CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berrybooms

nampak kak poc...

[Copy link]
 Author| Post time 14-9-2012 01:48 PM | Show all posts
kita pernah terjumpa dgn sorang budak perempuan ni. time tu masa dekat bustop tgh tggu bas. ada la dalam 5 orang kat situ duk tggu bas jgk. kita duduk hujung, tetiba ada sorang perempuan ni dtg duk sebelah kita. dia tegur, awak ni nak pergi mana? kita jwb je la mcm biasa. nak balik rumah. lepas tu boleh la pulak mcm2 soalan dia tanya. peramah betul. dia pakai bj kurung sekolah. cantik sangat2 muka dia.

dah berborak tu, dia cakap lg, 'boleh tak sy nak mintak tolong? sy rasa awak ni mcm baik. mesti boleh tolong sy kan.' dah dgr dia tanya mcm tu, kita ckp lah nak tolong apa? awak ni okay ke? lps tu dia jawab balik. dia ckp nak suruh kita call kan ambulance. kita dah panik. kenapa pulak tetiba dia ni. kita tanya lah siapa yg sakit. mak ke abah ke sesiapa ke? then dia ckp dia. tp tgk okay je. cantik je lg muka. ckp pun lembut je. kita ckp lah kenapa dgn dia. then dia jwb, 'sy baru lps accident. tp takde siapa nampak. boleh la ye tolong sy. sakit sgt tggu lama2.'

then kita tanyalah, tgk okay je. tp dlm hati, agaknya dia ni tak betul sgt kot. sbb kita baru perasan dia tak pakai kasut. tp dia ni mcm bersungguh sgt nak kita tolong. so utk menyedap kan hati, kita pun call kan je la ambulance tu ckp ada accident kat sekian2 tempat mcm mana yg dia bgtau. lps je kita letak phone, perempuan tu pun bangun. dia pandang kita and ckp, 'terima kasih ye awak tolong sy. sy pergi dulu ye. nak tggu ambulance kat sana.' lps dia pusing je, tgk2 belakang badan dia berdarah2 and tetiba dia nampak comot. bj dia nampak terkoyak sana sini. rupanya, dia tu bukan manusia.

lps je dia pergi, ada akak tu tanya kita. 'awak ni ckp dgn siapa td? kenapa ckp sorg2? berangan eyh?' subahannallah. rupanya kita je nampak dia. bila terfikir balik, kesian nya dia. time tu dah lah hujan. tempat yg dia accident tu tak jauh dr bustop tu. dalam 15min. then kita ajak lah abah kita pergi tgk. tp time sampai kat tempat kejadian, dah clean. nampak ada 2 org polis, abah pun tanya lah kenapa. rupanya budak tu kena langgar lari. mati kat tempat kejadian. tergamam kita dgr. kesian dia. mesti sakit dalam keadaan yg hujan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2012 10:21 AM | Show all posts
berrybooms posted on 14-9-2012 12:31 AM
semalam kita pergi solat kat satu tempat ni. keadaan mmg suram sikit sbb lampu tak terang. tp nak am ...

berryboom jumpa sister no-face yek... waktu kita kat u.. byk kawan-kawan citer jumpa sis ni...

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 10:29 AM | Show all posts
berrybooms posted on 14-9-2012 01:48 PM
kita pernah terjumpa dgn sorang budak perempuan ni. time tu masa dekat bustop tgh tggu bas. ada la d ...

berrybooms.. awak ada anugerah yang orang lain tak ada.. gunakan sebaik mungkin utk membantu orang lain.. macam Ghost Whisperer je... saya salute awak k....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2012 04:57 PM | Show all posts
jefrilza posted on 15-9-2012 10:29 AM
berrybooms.. awak ada anugerah yang orang lain tak ada.. gunakan sebaik mungkin utk membantu orang ...

anugerah mcm mana tu awak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2012 04:58 PM | Show all posts
jefrilza posted on 15-9-2012 10:21 AM
berryboom jumpa sister no-face yek... waktu kita kat u.. byk kawan-kawan citer jumpa sis ni...

oh da banyak ke cerita benda tu? tp pelik. siap boleh pakai telekung lg benda tu. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 05:38 PM | Show all posts
berrybooms posted on 15-9-2012 04:58 PM
oh da banyak ke cerita benda tu? tp pelik. siap boleh pakai telekung lg benda tu. huhu.

