|
♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ KAMI HISTERIA (6 Feb) ★
[Copy link]
|
|
dari fb Utusan online
Kami memang bercinta
Hits,Utusan Malaysia hari ini 17/1/2014
p/s* Artikel pasal Mila ni belum ada lagi kat utusan online..selepas pukul 6 baru ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber; Gua.com
Mila Jirin Rancang Kahwini Ahli Perniagaan
Farhana Ab rahman
Penyanyi kecil molek, Nor Sharmila Jirin atau Mila Jirin sering kali dihimpit gosip yang mendakwa dia mendapat tajaan daripada golongan VIP. Biarpun begitu, Mila sering menepis dakwaan ini dan menegaskan kesenangan yang diraihnya adalah hasil titik peluhnya sendiri.
“Saya sudah lali dengan gosip yang mengatakan bahawa saya mendapat tajaan. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa semua harta benda yang saya milik adalah hasil titik peluh dan usaha saya sendiri," ujar Mila ketika di majlis pratonton filem 'Kami Histeria' di The Curve, pada Rabu.
Dalam masa yang sama, Mila turut berkongsi berita gembira dengan peminatnya. Jelas penyanyi berasal dari Pulau Pinang ini, dia kini sedang berkawan dengan seorang ahli perniagaan berusia 30-an.
"InsyaAllah, doakan yang terbaik. Kami juga mempunyai perancangan untuk berkahwin,” ujar Mila ringkas.
Berkongsi tentang perancangan masa depannya, Mila memberitahu dia kini sedang fokus dengan dua perniagaannya. Jelas Mila, dia menganggap bidang perniagaan antara persiapannya untuk masa hadapan.
Mila bakal tampil dengan dua buah single yang salah satu daripadanya merupakan duet bersama Nubhan berjudul 'Hampir Jauh'.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harian metro online
Budak band minta bantuan langsuir
Norhayati Nordin
Selepas filem Gol & Gincu, Pisau Cukur serta Istanbul Aku Datang, kini bekas pengacara 3R, Rafidah Abdullah tampil sekali lagi dengan naskhah terbaru karyanya, Kami Histeria.
Jika sebelum ini juga skrip filem Rafidah diterjemahkan ke layar perak oleh Bernard Chauly yang cukup sinonim dengan produksi Red Films Sdn Bhd, Kami Histeria pula peluang diberikan kepada pengarah baru, Shamyl Othman yang juga anak pengarah veteran Othman Hafsham.
Shamyl yang juga graduan Universiti Melbourne, Australia itu terdahulu menimba pengalaman duduk di kerusi pengarah menghasilkan drama terbitan Red Communications di antaranya Blogger Boy, Waktu Rehat, Sadiq & Co dan banyak lagi.
Justeru, dengan pengalaman ditimba berserta bakat pengarahan diwarisi daripada bapanya, maka tidak hairanlah apabila Shamyl mampu menghasil-kan filem Kami Histeria dengan cukup menghiburkan.
Apatah lagi, durasi 90 minit tayangan bagi filem Kami Histeria di majlis pratonton malam kelmarin tidak terasa berlalu. Ternyata sentuhan Shamyl disukai ramai.
Shamyl berkata, apa yang pasti dia sudah berusaha mengarahkan Kami Histeria dengan sebaik mungkin mengikut lakon layarnya. Sebagai karya komedi seram yang ringan, ia sudah pasti perlu dimuatkan dengan elemen lucu.
“Selain jalan cerita agak menarik, Kami Histeria juga ditunjangi barisan pelakon berbakat di negara ini yang nyata berjaya menjiwai watak serta memberikan komitmen yang baik. Saya berpuas hati bekerja dengan mereka semua.
“Semua watak diketengahkan juga ada kekuatan tersendiri. Apapun, Kami Histeria yang padat dengan elemen komedi seram yang ringan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Ia mengenai impian lima gadis menjadi bintang terkenal,” katanya.
