View: 3953|Reply: 12
|
Orang Gua Musang tahu tak kes remaja mati dibakar?
[Copy link]
|
|
GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, gempar apabila menemui lebihan tulang dan gigi, semalam, dipercayai milik Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16, yang tengkorak dan tulangnya ditemui selepas menjadi mangsa bunuh dan bakar di ladang sawit berhampiran rumahnya di RKT berkenaan, Isnin lalu.
Penduduk, Mohd Joni Ishak, 37, berkata dia bersama beberapa penduduk pergi semula ke lokasi penemuan tengkorak dan tulang remaja itu pada jam 1 tengah hari dan menemui serpihan tulang dan gigi di bawah timbunan daun kering.
Katanya, pada mulanya mereka sangsi tetapi selepas diteliti, ternyata ia serpihan tulang dan gigi manusia.
“Pada mulanya ada yang menganggap ia tulang dan gigi haiwan liar tapi tidak logik kerana ia ditemui di tempat tengkorak dan tulang mangsa bunuh dan bakar yang ditemui Isnin lalu. Mungkin pihak berkuasa tidak dapat mengesannya dan tertinggal lebihan tulang dan gigi remaja berkenaan.
“Sedih melihat serpihan tulang dan gigi itu dan kami menyerahkan kepada keluarga Nor Ain,” katanya.
Sementara itu, rakannya, Ibrahim Daud, 37, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan zalim yang dilakukan kerana sanggup membunuh dan membakar mangsa.
“Saya yang sudah lama tinggal di RKT ini dan belum pernah lagi ada kejadian bunuh dan bakar membabitkan anak peneroka.
“Sesiapa yang melakukan pembunuhan itu bukan lagi manusia dan boleh diibaratkan sama seperti binatang,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Ahtta Ahmad, 58, berkata dia bersimpati dengan nasib remaja berkenaan yang menjadi mangsa tindakan ganas penjenayah.
“Apabila berlaku kejadian seperti itu, penduduk memang bimbang, apatah lagi semakin ramai penagih dadah muncul di kawasan ini,” katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan, polis menahan seorang lagi suspek berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes Nor Ain.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah dipetik berkata, lelaki itu ditahan di RKT Kesedar Sungai Asap A, dekat sini, jam 11.45 malam Khamis lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada orang kampung tahu kenapa dia dibakar? teruk betul orang yang melakukan. kalau bakar motor ok le juga. ni siap bakar orang lagi. kesian kat mak arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm apa nak jadi dengan orang zaman sekarang macam takde benda lain nak buat. Selalu sangat kat berita sikit-sikit berita pasal rompakan la, ro**l la,khalwat sana sini la, buang bayi dan bunuh orang. Nampak gayanya betul la orang cakap sekarang ni dunia akhir zaman |
|
|
|
|
|
|
|
Da akhir zaman.mai kita bertobat |
|
|
|
|
|
|
|
perbuatan yang sangat kejam |
|
|
|
|
|
|
|
ape nak jadi la dunia skang... |
|
|
|
|
|
|
|
terok.... tapi lagi sedih kisah yang dulu aku baca... entah ada ke tak dalam tread dulu... nanti aku check... |
|
|
|
|
|
|
|
nak kasi hilang bukti bakar jela..tapi still bole detect jgk kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dpt tangkap si pelaku, bakar je die.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni isu yg sesuai ke? Baik letak kat ci. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# batman_2007
isu umum. tapi berlaku kat kelantan. beter saudara ni bac abalik sekali lagi kalau tak faham isinya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# cikgu_cina
pham sgt..mungkin ko x sedar sb mmg x sesuai..di ci ada je utk politik n UMUM bg current issue mcm ni dikLasifiksikn temptan ..so ko kna cek blik b4 bikin thread..sampahh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|