ciksurie posted on 26-12-2013 05:21 PM
terasa romantik berjalan berdua
sambil berjalan pegang tangan lama2
N nak menyimpan untuk hari t ...
kucing hutan mahu dipelihara
suami isteri minatnya sama
cerita tua belakang kira
masa sekarang patut utama
*********************************
berangan nak kaya asyik berjudi
suka berhutang dikejar ceti
usahlah mengharap pada yang tak sudi
nanti kita kempunan di hati Last edited by kak_sall on 27-12-2013 02:23 PM
fatehana posted on 23-12-2013 01:03 PM
Cantek sungguh anak pak maembong
sampai menjadi rebutan anak mak melah
tak ada niat nak memba ...
Cantek sungguh anak pak maembong
sampai menjadi rebutan anak mak melah
tak ada niat nak membawa diri ke lombong
sebaliknya niat hati hanya ingin ke pusat membeli bela
*******************************************
berehat sebentar melepaskan lelah
rasa dahaga minum air barli
seronoknya nak membeli belah
bolehkah bawa saya ikut sekali?
kak_sall posted on 26-12-2013 05:02 PM
pergi ke pantai mengutip kerang
petangnya pula menangkap rama-rama
hai cik yayah apa khabar seka ...
asyik terlupa tertinggal barang
minda di mana leka berangan
lama tak nampak yayah sekarang
projek apa agaknya dalam perancangan
=================================
dalam pejabat ada kerani
kertas bertabur atas meja
yayah ada juga masuk sini
cuma sibuk mencari kerja
fatehana posted on 26-12-2013 11:11 AM
mak jemah suka sangat berlagak
apa yang orang bagi semua dipandang dingin
bukan eksyen mahupun b ...
mak jemah suka sangat berlagak
apa yang orang bagi semua dipandang dingin
bukan eksyen mahupun berlagak
tapi di pasar malam tak ada penghawa dingin
========================== badang tidak pandai pakai sepatu
badan tegap juga sangat gagah
kira berlagak juga kalau begitu
ada hawa dingin baru singgah