sis no-face ni muka dia rata je.. macam telur tu... waktu belajar kat u.. senior selalu ingatkan kitorang jangan naik lif kat blog asrama kitorang lewat2 sangat, nnti jumpa sis no-face ni... dahla lif tu uzur sangat.. bunyi punyala bising... pastu naik terhegeh2 lak tu... rela naik tangga lagi dari naik lif...
diorang cerita.. waktu nak sis no-face ni nak muncul.. selalunya lif akan bergerak lambat giler... pastu lampu berkelip2 dan kemudian  lif akan terberhenti sendiri, pintu lif  terbuka.. n sis no-face ni akan masuk... so, sapa yang terkena tu.. nasibla...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2012 05:39 PM | Show all posts
berrybooms posted on 15-9-2012 04:57 PM
anugerah mcm mana tu awak?

deria keenam atau mata ketiga ni adalah satu anugerah utk berrybooms... gunakan sebaik mungkin k...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2012 05:43 PM | Show all posts
nak cerita pasal mimpi.

dulu time kecik2, selalu sangat dpt mimpi yg sama.selalu mimpi kena culik/mimpi dikelilingi orang pakai bj putih/mimpi ular. mimpi tu akan datang banyak kali. kalau mimpi kena culik, dalam mimpi tu kita nangis. then nnt bila kita terjaga, mmg nangis betul2. setiap pagi mesti keluar air mata. kdg2 mama tegur jugak kenapa nangis. bila cerita, dia kata mainan tidur. kita diam je la.

kalau dalam mimpi yg kena keliling orang2 pakai bj putih, kita akan rasa takut. sbb dalam mimpi tu kita kat tgh2, so tak boleh nak lari from dorg. mmg rasa takut sangat. sbb tak nampak muka dorg. then kita selalu mimpi ular. sampai ke besar, mimpi ular ni lah yg paling lama. dr kecik sampai ke besar dpt mimpi ular. mcm ikut time. ada time, dlm week tu kerap mimpi ular. then stop dah tak mimpi ular. lps tu nnt datang balik mimpi ular and kerap kali dapat. asyik2 mcm tu je.

bila mimpi ular paling teruk. sbb kita bila bangun je dari tidur, mesti kita akan berpeluh and berkerut dahi. kepala rasa berat and pening sangat. rasa mcm penat sangat tidur tu. tapi bila dah dapat bangun tu, mmg rasa lega sangat. kdg2 tu, seolah2 mcm kita tau yg kita tgh mimpi and tggu bila nak bangun.

skrg bila dah besar ni, kita selalu dapat mimpi yg jd kenyataan. kita bg satu contoh. ada kawan kita suka sangat dgn kucing. one day, one of kucing dia hilang. tak perasan yg kucing dia dapat keluar. menangis2 lah dia. kita cakap kat dia, doa lah banyak2. kalau still kucing tu rezeki dia, nnt kucing tu balik la. dalam 4hari kucing dia hilang. so, kawan kita ni pun mcm dah hilang hope nak tggu kucing tu balik. okay, back to story. malam tu, kita tidur and mimpi kucing tu balik rumah dia. kucing dia nampak comot sangat and letih sbb tak makan. kucing tu terus pegi kat paip minum air. then, kita pergi lah jumpa dia. kita cerita kat dia yg kita mimpi kucing dia balik rumah. tp dia ckp takde harapan dah. mesti dah ada orang ambik.

lepas dah keluar tu, kita ikut lah dia balik rumah and tidur rumah dia. dah malam mcm tu time tgh lepak kat bilik, tiba2 maid dia ketuk bilik and bgtau kucing dia balik. kita pun tgk lah sekali. mmg keadaan kucing tu exactly mcm dalam mimpi kita. comot and letih, tgh kat paip minum air. then kawan kita ckp, baru je kita mimpi dah balik betul2. tu lah antara contoh yg jd kenyataan.

then, kita mimpi jumpa adik abah kita. dalam mimpi tu, kita mimpi dia datang depan rumah kita. borak2 kat depan gate. lps 2 hari, mmg betul2 jumpa dorg. tp bkn kat gate rumah kita. terserempak kat depan rumah nenek kita. btw, dorg ni mcm ada problem dgn family. dah lama tak balik. and kita pun dah lama tak jumpa dorg. kita pun terfikir lah time tu, baru je mimpi dapat jumpa dorg. dah jumpa betul2.

