PC Companion).
2. Aplikasi performance assistance didapati hanya menyenaraikan aplikasi tertentu sahaja untuk tidak di masukkan ke dalam ROM.
3. Terdapat pembaharuan dalam bahagian setting dan dialer. Setting turut diletakkan di dalam status bar untuk memudahkan pengguna.
4. Keyboard didatangkan dalam 2 versi iaitu QWERTY dan biasa.
5. Lock Screen yang sama seperti mana Android 2.3 hanya function telah ditukar (slide ke kanan utk unlock manakala slide ke kiri untuk kamera).
6. ROM ini didapati lancar walaupun tidak selancar Android 2.3..Pada pendapat aku masih boleh dipertingkatkan. (Sedikit kecewa kerana Sony masih menggunakan kernel atau jantung versi 2.6.32.9 berbanding brand lain yang telah mula menggunakan kernel versi 3.0 untuk kelancaran optimum ROM ICS).
Kesimpulan :
1. ICS memberikan beberapa pembaharuan berbanding OS Gingerbread.
2. Bagaimanapun bagi mereka yang inginkan kelancaran yang terbaik, aku syorkan supaya kekal dengan OS Gingerbread.
Bagi yang nak mencuba aku sertakan link dibawah dan sila download di thread tersebut..
http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1590964
selepas generic untuk China telah terbongkar akhirnya official ICS untuk Xperia arc s (LT18i) dilancarkan..berikut aku sertakan screenshot dari hp aku untuk kita kongsi bersama bagaimana rupa ICS untuk xperia ni..