Dibintangi Diana Danielle sebagai Laila, Mila Jirin (Airin), Nad Zainal (Peanut), Sara Ali (Bad) dan Umie Salwana Omar (Jojo), Kami Histeria diperkukuhkan lagi dengan kemunculan Nur Fazura yang melakonkan watak langsuir atau Cik Lang.
Walaupun melakonkan watak langsuir namun kredit untuk Fazura kerana sudah membuktikan betapa dia bukanlah seorang aktres yang sering mahu tampil jelita di dalam filem. Apatah lagi, lakonan Fazura juga sangat mantap.
Ditambah, apabila langsuir sangat bijak berdialek utara yang sangat menghiburkan serta siapa sangka langsuir juga mengikuti perkembangan industri hiburan tempatan!
Mana tidaknya, ini kerana Cik Lang adalah peminat setia Afdlin Shauki!
Sehubungan itu, untuk menyaksikan kesudahan cerita komedi seram sangat mencuit hati, Kami Histeria ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 6 Februari nanti.
Diterbitkan Astro Shaw secara usaha sama dengan Marna Films dan Red Film, penerbitan filem Kami Histeria menelan belanja sebanyak RM2 juta.
Pengarah Urusan Red Films, Lina Tan, berkata bagi memantapkan kesan khas dan muzik untuk filem Kami Histeria itu, tempoh selama 10 bulan diperlukan untuk menyiapkan semuanya.
Mengulas mengenai idea asal filem itu, Lina berkata, Rafidah datang berbincang dengannya kira-kira lima tahun lalu dan skrip dapat disiapkan Rafidah dalam tempoh setahun memandangkan jadualnya padat.
“Rafidah memberitahu saya dia mendapat ilham untuk menghasilkan cerita ini semasa mengikuti penggambaran di sebuah kawasan pangsapuri yang bersebelahan hutan.
“Bahkan katanya, ditambah dengan cerita didengar daripada penghuni pangsapuri itu yang mendakwa mereka pernah berpengalaman mendengar suara dari hutan berkenaan,” katanya.
Menurut Lina, dia yang yakin dengan hasil kerja Rafidah kerana sudah agak lama mereka bekerjasama berminat menerbitkan filem itu.
Rafidah yang baru-baru ini memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik pada Anugerah Lawak Warna 2013 lalu menerusi Istanbul Aku Datang dilihat begitu teliti menggarap skrip Kami Histeria yang padat dengan mesej.
Sinopsis Kami Histeria
Mengisahkan lima orang gadis remaja yang diketuai Laila sebagai pemain gitar dan vokalis, Bad (gitar utama) Peanut (basis), Airin (keyboard) dan Jojo (dram) bergabung menubuhkan kumpulan muzik dengan nama Kami Histeria.
Mereka yang bersahabat baik serta belajar di kolej sama turut sepakat untuk tinggal serumah dan berpindah ke kediaman baru dengan menyewa pangsapuri usang yang berhantu.
Bahkan ketika sibuk membuat rakaman lagu mereka, secara tidak sengaja suara langsuir yang mengilai turut dirakamkan dan lebih mengejutkan apabila lagu itu menjadi popular dan diminati ramai selepas di muat naik ke YouTube.
Justeru, bagi memastikan usaha Kami Histeria membina nama dalam industri muzik menjadi kenyataan, mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan daripada langsuir itu atau Cik Lang untuk merakam suaranya.
Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu di-nyanyikan itu menjadi popular maka Kami Histeria perlu menunaikan janji iaitu membawa pelakon Afdlin Shauki berjumpa dengannya.
Justeru, apabila lagu Kami Histeria semakin popular maka Cik Lang menuntut janji itu. Mampukah Kami Histeria membawa Afdlin kepada Cik Lang?
