View: 3048|Reply: 1
|
[Pelbagai]
Membaca buku untuk tambah ilmu & tambah iman & amal
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum w.b.t.
JOM SHARE IDEA PSL PEMBACAAN.
Saya sebenarnya minat membaca. Saya suka membaca apa-apa jenis bahan bacaan - majalah, novel, buku, bahan internet, newspaper atau apa-apa sahaja. Minat saya semakin berkurang sejak saya berkahwin dan beranak pinak. Mungkin sebab sebuk dan tiada lagi dorongan. Dulu-dulu masa zaman belajar (dari sekolah sampai masuk universiti) minat saya disuntik, dijentik, didorong oleh kawan-kawan. Lepas tu, bila sudah mula bekerja dan berkeluarga, saya makin melupakan minat saya ini. Buku-buku lama saya banyak terbiar di rumah. Termasuk lah majalah-majalah kesayangan.
Tapi lama kelamaan, saya mula sedar diri saya makin ketinggalan! Tanpa buku, saya BUKANLAH SESIAPA! Dari buku datangnya ilmu. Dari ilmu datangnya pengetahuan. Bagi saya, dari pengetahuan datangnya KEYAKINAN DIRI. Masa dahulu, tujuan membaca bahan bacaan bahasa inggeris kerana tak mahu ketinggalan dalam penggunaan dan penggayaan bahasa kedua negara ni. Tapi sekarang, saya dah semakin jauh dari bahasa inggeris. Grammar saya hancus! Vocabulary semakin low!
Bagi saya pengetahuan memandu hidup saya. Tapi ilmu pengetahuan saya mungkin tak dapat berada ke tahap hari ini. Saya perlukan bimbingan dalam ilmu agama, ilmu kekeluargaan, ilmu sosial dan macam-macam lagi. Semuanya untuk meningkatkan tahap motivasi diri saya sendiri. Saya mahu menjadi cemerlang dalam segala-galanya, dari dunia sampai ke akhirat. Cemerlang sebagai hamba Allah, cemerlang sebagai seorang anak, cemerlang sebagai seorang ibu, cemerlang sebagai seorang isteri, cemerlang sebagai pekerja dalam organisasi saya.
Tidak ada pantai tak di lambung ombak - dugaan dan ujian hidup datang silih berganti. Ye, kite janganlah lupa berdoa dan meminta pertolongan dari Nya yang Maha Esa agar diberi ketetapan hati, kekuatan benteng iman dan taqwa, kekebalan tembok kesabaran, ketabahan, ketenangan dalam mengharungi apa jua bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan Allah. Supaya hati dan jiwa kite kental dan tabah mengharungi apa jua keadaan dan situasi yang mendatang. Tapi bukankah di samping berdoa, kita juga perlu berusaha untuk mengatasi apa jua masalah yang mendepani kita? Bukankah mencari ilmu itu juga merupakan suatu usaha agar kita tahu jalan yang terbaik harus kita pilih?
Sekarang nie, anak saya yang sulung sudah pun berusia 6 tahun, Saya mahu dia minat kepada buku dan minat membaca. Antara salah satu langkah penting yang perlu diambil untuk kita pupuk minat seorang kanak-kanak untuk membaca ialah KITA SENDIRI HARUS MEMBACA!
Jemput singgah ke blog-blog perniagaan saya dibawah.....Online Bookstore.
http://www.facebook.com/LittleCaliphBooks4You
http://mylittlecaliph-books4you.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
syabas!
sy pun suke mbaca |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|