CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3412|Reply: 2

Jangkitan Akibat Cakaran Kucing

[Copy link]
Post time 31-10-2012 12:21 AM | Show all posts |Read mode
Bagi mereka yang gemar membela dan bermain dengan kucing, di cakar oleh kucing sememangnya merupakan perkara yang biasa berlaku..Kebanyakkan mereka yang dicakar akan menganggap ia sebagai satu "gurauan manja" daripada seekor kucing, namun tidak ramai yang tahu bahawa cakaran "gurauan manja" tersebut mampu memberi jangkitan yang serius..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni.



Sekiranya anda membela kucing, tidak mustahil bagi anda mengalami jangkitan daripada cakaran kucing. Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Bartonella henselae yang biasanya terdapat pada kucing yang masih muda.

Walaupun setiap ekor kucing mampu menyebarkan jangkitan tersebut, namun risiko penyebaran paling tinggi adalah daripada kucing rumah. Jangkitan ini boleh tersebar melalui luka cakaran dan gigitan. Tanda-tanda awal jangkitan adalah seperti dibawah ini:

- Mengalami kesakitan atau gelembung di tempat yang dicakar atau digigit oleh kucing dalam masa 10 hari.
- Demam
- Tanda kemerah-merahan di kawasan luka.
- Luka tidak sembuh dengan sempurna.
- Muntah, rasa keletihan yang luar biasa dan mengalami cirit-birit.
- Mengalami bengkak limfa selama lebih daripada 2-3 minggu.

Walaubagaimana pun, jangkitan ini tidak bermakna anda harus mengasingkan kucing anda dan menghalangnya daripada bersosial dengan kucing lain. Mereka hanya mempunyai masalah pembawa jangkitan hanya ketika masih kecil sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah lebih berhati-hati semasa tempoh tersebut.














Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 07:10 PM | Show all posts
Wahh... Bahaya juga ya.. Tapi comel la kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 08:11 PM | Show all posts
Info menarik...kena lenih berhati2 pasni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.118896 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list