Apatah lagi, tercetus juga perteling-kahan di antara Laila dan Bad yang masing-masing berpegang teguh dengan pendirian diri. Apatah lagi, kemunculan Pit (lakonan Izzue Islam) turut menguji persahabatan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/17
http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
utusan online
Indahnya musim cinta
Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar Wahidin Salim
MILA Jirin tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Baru-baru ini, muncul gambar-gambar Mila Jirin di laman sosial berlatarbelakangkan sebuah rumah yang sudah dibelinya. Direnung-renungkan, ia memang sebuah rumah yang sangat cantik. Dipercayai harganya juga bernilai jutaan ringgit. Sebuah banglo, lengkap dengan kolam renang dengan gaya moden di sekitar Damansara, Selangor itu adalah berkat usaha Mila bekerja keras.
Penat lelah dia bukan sahaja dalam dunia seni, tetapi juga dalam bidang perniagaan akhirnya terbalas dengan memiliki sebuah rumah yang sebegitu cantik.
Mungkin itu juga persediaan untuk Mila melangsungkan rumah tangga.
Namun, ketika ditanya siapakah gerangan lelaki yang bakal menjadi teman hidup di rumah baharunya itu, Mila nampak seperti begitu berhati-hati mengatur ayat untuk menjawab.
Bagi Mila, pada usia yang semakin meningkat, sudah pasti perancangan untuk hidup bersama dengan lelaki bergelar suami itu ada.
Dia juga punya mimpi untuk memiliki keluarga sendiri dalam usia yang relatifnya tidak lagi muda.
Namun, bagi Mila, secara realistiknya hasrat itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana mahu fokus kepada bidang kerjayanya.
"Saya mengakui sedang mengenali seseorang secara serius sekarang ini. Kami memang bercinta. Tetapi perjalanan ini masih jauh. Kami tidak merancang untuk berkahwin dalam masa yang terdekat. Mungkin setahun dua lagi," jelasnya sambil tertawa kecil.
Tanpa mendedahkan identiti lelaki yang dicintai itu, cukup hanya sekadar Mila mengatakan dia adalah seorang usahawan dan masih solo.
"Kami kenal sudah lama. Tetapi baru akhir-akhir ini kami merancang untuk menjadi lebih serius dalam perhubungan ini setelah melihat ada keserasian bersama.
"Saya tidak nafikan, sebagai manusia biasa perlu berteman, tetapi mungkin tidak dalam masa terdekat untuk bergelar suami isteri," katanya.
Tambah Mila, lelaki itu juga telah berjumpa dengan ahli keluarganya dan mereka juga merestui hubungannya dengan ahli perniagaan itu.
"Saya suka berniaga, dan dia juga seorang ahli perniagaan. Jadi banyak benda yang kami boleh bincang dan borak bersama. Persamaan itu yang membuatkan kami boleh rapat dan saya cukup selesa dengannya," jelas gadis genit itu.
Memilih berdiam diri
Imbas kembali tahun 2013, ada sebahagian penyanyi yang mula meminggirkan nama mereka dalam industri cuma tidak ada kepastian sama ada memang sudah tidak laku atau sibuk dengan urusan lain.
Begitu juga dengan Mila yang dilihat mempunyai perjalanan seni yang agak suram tahun lalu. Malah, jarang namanya dikaitkan dengan produk terbaharu mahupun isu-isu lain.
Tetapi menurut Mila, kesuraman itu tidak bermakna dia sudah berlalu daripada industri seni, sebaliknya mengaku memang dia sengaja mendiamkan diri.
"Mila mengakui, tahun lalu memang agak perlahan daripada aktiviti seni tetapi sebenarnya aktiviti kerjaya seni masih berjalan.
"Cuma kebanyakannya tidak diketahui umum termasuklah undangan nyanyian di majlis korporat dan sebagainya. Lagipun, Mila sendiri memang sengaja mahu kebelakang sedikit tahun lalu," jelasnya.
