CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2115|Reply: 3

jom melawat muzium titanic di belfast ireland

[Copy link]
Post time 27-4-2012 11:31 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Seratus tahun sudah berlalu sejak kapal RMS Titanic kepunyaan White Star Line karam di Lautan Atlantic. Just so you know hari ini 15 April 2012 ialah hari lebih 1000 orang menemui ajal kerana kapal Titanic tidak dilengkapi dengan bot penyelamat yang secukupnya. Sebelum ini ada kami paparkan muzium Titanic di Amerika Syarikat yang mempamerkan artifak yang diambil dari tapak karamnya Titanic. Hari ini aku mahu paparkan muzium Titanic di Belfast Ireland Utara. Di sinilah terletaknya limbungan kapal Harland and Wolff dimana Titanic direka dan dibina. Sepanjang pembinaannya lebih 28 000 warga Belfast bekerja disini. Muzium Titanic Belfast direka bagi menceritakan bukan sahaja sejarah kapal yang malang ini tetapi juga cerita mereka yang membinya. Rekaan luaran muzium ini dibuat untuk kelihatan seperti haluan kapal. Pada ketinggian 70 kaki ianya sama tinggi seperti haluan kapal Titanic. Bangunan sebesar 14 000 meter persegi dan enam tingkat ini juga merupakan muzium Titanic yang terbesar didunia. Pihak pengurusan berharap ianya dapat menarik lebih 1 000 000 pengunjung setiap tahun. Selain berfungsi sebagai muzium, Titanic Belfast bakal menjadi centerpiece kepada projek pembagunan semula Titanic Quarters yang benilai GBP 7 Billion. Sesiapa yang ke Belfast jangan lupa melawat muzium ini.

[size=85%]


[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 12:02 PM | Show all posts
Kalau ada kesempatan bolehlah dilawati
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 05:10 PM | Show all posts
besarnya muzium...
kalau gi ke situ boleh la tau dgn detail pasal kapal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 11:10 AM | Show all posts
Another muzium pasal titanic ni dibuat kat Halifax... New Foundland...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049198 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list