ada banyak lg. tp panjang pulak nak cerita. so far, mimpi yg jd kenyataan tu still tak memudaratkan. cuma risau jugak2. kot2 dapat mimpi yg tak baik jd kenyataan. wallahualam. harap sangat tak. selain tu, kita ada dapat 5 kali mcm tu kita mimpi kita mengandung and ada anak sendiri.

ada tak sesiapa yg boleh bg pendapat. kita sampai jd letih kalau tidur. kita tau mimpi tu mainan tidur. tp setengah orang ckp ada makna. kita pun tak tau lah kesahihan psl mimpi yg ada makna ni. tp ssh kita nak describe. sbb mimpi yg sama dapat berulang kali. nak tanya lah kepada sesiapa yg tau. kot2 ada yg boleh bg pandangan. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2012 05:45 PM | Show all posts
jefrilza posted on 15-9-2012 05:38 PM
sis no-face ni muka dia rata je.. macam telur tu... waktu belajar kat u.. senior selalu ingatkan k ...

yeke. seram nya mcm tu. harap2 tak jumpa lg yg mcm tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2012 05:52 PM | Show all posts
jefrilza posted on 15-9-2012 05:38 PM
sis no-face ni muka dia rata je.. macam telur tu... waktu belajar kat u.. senior selalu ingatkan k ...

baru perasan cerita ni lebih kurang sama masa kita stuck dalam lif tiba2. pintu lif terbukak and tutup, lampu tetiba kelip2 and mati.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 05:57 PM | Show all posts
berrybooms posted on 15-9-2012 05:52 PM
baru perasan cerita ni lebih kurang sama masa kita stuck dalam lif tiba2. pintu lif terbukak and t ...

a ah kan.. maybe bila benda ni nak muncul.. dia akan menyedut semua elemen yang ada utk menzahirkan diri dia kan...

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 06:00 PM | Show all posts
berrybooms posted on 15-9-2012 05:43 PM
nak cerita pasal mimpi.

dulu time kecik2, selalu sangat dpt mimpi yg sama.selalu mimpi kena culik ...

yang mimpi tu.. orang panggil deja-vu kan... dulu selalu gak mengalami deja-vu ni.. sekarang dah kurang..
tapi deja-vu ni, kadang2 roh kita dah mendahului masa kan.. roh kita dah sampai dahulu situasi tu... lepas tu kita terjaga dan selalunya kita terlupa.. bil;a kita didalam situasi tu baru kita terfikir.. eh aku dah mimpi dah benda ni hari tu...
Last edited by jefrilza on 15-9-2012 06:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2012 06:14 PM | Show all posts
jefrilza posted on 15-9-2012 06:00 PM
yang mimpi tu.. orang panggil deja-vu kan... dulu selalu gak mengalami deja-vu ni.. sekarang dah k ...

a'ah. pernah jugak dgr org ckp pasal deja vu ni. tp biasa nya psl benda yg jeneral kan, or mimpi yg berkenaan dgn kehidupan kita sendiri. btw, ada antara mimpi yg jd kenyataan tu sangat tak logik utk deja vuu ni. kita pernah mimpi, jumpa sorg makcik ni. tak pernah kenal pun. dalam mimpi tu, kita borak2 dgn dia kat satu tempat ni. esok nya, mmg betul2 kita jumpa makcik tu. tetiba je makcik tu duduk sebelah kita time kat dalam train. dah la tak pernah kenal, takde relative apa2, tgk2 mimpi and boleh terjumpa. 1 kebetulan yg mmg menakutkan bg kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 12:23 AM | Show all posts
berry..xnk sambung ke? hope semuanya oke..btw kita sebaya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 12:49 AM | Show all posts
berrybooms posted on 14-9-2012 01:48 PM
kita pernah terjumpa dgn sorang budak perempuan ni. time tu masa dekat bustop tgh tggu bas. ada la d ...

Penat merempit
tapi cite ni mcm pernah tgk kat wayang


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 10:33 AM | Show all posts
menarik kisah tt ni teruja membacanya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 04:51 PM | Show all posts
tt dah lama tak masuk sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak update story. Ada satu cerita kisah benaran dari kakak saya.