Jarang ada artis-artis yang sebelum ini diulit dengan dunia glamor tiba-tiba mahu menenggelamkan diri daripada terus mendapat liputan semasa.
Tetapi, Mila mempunyai sebab tersendiri mengapa dia berbuat demikian dan ia juga adalah demi untuk melansungkan kariernya sebagai seorang anak seni.
"Memang tahun lalu, Mila sengaja menenggelamkan diri Mila sebab bila tidak ada benda baharu yang patut dihebahkan. Malah, produk terbaharu untuk diberitahu juga tiada.
"Jadi, daripada Mila mengarut bercakap tidak tentu pasal dan akhirnya mencetuskan kontroversi atau menjadi gosip, lebih baik Mila berdiam diri dan lakukan sahaja kerja sendiri." kata gadis berusia 27 tahun itu
Karier seni yang agak perlahan tahun lalu menyaksikan Mila mengatur perancangan yang agak rapi untuk menghadapi tahun 2014.
"Saya memang mahu elak kontroversi, saya tidak mahu menjaja cerita kerana sekadar mahu merelevankan nama saya dalam industri seni.
"Jadi, untuk tahun 2014 ini, rasanya bolehlah dikatakan tahun untuk saya kembali menaikkan nama Mila itu sendiri dengan produk-produk terbaharu.
"Alhamdulillah, perancangan sudah diatur dan Mila sendiri akan terbit dengan produk terbaharu yang juga sebenarnya satu hadiah kepada peminat," jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari fb Ailis Mustapha
Meet Mila Jirin untuk Filem Kami Histeria TV & Radio tour 2014
30 Januari 2014
-3.00 pm propaganza
-8.30am nasionalfm
3 February 2014
klfm (8.30am)
Era fm ( time tbc)
6 February 2014
Gua star chat - 2.00pm
Gala tv - 10.00 pm
7 February 2014
Murai : 2.00pm
Galaksi tv9 - 8.30pm
8 February 2014
Nasi lemak kopi o - 9.30am
Anugerah meletop - 8.00pm |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Ohbulan
Review Filem : Kami Histeria Memang Terbaik!
Terbaik! Itu sahaja perkataan yang wajar diungkapkan bagi menggambarkan keseluruhan cerita Kami Histeria sebaik sahaja penulis selesai menyaksikan pratonton filem berkenaan tempoh hari.
Boleh dikatakan sudah agak lama penonton di Malaysia tidak disajikan dengan filem-filem Melayu berkualiti tinggi yang mana jalan ceritanya tidak hanya disulami dengan lawak kosong atau sekadar dipenuhi dengan intipati berat dan sukar difahami sepanjang tayangan.
Namun Kami Histeria yang membawa genre komedi seram ini berjaya lari dari pandangan stereotaip sesetengah orang yang sering melabel genre berkenaan sebagai karya syok sendiri.
Meskipun pada mulanya penonton dihiburkan dengan jenaka spontan oleh para pelakon dan hantu itu sendiri, namun nampaknya filem ini tetap tidak tergelincir dari paksinya untuk mempamerkan elemen seram.
Mungkin jika melihat pada poster yang dipaparkan, ada yang berpendapat wajah Cik Lang dilakonkan Fazura terlampau cantik dan tidak cukup menggerunkan bagi watak hantu.
Tetapi hakikatnya, Fazura telah melakonkan watak langsuir dengan baik apabila dia mampu menjiwai karakter Cik Lang yang lemah lembut tetapi menakutkan sambil menuturkan loghat utara.
Tambah menarik lagi, filem ini juga menggunakan suara asal Diana Danielle dan Mila Jirin untuk adegan menyanyi sewaktu mereka jamming dan membuat persembahan.
Tahap professionalisme para pelakon yang diketengahkan sebagai girl band ini sedikit sebanyak membuatkan para penonton percaya bahawa kesemua mereka sememangnya berbakat bermain muzik.
