CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgboroi

BERSIH 3.0 - Pasca Demonstrasi Pt. 3

  [Copy link]
Post time 16-5-2012 06:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Radzor at 16-5-2012 18:09

Reply 2040# zamkumis


    Tak khianat negara, tetapi tidak juga inginkan negara yang korup. Tiada korupsi/penyelewengan = rakyat suka, negara aman.

Harapkan pegar, pegar makan padi..harapkan pemerintah, pemerintah berkepentingan sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 06:06 PM | Show all posts
tang mana memberontak nya????
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:17 PM | Show all posts
Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. Saya turut dipukul dengan objek tumpul. Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia.

Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang. Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah. Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”


Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol). Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan.

Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM. Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua.

Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam. Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan.

Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya.

Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian
che’GuBard / Badrul Hisham Shaharin
Parti Keadilan Nasional
Solidariti Anak Muda Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:27 PM | Show all posts
Reply 2043# Radzor


    ternyata amat perlu suruhanjaya penambahbaikan Polis.. total overhaul
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by kelana36 at 17-5-2012 17:48




  Perhimpunan Aman Politik pertama di Malaysia di Dataran 'tak' Merdeka menuntut pembersihan campurtangan penjajah British terhadap kedudukan agama Islam, Sultan Melayu dan bangsa Melayu. Kelihatan anak-anak kecil turut dibawa bersama oleh ibubapa. kerana Ibubapa percaya , pihak penjajah British tidak akan memukul mereka, membedil dengan gas pemedih mata. Paling tidak, British hanya mencerca mereka sebagai rakyat yg tidak bersyukur dengan gelaran sebagai anti-kerajaan atau anti-establishment melalui media milik British. Tapi anak cucu orang2 ini sekarang ini bukan budaya kita, dan Ulamak mereka membuat hukum baru dengan mengatakan ianya Haram.......MELAYU MUDAH LUPA....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:55 PM | Show all posts
Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan s ...
Radzor Post at 17-5-2012 17:17


yg ni aku setuju...yg jadi mangsa kat sini polis n peserta demo...
mainan politik antara BN n PR..
ibarat gajah sama gajah gaduh
pelanduk tersepit mati di tengah2..

BN provoke polis kata ada polis mati..polis naik angin kat peserta balun habis2an
PR arahkan rempuh sekatan polis tu buat peserta demo naik gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2012 04:06 PM | Show all posts
Tindakan dakwa Anwar, 2 lain motif politik
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - PKR menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa tiga pemimpin parti itu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini sebagai satu tindakan terdesak yang bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain Ketua Umum PKR itu, dua lagi akan didakwa di Mahkamah Majistret ialah Timbalan Presidennya, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin.

"Peguam Negara sekali lagi bertindak atas perintah  Barisan Nasional. Selepas gagal dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, mereka cuba sekali lagi," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin itu menerima notis saman agar hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"(Nampaknya) sesuatu ketara apabila pendakwaan pertama di bawah Akta Perhimpunan Aman dituju ke atas Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.

"Jadi, dakwaan terbaru ini yang bermotifkan politik sangat jelas," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Subang dan seorang peguam.

Malah kata beliau, tindakan terbaru ini juga usaha pihak kerajaan untuk menghalang misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putarajaya dalam PRU13.

"PKR memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pendakwaan ini sekali lagi memperlekehkan dakwaan beliau bahawa mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia (dengan mengadakan Akta Perhimpunan Aman).

"Kami akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membantah penyalahgunaan yang ketara dan manipulasi institusi-institusi kita," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2012 09:31 AM | Show all posts
Bersih 3.0: Kerajaan saman Ambiga, 9 lain
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012


SHAH ALAM - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dan sembilan yang lain disaman oleh kerajaan - menuntut gantirugi RM122,000 ekoran perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara 28 April lalu.

Kesemua mereka menerima notis diminta agar hadir di mahkamah pada 13 Jun ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Prasad Sandosham Abraham bagi menghadapi kes saman menuntut gantirugi.

Ia tuntutan secara rasmi ke atas pihak penganjur perhimpunan itu setakat ini.

Salinan writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 15 Mei 2012 diedarkan kepada media malam tadi oleh sekretariat Bersih 2.0.