Dulu masa kakak saya belajar, dia tinggal di asrama. Satu malam, time semua sudah masuk tidur, kakak saya mahu ke tandas. Tapi tidak jadi. Sebab dia terdengar seperti ada orang berjalan2. Jadi dia pun baring saja, dan cuba untuk mendengar apa yang ada disitu. Sebenarnya masa tu, banyak sudah kejadian rasuk, pelajar nampak benda yang halus. Sebab itulah kakak saya abaikan saja niatnya untuk ke tandas.

Tiba2, dia terdengar seperti ada benda putih di penjuru pintu bilik asrama. Beberapa saat kemudian, benda itu hilang. Tapi kakak saya sudah rasa tidak sedap hati, dan dia cuba untuk tidur saja.

Keesokan hari, kakak saya pergi makan dengan kawan2 dia di kantin. Tengah mereka makan, ada sorang kawan dia, lisa cerita yang dia nampak pocong malam tu. Ceritanya, semua kawan bilik dia sudah tidur. Tinggal dia sorang saja yang lambat sebab dia study. Selepas habis study, dia baring dan tutup lampu. Tapi katanya dia susah sangat mahu tidur. Tiba2 dia terdengar seperti ada benda yang meloncat2 datang padanya. Nampak malap2 seperti warna putih comot kain kapan. Dia membaca ayat2 dan surah, tapi sebab kan terlalu panik, dia tercungap2. Jadinya dia tutup saja muka dengan selimut. Sekali, selimut nya ditarik. Dan terpampang muka pocong itu depan muka dia. Terus terpaku dan dia terus menjerit. Kawan bilik dia terus buka lampu terkejut dengar lisa menjerit.

Selepas lampu buka, pocong nya hilang sudah. Tapi dia cuma cakap yang dia mimpi dan mengigau. Takut mahu bercerita. Jadi selepas kakak saya dengar cerita dari lisa, dia teringat yang semalam dia pun nampak ada benda warna putih di penjuru pintu bilik nya. Mungkin benda yang sama. Alhamdullilah kakak saya tidak nampak.

Beberapa minggu juga kejadian yang sama jadi. Rupanya ada punca kenapa benda itu datang mengacau. Ada satu pokok besar ditebang, katanya disitu tempatnya bertenggek. Tapi bila sudah ditebang, sebab itulah benda itu marah. Ustaz pun sudah memagar kawasan situ. Kasihan, banyak pelajar yang demam2 kena kacau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni memang the bommm orang bercerita pasal cerita the conjuring. Saya dan family pun sudah tengok. Suspen juga ceritanya.

Penangan dari cerita the conjuring:

Keesokan hari, saya dan family balik rumah nenek. Ramai juga cousin yang datang. So, ada sorang cousin saya ajak main sorok2 macam dalam cerita conjuring. Tutup mata dan tepuk tangan. Konon nya nak test. Time tu pukul 9 lebih start main.

First, adik saudara lelaki saya yang jadi, si hafiz. Umur dia 14 tahun. Saya tengok saja mereka main. Mainnya dalam rumah saja. Tapi rumah nenek saya besar. Nasib setingkat saja. Mulanya okay saja. Tiba2 adik saudara saya menangis, menjerit macam dirasuk sudah. Semua terkejut. Puaslah okay kan si hafiz ni. Siap uncle saya sapu air yang dibaca dengan ayat kursi. Lepas sudah okay, mamanya tanya kenapa. Dia cakap dia sudah jumpa adik saudara saya, tapi rupanya yang itu jelmaan saja. Katanya dia masuk bilik dan dengar orang tepuk tangan, bila buka mata sudah jumpa ika, dia pun cakap lah ika yang jadi. Tapi sebaik dia menoleh, berjalan mahu keluar bilik sambil menjerit ika yang jadi, tiba2 dia terdengar suara si ika di bilik sebelah cakap yang dia main tipu. Sebab si ika menyorok dengan adik nya di bilik sebelah.Tergamam lah si hafiz ni, lihat jelmaan sudah berubah. Sebab itu dia menangis. Lemah semangat terus. Habis dimarahi sama mamanya. Sudah di cakap yang jangan main sorok2, lagi2 mahu mengikut cerita itu. Lagi suka syaitan mengacau bila diminta. Terus semua berhenti main dan duduk diam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.511861 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list