Malah lagu yang digunakan semuanya sedap didengar lebih-lebih lagi apabila khidmat Loque telah digunakan sebagai penerbit muzik filem berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, Kami Histeria merupakan idea asal dan lakonlayar Rafidah Abdullah yang mendapat ilham selepas mendengar cerita seram dari penghuni pangsapuri di dalam filem tersebut mengenai suara pelik yang didengar dari hutan bersebelahan.
Secara keseluruhannya, filem arahan Shamyl Othman ini mengisahkan tentang girl band terdiri daripada Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) yang terlalu ghairah mengejar kemahsyuran walaupun dengan cara yang salah.
Kisah seram bermula apabila kumpulan yang diberi nama Histeria ini secara tidak sengaja telah merakam suara langsuir di dalam salah sebuah lagu mereka dan ianya telah menyumbang kepada populariti lagu tersebut dalam masa singkat.
Oleh kerana lagu-lagu yang lain tidak mendapat sambutan hangat, Histeria kemudiannya membuat perjanjian dengan langsuir yang dikenali sebagai Cik Lang untuk menaikkan semula nama mereka.
Bad berkeras mahu menjejaki Cik Lang di dalam hutan bagi merakam dan meminjam suara langsuir itu walaupun pada awalnya ditegah oleh ahli yang lain.
Biarpun niat mereka diterima baik oleh Cik Lang namun gadis-gadis ini berdepan bahaya apabila hantu itu mengamuk kerana permintaannya tidak ditunaikan.
Apakah janji yang telah dibuat oleh Histeria dengan Cik Lang? Mampukah mereka menyelamatkan diri dari diganggu dan cuba dibunuh oleh langsuir berkenaan?
Jom sama-sama bergelak sakan dan alami perasaan seram melampau dengan menonton Kami Histeria yang akan mula menghantui pawagam berdekatan pada 6 Februari 2014.
Sementara itu, apa kata anda tonton dulu trailer Kami Histeria di bawah ini untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai jalan ceritanya. Semoga terhibur!
http://www.ohbulan.com/review-filem-kami-histeria-memang-terbaik/
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber; Utusan Online 22/1/2014
Enam dalam satu
Oleh IFQDAR RAHMAN
[email protected]
Gambar MOHD. NAIM AZIZ
HANYA mempertaruhkan bakat lakonan enam heroin termasuk dua muka baharu dalam bidang lakonan, ternyata karya terbaharu hasil kerjasama antara Astro Shaw, Marna Films dan Red Films berjudul Kami Histeria mampu menggamatkan seluruh panggung dengan aksi mereka yang begitu bersahaja.
Mengisahkan mengenai sebuah kumpulan muzik yang menamakan diri mereka sebagai Kami Histeria, lakonan matap Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal serta dua muka baharu, Mila Jirin dan Umie Omar yang pertama kali disatukan dalam sebuah filem membuahkan hasil kerana kelima-lima mereka bijak memainkan peranan masing-masing tanpa perlu membayangi satu sama lain.
Karya yang menggunakan idea asal dan lakon layar bekas pengacara 3R, Rafidah Abdullah itu mengetengahkan tiga genre sekali gus iaitu komedi, seram dan muzik dipercayai mampu membuka lembaran baharu industri perfileman tempatan yang dilihat agak suram kebelakangan ini kerana skrip yang diolah selama setahun itu begitu segar dan menghiburkan.
Ditambah pula dengan bakat pelakon jelitawan, Nur Fazura yang turut menjadi peneraju utama filem berkenaan, tidak keterlaluan jika dikatakan naskhah tersebut serba-serbinya lengkap tanpa memberi sebarang ruang untuk dikritik.
Menelan belanja sebanyak RM2 juta, filem tersebut adalah karya sulung pengarah muda, Shamyl Othman yang sebelum ini pernah mengarahkan Blogger Boy, Waktu Rehat, My Ghost Story dan Oh My English: Hello America.
