Post Last Edit by dunkin^donuts at 12-4-2012 19:57
Farid Kamil & Maya Karin
pernah bergandingan dalam Anak Halal dan bakal muncul bersama sekali lagi dalam Lagenda Budak Setan 2 dan 3.
Remy Ishak & Maya Karin
Serasi dalam filem dan di atas pentas teater (Teater Natrah). Pernah berganding dlm filem Cun dan akan datang bersama-sama menjayakan teater Cun akhir tahun ini.
Aaron Aziz & Maya Karin
Gandingan 2 artis ini sangat berjaya sehingga bersama-sama merangkul pelakon filem paling popular dek pukulan Ombak Rindu yangtidak henti-henti menghempas jiwa penonton. Gandingan mereka berdua menjadi ingatan dan antara pasangan kekasih (dalam filem) yang paling menyentuh hati dan berjaya setakat ini.
Lain-lain & Maya Karin
Antara lain2 artis yang pernah bergandingan dengan Maya karin ialah Danny X-factor, Rusdi Ramli dan Saiful Apek. Akan datang berkemungkinan besar Maya Karin dan Shahazey Sam akan menjayakan filem Munajat Kekasih.
bukan dia ada berlakon dgn hairie othman ke? filem yg dia koma je sepanjang masa tu? tak silap aku maya karin pompuan tu... ada jeslina hashim gak dlm filem tu
pastu azri iskandar pun pernah jadi hero dia gak kan?
maya ni berlakon dengan sape pun,filem dia tetap hits..walau kurang sambutan di pawagam tetapi bila tayang di tv..byk y tweet2 ttg citer dia...Maya Karin the best actress in malaya