assalamualaikum utk saudara muslim muslimin sekalian..
satu petang, alkisah aku lapar, dan aku pergi lah pasaraya GIANT shopping barang dan siap beli aku punyer faveret GRANOLA BARS... so, balik, aku pun sedap2 makan bijirin coklat kegemaran aku tu; QUAKER Chewy Granola Bars. sedang aku dok makan, tiba2 tergerak hati nak main-main belek dier punyer kotak.. so agak terkejut bila bijirin coklat kegemaran aku ni sebenarnya takde tanda halal.. so aku pun belek-belek... tiba2 ternampak yg benda ni mengandungi SUGAR ALCOHOL... as muslim, kita kan almaklumlah aper2 benda yg berkaitan ALCOHOL ni, kesimpulannya adalah haram...
so aku agak sedih sebab benda ni terjadi kat aku dan melibatkan coklat kegemaran aku yang dah bertahun aku suker...
snap picture bahagian Hadapan dan belakang my faveret bijirin coklat. cuber korang cari mana logo halalnyer... mana tau kot-kot aku tak ternampak..
Yang penting, this is product untuk market Amerika dan bila nak masuk market Malaysia diorang just tampal je sticker Nutrient Fact yang Baru, tindan nutrient fact yg jelas tertulis contain ALCOHOL SUGAR... atleast kalau nak jual product Amerika kat market Malaysia pun, tak payah la nak cover2 sampai tempek nutrien fact yg sebenar.. nampak sangat nak Cover utk product ko laku.
Then see the Nutrient Fact yang ditampal, dengan nutrient fact yang asal (setelah aku gigih menkopek nutrient fact yg ditampal)... see... jelas. ader Sugar Alcohol 1g.
So, aku fikir... apsal Fakta Nutrient fact tu berubah.. product sama. takkan masa kat amerika Alcohol tu ader, tp bila naik kapal terbang impot ke Malaysia, alcohol tu dah kering... but, the conclusion pastinya pihak market fikir untuk Lariskan product beliau di Malaysia tanpa berfikir perkara halal haram dan sensitiviti umat islam..
Astargfirullah hal azim
dan satu lagi keraguan... kalau betul lah cetakan pada kotak tu silap dan pengeluar tu nak jimatkan kos.... so, why pada kertas pembalut Granola Bar dalam kotak tu tak dibetulkan plak nutrient fact nyer..
ini memang kes nak mengelirukan pengguna Islam.
the front pembalut;
the back pembalut, contain ingredient dan kalau check pakai kanta pembesar pun memang takde any ALCOHOL..
but, bila tgk nutrient fact, yang berselindung di sebalik plastik pembalut... try belek sikit pembalut tu dan u can see.... jelas... kan...
SUGAR ALCOHOL 1g.
so, kesimpulannya... kalau fikir... memang lah kandungan SUGAR ALCOHOL tu just 1g, untuk setiap bar... tapi bila aku fikir balik, sepanjang aku addict beberapa tahun benda tu dan berbar-bar coklat dah aku makan... rasanya dah berapa banyak dah contain dalam badan aku...
then, aku pun bukan nak kecoh... tapi sebagai saudara seislam,aku rasa ni adalah tanggungjawab aku untuk mengingatkan rakan-rakan umat aku yang lain supaya sensitiviti agama kita terjamin.
so,lepas ni,
aku berpesan utk diri aku sendiri dan orang lain supaya lebih berhati-hati, terutama bagi umat muslim yang addict benda ni macam aku... dan sumpah pasni aku dah tak beli brand nih dan aku akan lebih berhati2 bila beli product makanan, walaupun pada rak-rk makanan yang halal di supermarket... terutama nya untuk makanan siap yg dalam tin dan kotak
semoga kejadian cam ni tak berulang lagi dan diambil iktibar oleh u alls....
P/s; banyak sekarang ni product untuk market AMERIKA, dibawak jual kat pasaran MALAYSIA. hari tu aku terbaca kat forum ni jugak yg ader akak terbeli,dan satu familynya termakan KIMBALL PASTA SOUSE yang ader PORK MINCH.
dan aku terfikir... kalau ar tersentuh anjing leh basuh ngan air tanah.. tapi kalau termakan benda haram cam aku ni, nak buat cam mana????
|