Menyentuh lebih lanjut mengenai filem yang bakal ditayangkan pada 6 Februari ini, pihak produksi menjanjikan satu kepuasan yang luar biasa dan memuaskan berdasarkan tinjauan yang dilakukan ketika sesi previu bersama para penuntut universiti tempatan.
Mendekati Nur Fazura yang anggun berkebaya rona hitam dan merah yang dibelinya di Indonesia, memberitahu, dalam Kami Histeria dia membawa watak hantu langsuir bernama Cik Lang.
Bukan langsuir biasa tetapi Cik Lang divisualkan sebagai langsuir jelita yang sentiasa mengenakan kebaya ditambah dengan sifat gedik agar mampu mewujudkan elemen humor yang menghiburkan.
"Ini adalah watak hantu pertama saya dan saya rasa begitu seksi apabila produksi mahukan karakter mengenakan kebaya sepanjang masa. Tambah mencabar, saya terpaksa bercakap dalam loghat Kedah dan mengambil masa selama tiga hari untuk fasih.
"Bukan itu sahaja, teknik solekan khas yang menggunakan lateks turut dikenakan bagi menggambarkan wajah Cik Lang dalam keadaan hodoh," ungkap pelakon berasal dari Pekan, Pahang itu.
Selain proses solekan yang memakan masa selama empat jam itu, kongsi Fazura lagi, dia juga perlu melakukan aksi lagak ngeri seperti terbang tanpa menggunakan pelagak ngeri.
Selainnya, gelagat Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umie Omar yang masih menuntut dan pada masa yang sama bergelar artis indie yang tinggal di sebuah flat usang amat mengujakan.
Ketepikan seketika lakonan Diana dan Sara yang umum mengetahui kehebatan masing-masing, Nad Zainal muncul dengan watak tanpa dialog disebabkan karakternya yang pemalu.
Disebabkan itu, Nad wajar diberi pujian kerana berjaya menghidupkan watak Peanut walaupun sekadar menggunakan mimik muka, tanpa sebarang suara kecuali satu adegan ketika berhadapan dengan Cik Lang yang membuatnya menjerit ketakutan.
Bagi Mila Jirin pula, gadis genit itu begitu menjadi dengan watak ala Sang Puteri bernama Airin yang mahukan layanan kelas pertama serta selalu berselisih pendapat dengan Bad, watak yang dibawa oleh Sara.
Begitu juga dengan Umie Omar, karakter tomboinya yang kelakar dari awal hingga ke penghujung cerita benar-benar mengagumkan, apatah lagi ini adalah filem pertamanya di layar perak.
Justeru, walaupun dibarisi pelakon wanita dengan dibantu Izzue Islam dan Afdlin Shauki, Kami Histeria mampu menggeletek seluruh isi pawagam apabila ia ditayangkan kelak dan begitu sesuai ditonton untuk setiap lapisan masyarakat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140122/hi_05/Enam-dalam-satu#ixzz2r9DnW1vY
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Kami Histeria terbaik!
AQMAR MUSTAZA
8 Februari 2014
KEBELAKANGAN ini, lambakan filem tempatan di pawagam menyebabkan sesetengah penonton mula merasa bosan dengan sesetengah jalan cerita yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain.
Dan jika anda terkategori dalam golongan itu, maka penyakit anda itu akan diubati dengan filem Kami Histeria.
Apatah lagi, bagi mereka yang setia dengan filem terbitan syarikat produksi Red Films anda pasti sudah mengetahui hasil-hasil filem terbitan syarikat itu yang lebih segar dan moden.
Barangkali pada mereka yang menilai pada tajuk dan poster semata-mata, anda mungkin akan merasakan Kami Histeria tidak jauh bezanya dengan filem komedi seram sedia ada.
Namun pada pandangan penulis sendiri, ia adalah karya segar yang mampu menggeletek penonton dan dalam masa meninggalkan juga rasa gerun kepada penontonnya.