"Sila ambil perhatian bahawa kes ini telah ditetapkan untuk sebutan pada 13 Jun 2012 jam 9 pagi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur," kata surat yang ditandatangani oleh Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron.

Selain Ambiga, lapan lain yang disenaraikan dalam tuntutan saman ialah Maria Chin Abdulah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam Kalimuthu, Arul Prakkash Sinnapan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Tuntutan saman itu mahu kesemua 10 responden itu membayar ganti rugi kerosakan harta benda yang berjumlah RM122,000.

"Tuntutan plaintif adalah untuk deklarasi dan kerugian yang ditanggung akibat tindakan defendan-defendan mengingkari tugas dan tanggungjawab statutori di bawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 serta cuai menjalankan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan kerosakan harta benda plaintif. (Maka) plaintif menuntut gantirugi khas RM122,000," kata notis tuntutan yang difailkan di mahkamah pada 15 Mei lalu.

Tuntutan itu antara lain mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 telah menyebabkan kerosakan ke atas kereta polis dan beberapa kenderaan lain.

Selain itu, notis tuntutan juga mendakwa pihak defendan telah cuai kerana membawa peserta-peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan atau mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya, gagal mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan gagal melantik bilang orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.

"Akibat daripada kegagalan dan atau tinggalan defendan-defendan, kenderaan-kenderaan milik plaintif telah mengalami kerosakan dan plaintif terpaksa menaggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya," kata notis tuntutan itu lagi.

Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil, dianjurkan di kawasan sekitar Dataran Merdeka selepas kebenaran menggunakan lokasi itu tidak diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis.


rupanya Ambiga & Maria Chin yg rosakkan kenderaan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2012 09:51 AM | Show all posts
Yg ni bila nak diseret ke mahkamah Peranchis?? Berita dah pemes hingga ke Hong Kong

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2012 08:24 PM | Show all posts


Peserta BERSIH mungkin buta sebelah mata

  • Susan Loone
  • 1:37PM Mei 24 2012


Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

Asrul Wadi Ahmad, 29, (dua dari kanan) dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat
orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya  jika
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.

Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai.

Apabila dia terkena kanister tersebut, Asrul rebah dan dibantu oleh orang ramai yang membawanya ke sebuah hospital berhampiran, di mana beliau menerima sembilan jahitan di bawah matanya.

Apabila ditanya sama ada dia menyesal dengan keputusannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, Asrul berkata, "Tidak, ini adalah perjuangan rakyat."

Katanya, dia akan menyertai lagi perhimpunan jika BERSIH 4.0 dianjurkan.

Sebagai belia, kata Asrul, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan negara kekal demokratik.

Asrul dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran apa yang menimpa dirinya.

Dia juga telah hilang pekerjaan sebagai seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat pembuatan di Pulau Pinang, yang ditawarkan kepadanya sebelum perhimpunan BERSIH diadakan.

"Mereka memberitahu saya bahawa pekerjaan tersebut memerlukan seseorang yang mempunyai penglihatan yang baik," katanya sambil menambah, dengan keadaannya itu, dia tidak lagi sesuai untuk pekerjaan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 12:33 AM | Show all posts
Reply 2050# along3746


    Dakwa saja Polis2 itu :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 11:22 PM | Show all posts
KL Terlepas Peluang RM20 Juta Kerana Perhimpunan


PUTRAJAYA: Kuala Lumpur terlepas peluang pelaburan RM20 juta selepas pelabur Korea Selatan menangguhkan hasratnya itu berikutan kekecohan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata ahli perniagaan Korea Selatan itu menemuinya sebelum perhimpunan dan menyatakan hasrat melabur di Kuala Lumpur namun menangguhkan tujuannya itu selepas melihat keganasan yang terjadi.

"Selepas Bersih, saya menghubungi beliau bertanyakan keputusannya tetapi jawapan diberi 'tidak sekarang' selepas melihat menerusi televisyen keadaan tidak menentu di ibu negara," kata Raja Nong Chik kepada pemberita selepas merasmikan majlis Segmen Luar Bandar di Perhimpunaan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara di sini, Sabtu.

