CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9367|Reply: 19

Bagaimana Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi...?

[Copy link]
Post time 21-5-2012 08:44 PM | Show all posts |Read mode

Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, 2.3 bilion penduduk dunia mengalami berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mengalami masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia dan tidak ketinggalan negara ini.

Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit berkaitan kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri akan tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.

Di negara ini, terdapat banyak hidangan yang enak. Namun, makanan yang enak itu lazimnya akan bertukar menjadi punca penyakit di dalam badan kita sekiranya diambil dengan kuantiti yang banyak. Menurut Gary Lee, pakar pemakanan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari sebuah universiti tempatan, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini.

Mengawal Berat Badan


Cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.

Seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara konsisten seperti yang disarankan iaitu 20 minit setiap sesi. Seeloknya dilakukan 3 kali seminggu. Aktiviti ini mampu kolestrol merbahaya (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).

Cadangan pemakanan yang terbaik adalah dari sumber soya. Jumlah pengambilan protein soya yang disyorkan oleh pakar adalah 25g sehari. Ini kerana, protein soya telah terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Selain itu, protein soya juga merupakan sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.

http://www.jikebiotechgroup.com/bagaimana-mengatasi-masalah-kolestrol-tinggi/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 09:00 AM | Show all posts
negara kita ni mewah dengan pelbagai makanan.
tambah lagi, dengan budaya makan yang sangat mendapat sambutan yang amat baik..
susah nak kawal bab pemakanan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 09:09 AM | Show all posts
kolestrol tinggi tak semestinya berbadan gemuk.....
sebelum ni kolestrol aku sgt tinggi...iaitu 6.5, (normal ialah 2-4)...
doktor advice makan ubat.....aku tak mkn ubat tu...sebaliknya aku pegi bersukan tiap2 hari selama 2 bulan tanpa henti...dan elak dari mkn daging & mkanan berminyak......
setahun kemudian, aku pegi cek paras kolestrol...kolestrol aku reduce sampai 2.0....

amalkan hidup sihat....pemakanan sihat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 10:06 AM | Show all posts
kolestrol tinggi xsemestinya gemuk kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 10:35 AM | Show all posts
Makanan bergoreng terutama minyak yg recyle tu yg byk kolesterol
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 10:38 AM | Show all posts
makan oat.....aku amalkan fish oil memalam sebelum tido...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2012 09:13 PM | Show all posts
saya pernah tgk kat astro cerite pasal kegemukan/kolestrol tinggi...dalam cerite tu kata lebih bagus guna minyak kelapa sawit...x silap saya tajuk die"bad or good palm oil"...kat situ banyak info...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 02:49 PM | Show all posts
makanan kat malaysia ni banyak menggunakan minyak & juga santan.. juga kuih muih yg manis2.. sapa yg tak terliur kan.. tapi kalau nak sihat selalu kena lah jaga kesihatan.. semuanya terpulang pada diri sendiri..

kadang org selagi tak sakit selagi tu lah tak sedar.. contoh mcm org merokok kan selagi tak masuk hospital selagi tu lah tak berenti.. kita nasihat mcm mana pun tak jln.. bila dah masuk wad & tak dpt rokok katil hospital tu di gegarnya.. dah ketagih lah katakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 02:57 PM | Show all posts
Makanan bergoreng terutama minyak yg recyle tu yg byk kolesterol
badai707 Post at 22-5-2012 10:35



    tapi kalau baru sekali goreng sayang nak buang.. minyak tu masih ok lg.. masih jernih lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 06:26 PM | Show all posts
Coconut fat/santan is good fat...derang tak betulkan fakta ni lagi. Ramai pikir santan ni kolesterol yg tak bagus...la ni kat overseas sibuk guna coconut fat (minyak kelapa-jernih) untuk masak. Lagi healthy daripada olive oil. Ada yg kena Alzheimer disease boleh improve banyak sebab wife dia includekan coconut fat hari hari dalam makanan.

Anyway amalkan makan Krill oil. Segala fish (salmon) akan makan benda kecik kecik (Krill) ni utk dapatkan Omega 3,6 source...dan juga senaman
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 02:09 PM | Show all posts
munchkin posted on 23-5-2012 06:26 PM
Coconut fat/santan is good fat...derang tak betulkan fakta ni lagi. Ramai pikir santan ni kolesterol ...

Wah baru tahu santan ni boleh juga kena Alzheimer.

haa, memang kolestrol tinggi macam penyebab sakit jantung dan strok sekarang ni. Biasanya doktor cuma kasi ubat cairkan darah.

Ada juga kajian mat saleh mengatakan pengambilan suplemen fitosterol membantu untuk mengurangkan kolestrol sehingga 20% dalam tempoh 2 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
try ambil phytocol-st shaklee..turun lh kolesterol tu..memang power lh..nk makan apa2 pun boleh je lps tu,asal. telan phytocol-st
Saya ada jual produk shaklee ni
Kalau nk boleh sms/whatsapp 0145927119
Sharing is caring..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sy minum minyak zaitun, bln 1 kolestrol 3.2, bln 6 cek blk  1.4..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:04 PM | Show all posts
perembes posted on 6-7-2014 10:25 AM
sy minum minyak zaitun, bln 1 kolestrol 3.2, bln 6 cek blk  1.4..

sehari brp sudu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:55 PM | Show all posts
Apa itu kolestrol?
Tentang Kolestrol
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
AHMADVW posted on 6-7-2014 04:04 PM
sehari brp sudu?

sy minum 2 sudu stiap pg.. pilih mnyk zaitun ekstrak virgin dn jns perahan sjuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 10:39 AM | Show all posts
makan olive oil, atau coconut oil ,perlu beli minyak yang simpan dalam botol hitam. jike simpan dlm botol yg transparent , oil kan serap haba, quality kan terjejas ye, ini kan cause cancer pula
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:43 AM | Show all posts
jike kamu tak takut rasa bunga laksa, mmg boleh cb juge cara ni:

dua kuntum bunga laksa,tumis
satu biji garlic, tumis

campur bersama, taluk sos kacang soya, makan dgn nasi , satu minggu , tengok your result.bapa sy dah cb ,mmg improve ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 10:32 AM | Show all posts
Blh try consume BV Alfalfa concentrated juice. Antar manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan (water retention)
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
21. Bantu mengurangkan kepanasan dalam badan

Sesiapa yg nak try blh wasap Iena 011-10618233.. Promo raya sedang berlangsung while stock last.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 01:07 AM | Show all posts
nah cuba jus ni..

https://www.facebook.com/juskolesmalaysia/

da cuba baru tahu macam mana dia pegi..nak yang semulajadikan???? ni jawapanya..!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079584 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list