Lagu 'Penghujung' ini diterbitkan oleh Tripdisz; yang juga merupakan penerbit/penggubah lagu bagi lagu-lagu yang tidak asing dikalangan pengemar muzik tahanair seperti, 'Aku Maafkan Kamu' -- Malique / Jamal Abdillah, 'Teman Pengganti' -- Malique / Black, 'Bawaku Pergi' -- Zizan / Kaka. Lagu ini juga dipersembahkan secara kolaborasi bersama Frequensi dari kumpulan NtahSape2Ntah dan Lady D. Lady D yang pernah dikenali dengan lagu 'B.O.M.O.H' dari album Too Phat dan 'Everything Changes' oleh Poetic Ammo. Suntingan dan adunan lagu ini dilakukan oleh Al-Z di IBP Studio. Serta proses suntingan adunan 'mastering' dilakukan oleh seorang engineer audio termasyur dikalangan ramai artis serta ahli muzik tanahair khasnya, iaitu CL Toh. Lirik lagu, 'Penghujung' ini - idea dan konsep asal ditulis oleh Nawi sendiri dan lirik tambahan ditulis oleh Frequensi dan Lady D