CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2649|Reply: 6

Potrayal Wanita dalam Media Tempatan

[Copy link]
Post time 2-5-2012 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Siri Polling bersama King Kong kembali lagi!!

Sejak akhir-akhir ini drama dan filem bercorak islamik semakin popular dan mendapat tempat di kalangan penonton Malaysia. Antara premis yang popular dalam produksi drama dan filem islamik ini ialah dengan menonjolkan wanita sebagai protagonis utama.

Secara peribadinya, aku berpendapat pembikin drama dan filem tempatan masih menggunakan wanita sebagai "objek" dalam karya-karya mereka. Baik filem Ombak Rindu mahupun 7 Petala Cinta.

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku, tetapi aku rasakan watak utama wanita dalam filem-filem Islamik yang disebut adalah melalui perspektif seorang lelaki, mengikut acuan lelaki dan dibentuk sebagaimana seorang lelaki mahukan.

Jadi adakah wanita-wanita di board "Tanya Wanita" berpuas hati dengan gambaran kaum korang dalam media tempatan? adakah korang merasakan filem-filem islamik yang dihasilkan mengangkat status seorang wanita melayu islam? atau korang masih merasakan potrayal wanita masih lagi sebagai "objek" kepada lelaki?

Jika korang setuju sila vote Setuju
Jika korang tak setuju sila vote Tak Setuju
Jika korang jenis yang rasa pergi mampos sama filem melayu sila vote Tidak Kisah

Ayuh wanita kita mengundi dan berdiskusi!
Single Polls, Total 8 Users voted
0.00% (0)
62.50% (5)
37.50% (3)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 11:48 AM | Show all posts
carly vote x kisah.... sebab carly x layan citer2 syahdu cenggitu.... carly layan junior masterchef.. lg best... jeles tgk bebudak kecik terer masak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 12:57 PM | Show all posts
Salam.

Auntie mengaku yg auntie tak tengok filem Ombak Rindu dan 7 petala blabla... Tapi drp posting yg terdpt di forum cari, auntie boleh agak2 bagaimana mertabat kaum wanita dipaparkan di dlm filem2 tersebut...

Adakah auntie setuju dgn cara kaum wanita digambarkan di dlm filem2 yg menunjukkan wanita itu lemah, pasrah, redha dan hanya mampu berdoa jer? Jawapannya sudah pasti tidak.... Alergik sungguh auntie dgn gambaran sedemikian.... Auntie geram bila wanita di perlekehkan sebegitu sehingga ada ayat yg mengatakan "wanita jadi alas kaki".....

Auntie lebih suka jika lelaki menunjukkan ciri2 kepemimpinan yg subtle dan memertabatkan kedudukan wanita di dlm rumahtangga sementara wanita menjadi sebahagian drp tulang rusuk yg menyokong lelaki itu....

Tapi ini cuma pendapat peribadi auntie jer laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2012 01:04 PM | Show all posts
terase nak tengok filem melayu feminist seperti Mira Nair's Fire...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 09:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by siputsedut at 3-5-2012 09:06

tak suka drama or filem melayu tempatan..iols rasa tak portrayed hakikat wanita sebenar dlm masyarakat kita...
kalau yang jht tu..digambarkan jahat sejahat manusia...
kalau baik..terlebih baik..sampai alahaiii...terfikir..ada ke orang camni?
yang kaya mak2 datin plak mesti muka kerek snobbish...
lg satu..mcm aunty agony ckp la...wanita dlm filem digambarkan suka nangis, lemah, pasrah..sedangkan rata2 wanita2 disekeliling iols mmg orang2 yang kuat semangat..lantang bersuara...pantang ditindas...bukan jenis nangis meleleh je bila ada problem...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 12:06 PM | Show all posts
cerita lakonan skrip macam x relevan dengan masa sekarang..
penerbit macam exploistasi wanita pon hader..
nyampah...

better tengok citer box office
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2012 07:55 PM | Show all posts
kalau dalam drama, aku perhatikan kisah yang diangkat menjadi tema selalunya berkisarkan pada keadaan semasa, melalui pemerhatian, pengalaman atau hanya imaginasi penulis skrip dan pengarah semata-mata..

kalau kisah yang menggambarkan wanita dalam sesebuah perkahwinan menjadi 'mangsa' seperti didera fizikal dan emosi, tetapi kemudiannya ditunjukkan bagaimana wanita tersebut mempertahankan haknya tanpa merendahkan martabat dirinya, maka kisah tersebut boleh menjadi pendorong dan semangat untuk wanita lain yang senasib tapi tak mampu berbuat apa apa selain dari merintih..tapi selalunya plot akan tunjuk wanita menderita dan pasrah..lepas tu mati, kemudian suami menyesal..end of story..macam tak ada point..pengarah lebih suka memberikan impak dramatik dalam cerita daripada memberikan points to ponder..

kalau ada cerita pasal strong/independent women pulak, mesti nak selitkan yang wanita tu seorang yg ego, berlagak..kemudian akan ada watak lelaki yang akan mencairkan ego tersebut..sangat tipikal..aku teringin sangat nak tengok ada cerita melayu yang jadikan wanita as a main role, with strong characteristic tanpa diselitkan watak lelaki yang dengki tapi boleh complement each other..tapi ramai pengarah tak minat sebab tak ada unsur2 drama dan jugak mcm tt cakap, kebanyakan watak dibentuk mengikut perspektif seorang lelaki..

cuma terfikir, betulke lelaki sukakan wanita yang hanya tahu taat ( yes girl ) dan tak berani stand-up for herself? adakah lelaki melihat wanita yang kuat sebagai ancaman?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.067567 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list