View: 9356|Reply: 12
|
7 Fakta Bukti Zaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari Apa Yang Kita Fikirkan..
[Copy link]
|
|
Penemuan saintis dan ahli arkeology sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi. Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 tahun lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940. Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.
Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:
1. Penemuan Bateri Dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.
Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus "menafikan" Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Ujikaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga 2.0 volt.
2. Kalkulator Kuno
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai "kalkulator" yang menghitung pergerakan bintang dan planet.
3. Reaktor Nuklear Berusia Dua Juta Tahun
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.
4. Kanta Optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu. Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun, penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.
5. Jantung Buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.
6. Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976-922SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.
7. Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqqura, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jika teknologi skrg yg bermula 200 thn yg lepas, adakah manusia dahulukala yg hidup beribu2 thn lebih awal dari kita tidak boleh berfikir mcm kita skrg?propaganda barat yg nk kita fikir bahawa org purba ni bangang......kita ni yg kununya pandaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
jzzz posted on 29-9-2012 11:49 AM ![](static/image/common/back.gif)
Jika teknologi skrg yg bermula 200 thn yg lepas, adakah manusia dahulukala yg hidup beribu2 thn lebi ...
rasanya saintis barat mau bolot semua kredit penemuan dalam bidang teknoloji
sedangkan sikit demi sikit penemuan teknoloji moden ini sudah lama digunakan sejak beribu tahun lampau
lihat aje lah dalam bidang sains; asalnya dari tamadun Islam tapi kini penemuan saintis islam di lenyapkan dan diganti dengan nama-nama saintis barat
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.
rasanya penduduk di dunia ini sudah beberapa kali di 'renew' kan. setelah mereka maju dan mula terlupa diri, datang kebinasaan yang besar memusnahkan kebanyakkan dari mereka. lalu bermulalah era baru. Einstein berkata ' i not sure what weapon will be used during WW3, but WW4 will be using stick and stone'
Kemungkinan WW3 gunakan nuklear. sesungguhnya kemusnahan disebabkan tangan2 mereka sendiri. WW4 gunakan senjata basic kerana panahan solar flare dari letupan matahari menyebabkan senjata canggih tidak dapat digunakan. terdapat medan elektromagnetik yang kuat. pada masa itu di angkasa ternampak seperti imej bunga ros yang kembang. maka belajarlah menunggang kuda dan memanah kepada yang mencapai kejayaan.
![](http://www.answering-islam.org/Quran/Science/catseye.jpg)
Pic of a dying star. Matahari juga adalah bintang.
"Matahari itu umpama lampu (ada jangka hayatnya)"
![](http://im.rediff.com/news/2012/feb/02sun01.jpg)
Last edited by Radzor on 30-9-2012 02:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.geeknewscentral.com/wp-content/uploads/2012/06/bigstock-Global-Warming-View-Of-Weste-2879453-300x300.jpg)
Japanese physicists have identified a mysterious blast of high-energy radiation that struck Planet Earth more than 1,200 years ago – some 20 times larger than normal variations. The cosmic origins of this ancient and massive radiation event, however, are still unknown.
Cosmic-ray physicists from Japan’s Nagoya University, led by Fusa Miyake, discovered the radioactive event – said to have occurred between 774 and 773 AD – based on carbon dating performed on ancient trees.
Ini akan terjadi lagi...tetapi beza nya ialah kali ini ianya FINAL..bersama bunyi yang kuat seperti meniup sangkakala.
tidak akan ada lagi yang terselamat untuk meneruskan bangsa manusia semula dari scratch yang kemudiannya berkata "kami menjumpai peninggalan purba yang maju".
Kita sudah teramat maju, kerana mengejar dunia, mula melupakan yang satu...
Jangkaan: 2066
1400 tahun dahulu sudah diperkatakan
55-37: Maka apabila langit terbelah, lalu menjadi merah mawar seperti minyak. (When the sky is torn apart, so it was (like) a red rose, like ointment)
55-38: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Last edited by Radzor on 30-9-2012 02:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sori tapi part reaktor nuklear tu bukan ciptaan manusia tapi berlaku secara alami..... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin benar mungkin tidk wallahuallam |
|
|
|
|
|
|
|
jzzz posted on 29-9-2012 11:49 AM ![](static/image/common/back.gif)
Jika teknologi skrg yg bermula 200 thn yg lepas, adakah manusia dahulukala yg hidup beribu2 thn lebi ...
stuju. kalau teknologi skang ni makan masa 200-300 tahun sahaja nk dibangunkan, tak kan la org dulu nak tak boleh nak majukan teknologi. sejak zaman nabi adam turun, berapa ribu tahun? kalau ikut propaganda barat, diorang je yang betul. kalau kita kaji ikut ilmu kalam, mmg tak terbayang betapa maju zaman dulu. teknologi mereka dihapuskan Allah sbb byk dosa mereka lakukan.
ayat quran di turunkan dalam perumpamaan zaman dulu bagi memudahkan pemahaman org arab zaman tu. kalau Allah turunkan Quran cerita pasal teknologi2 canggih, mesti cengang puak2 arab tak paham.
|
|
|
|
|
|
|
|
dunia sekarang pun akan di musnahkan. tunggu masa jer. dah ramai berlagak tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada banyak lagi rahsia alam yang kita tak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
mk-sabio posted on 17-10-2012 05:41 PM ![](static/image/common/back.gif)
stuju. kalau teknologi skang ni makan masa 200-300 tahun sahaja nk dibangunkan, tak kan la org dul ...
btul jg apa ko ckp tu. teknologi skrg laju je br beberapa thn da ada tv hp kpl terbang etc.. ini kan pula zaman dulu beratus beribu berjuta thn.. aku trringat ada satu berita pertemuan jam tgn berusia beribu thn dulu. bkn sebarang jam siap brand Swiss lg ditemui di dasar laut. rasanya ada satu thread dlm cr ni dulu nnti kena cari blk. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi yang tersirat tentang zaman purba..
mereka lebih maju daripada kite.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|