View: 20213|Reply: 4
|
Amalan Ibu Datang Haid Ketika Anak Ambil Peperiksaan
[Copy link]
|
|
Amalan Ibu Datang Haid Ketika Anak Ambil Peperiksaan
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.
Islam tidak membataskan muslimah berhenti beramal hanya disebabkan didatangi haid. Terlalu banyak amal-amalan yang boleh dilakukan oleh si ibu yang datang haid, khusus untuk anak-anak semasa mereka menjalani peperiksaan.
.
A) Amalan Ibu Datang Haid
Antara amalan yang boleh dilakukan untuk membantu anak menghadapi peperiksaan adalah:-
.
1) Beristighfar seberapa banyak yang boleh
2) Memperbanyakkan Zikir kepada Allah SWT.
3) Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
4) Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5) Berdoa ~ doalah apa saja untuk si anak, contohnya seperti:
.
.
.
B) Amalan Zikir Asmaul Husna Ibu Bapa Untuk Anak-Anak
Antara Zikir Asmaul Husna yang boleh dilakukan untuk membantu anak menghadapi peperiksaan adalah:-
.
1) يَاعَلِيُّ ‘Ya Aliyy’ (Yang Maha Tinggi/Teratas) ~ (Tuliskan ( اَلْعَلِيُّ ) 100x atas kertas, rendam & beri anak minum. InsyaAllah dapat menajamkan fikiran dan mencerdaskan minda anak.
.
2) يَامُقِيْتُ ‘Ya Muqit’ (Maha Menjaga /Mencukupkan) ~ Bacakan pada air dan diberi kepada anak minum. InsyaAllah anak akan berperangai baik.
.
3) Amalkan Asmaul Husna berikut dan tiupkan ke kepala semasa anak-anak tidur.
.
4) Ibu / ap abaca asma di atas dan tiupkan pada air minuman lalu diberi si anak minum.
.
5) Letak tangan kanan di atas kepala anak-anak yang hendak ke sekolah dan bacakan 5 Asma di atas; Doakan semoga anak menjadi bijak, cerdas, terang hati, mudah mengingat pelajaran, dapat menjawab soalan dengan baik dan sebagainya. Tiup di kepalanya.
.
6) Bacakan Asmaul Husna berikut;
Letak tangan pada tengkuk anak sebelum ke sekolah, InsyaAllah terpelihara daripada sebarang perlakuan buruk.
.
7) يَابَرُّ ‘Ya Barr’ (Wahai Yang Maha Bagus /Dermawan) ~ Bacakan pada si anak. InsyaAllah dijauhkan daripada sebarang kemalangan atau kecelakaan.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamuaikum.. terima kasih di atas perkongsian ye |
|
|
|
|
|
|
|
syukran...
sharing is caring...
ibu bapa kena rajin juga nak anak baik kan... kalo semata-mata harap budak sendiri, lambat kot derang nak tau sendirii kan..
bagus info ni...tq tt |
|
|
|
|
|
|
|
tak yah payah2 la..doa je dalam bahasa gunaan seharian yg simple...doa panjang2 zikir panjang2 pun kalau tk de rezeki tk mnjadik... kah kah kah
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|