Post Last Edit by Loxlaxman at 15-5-2012 11:34
Akak-akak seksi yang Lox sayang… Tidakkah akak-akak risau, suami akak mungkin menyimpan rasa bosan terhadap akak di dalam hatinya setelah sekian lama berkahwin dengan akak dan terbelenggu di dalam rutin perkahwinan yang berlawanan dengan pelamin angan dan “angau” suami akak selama ini. Akak dapat rasa suami akak bosan melalui gerak geri dan tutur kata ala kadar. Akak dapat rasa suami bosan bila hati akak kekadang tersentak dengan gaya bahasa suami yang lebih sesuai digunakan kepada taukey kedai kopi bukan kepada isteri. Akak dapat rasa suami akak bosan bila akak dapati “kegilaan” suami dan “kegilaan” akak tiada persamaan. Akak suami bosan kerana selama ini akak dan suami berkahwin atas dasar cinta pandang pertama dan termakan pujuk rayu Sang Arjuna Dewata Cinta (laki akak ler tu! ). Pendek kata, naluri wanita macam akak memang amat sensitif dan dicipta khas untuk bukan sekadar boleh mengesan perubahan tingkahlaku, malah juga “salahlaku-salahlaku” orang lelaki. Apakah mungkin ada hikmah tertentu disebaliknya, maka kelebihan ini hanya diberikan kepada wanita seperti akak. So, Lox nak bertanya akak-akak seksi di ATW hari ni, tidakkah akak rasa suami akak semakin bosan dengan akak. Jika benar, apakah rancangan akak untuk mengalihkan rasa bosan suami kepada sebuah keghairahan… Sebagai penutup soalan sumbang ini, Lox doakan semoga akak-akak semua setiasa dirahmati Allah dan subur-subur selalu. Untuk menghiburkan akak-akak semua, Lox tujukan lagu kalau cinta yang difofulerkan oleh Aliff Aziz & Joana sebagai ulam penyedap sambal… Di lubuk hati ku Adalah kamu Sebagai ratu Seluruh Jiwa ku Hanya diri mu Yang aku mahu Telah ku percayakan Hati ini pada mu Maka kita tak saling risau Kalau cinta jangan kacau Kalau sayang tak perlu marah Kalau ikhlas tak minta berbalas Serahkan cinta mu Pada yang punya cinta Sindri sambung... |