Beliau berkata kerugian yang ditanggung tidak termasuk yang terpaksa dialami para peniaga di ibu negara, malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri mengeluarkan belanja RM300,000 membaiki kerosakan yang berlaku semasa perhimpunan.

Katanya, kerugian tidak termasuk kos yang terpaksa dibayar kepada Alam Flora untuk kerja pembersihan sampah yang ditinggalkan oleh ribuan penyokong Bersih.

Raja Nong Chik berkata ratusan ribu ringgit terpaksa dikeluarkan untuk membersih dan menyusun kembali kawasan yang terjejas selepas perhimpunan haram sebelum itu, Bersih 2.0, pada 2011.

Beliau menjelaskan walaupun Dataran Merdeka sebuah kawasan awam, ia merupakan tapak bersejarah dan menjadi tanggungjawab DBKL menjaga dan melindungi kawasan itu.

"Kalau hendak demonstrasi kita beri mereka tempat seperti dalam stadium. Perbuatan mereka menyalahi Akta Perhimpunan Aman sedangkan akta itu telah menetapkan tempat-tempat berhimpun yang dibolehkan," katanya.

"Perhimpunan yang telah dibuat di kawasan terkawal seperti Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, tidak diganggu oleh pihak berkuasa, tetapi penyokong Bersih berkeras hendak ke Dataran Merdeka sedangkan dataran tersebut adalah kepunyaan orang ramai dan pelancong," katanya.

Raja Nong Chik berkata penyokong Bersih tidak sepatutnya memutar belitkan fakta dengan menyatakan Dataran Merdeka adalah hak rakyat dan mereka bebas berbuat apa sahaja sedangkan kebebasan itu juga milik orang ramai yang cintakan keamanan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:52 AM | Show all posts
KDN tangguh siar video Bersih 3.0
Nurul Aini Mohamed Ali
6 Jun 2012


SHAH ALAM - Rakaman visual perhimpunan Bersih 3.0, hanya akan disiarkan kepada umum selepas Panel Penasihat Bebas selesai meneliti keseluruhan rakaman yang telah diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, pihaknya akan mengambil kira setiap pandangan dan nasihat daripada Panel Penasihat Bebas yang akan mengadakan mesyuarat susulan mereka pada 11 Jun ini.

Panel itu mengadakan mesyuarat keduanya kelmarin.

Dalam kenyataan rasminya kepada media petang ini, beliau berkata, Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.

Kelmarin, Panel Penasihat Bebas berkata, akan meneliti 43 klip video, durasinya 73 jam, yang disediakan oleh polis, menunjukkan kelakuan peserta Bersih 3.0 di sekitar Kuala Lumpur termasuk kemusnahan harta benda dalam perhimpunan pada 28 April lalu.

Pengerusinya, Tun Hanif Omar berkata, rakaman itu merangkumi semua aspek termasuk aspek membabitkan individu yang mengajak orang ramai untuk berhimpun pada hari berkenaan.



Menurutnya, rakaman yang dipertontonkan kepada ahli panel bermula sehari sebelum perhimpunan sehingga pada hari kejadian tersebut.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian pada Selasa iaitu semalam dan boleh dikuti mulai hari ini.

“Video Bersih 3.0 sudah siap dan boleh ditonton oleh masyarakat mulai pagi Rabu ini selepas ianya selesai proses muat naik yang akan dilakukan pada Selasa. Niat kita supaya masyarakat dapat lihat dan membuat penilaian serta rumusan dalam perspektif yang lebih luas. Sekarang kita terbuka supaya rakyat dapat buat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan sempit menjurus kepada perhitungan tertentu,” kata beliau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8766 Replies : 72
????????แทงบอลเว็บไหนดี????(Line: @222c) ????แทงบอลยูโรออนไลน์ UFABET222 ????????
Pimpilai????????แทงบอลเว็บไหนดี??
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 220043 Replies : 5385
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 3149 Replies : 44
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17231 Replies : 82
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27313 Replies : 110
Hati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
lucky_peaceHati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
Views : 45737 Replies : 134
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73826 Replies : 327
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19858 Replies : 103
iols Busy....uols Busy Tak?
Ximiols Busy....uols Busy Tak?
Views : 15577 Replies : 70

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060452 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list