Secara ringkasnya, filem yang diarahkan oleh Shamyl Othman ini adalah idea asal dan lakon layar oleh Rafidah Abdullah yang mendapat ilham selepas mendengar cerita seram dari seorang penghuni di sebuah pangsapuri.
Bermula daripada situ, dia mengolah jalan cerita dan membawa penonton melayari kisah lima orang gadis remaja yang diketuai Laila (Diana Danielle), Bad (Sara Ali), Peanut (Nad Zainal), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar bergabung menubuhkan kumpulan muzik dengan nama Kami Histeria.
Mereka yang bersahabat baik serta belajar di kolej sama turut sepakat untuk tinggal serumah dan berpindah ke kediaman baru dengan menyewa pangsapuri usang yang berhantu.
Bahkan ketika sibuk membuat rakaman lagu mereka, secara tidak sengaja suara langsuir yang mengilai turut dirakamkan dan lebih mengejutkan apabila lagu itu menjadi popular dan diminati ramai selepas di muat naik ke YouTube.
Justeru bagi memastikan usaha Kami Histeria membina nama dalam industri muzik menjadi kenyataan, mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan daripada langsuir itu atau Cik Lang untuk merakam suaranya.
Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu dinyanyikan itu menjadi popular maka Kami Histeria perlu menunaikan janji iaitu membawa pelakon Afdlin Shauki berjumpa dengannya.
Justeru, apabila lagu Kami Histeria semakin popular maka Cik Lang menuntut janji itu. Mampukah Kami Histeria membawa Afdlin kepada Cik Lang?
Apatah lagi, kemunculan Pit (lakonan Izzue Islam) turut menguji persahabatan mereka.
Pecah perut!
Tidak hanya bersandar kepada rupa dan kecantikan pelakon-pelakon utamanya yang terdiri daripada bunga-bunga yang cantik, Kami Histeria mempunyai sebuah jalan cerita yang cukup menarik.
Di tambah pula dengan babak-babak yang dimasukkan di dalam filem itu, biarpun tidak logik, namun masih mampu di terima dan memecahkan perut dek deraian ketawa.
Pendek kata, bagi anda yang merindui sebuah karya yang segar tanpa cacat-cela, maka anda tidak patut melepaskan kesempatan menonton filem ini.
Bukan hanya sekadar runut bunyi yang lebih 'catchy', babak-babak di dalam filem ini juga menarik, biarpun melibatkan beberapa lokasi yang sama, namun bersesuaian dengan jalan cerita.
Malah menariknya lagi, Kami Histeria, bukanlah sebuah filem syok sendiri biarpun penggunaan dialog pasar dan adakalanya sudah biasa di dengar.
Anda pasti tidak akan kering gusi melihat hantu dikalahkan dengan coklat KitKat. Seperti yang penulis katakan tadi, biarpun tidak logik, namun masih mampu mengundang deraian ketawa.
Meskipun penonton dihiburkan dengan jenaka spontan oleh para pelakon dan hantu itu sendiri, namun filem ini tetap tidak tergelincir dari paksinya untuk mempamerkan elemen seram.
Langsuir utara
Bukan itu sahaja, jika selama ini, apabila bercakap mengenai hantu, tidak kiralah, langsuir, pontianak, penonton pasti sudah biasa dihidangkan dengan makhluk berupa hodoh.
Namun berbeza dengan Kami Histeria, penonton akan disajikan dengan hantu yang lebih cantik, dan lebih lucu bertutur dalam loghat utara.
Biarpun tampak cantik dan kelakar, Fazura selaku Cik Lang masih meninggalkan rasa gerun dan takut kepada penonton dengan lirikan mata dan senyumannya.
Ia sekali gus memberi kelainan kepada peminat-peminat Fazura yang selama ini melihat lakonannya menerusi watak romantis atau komedi sahaja.
Gandingan mantap
Selain itu, menariknya mengenai filem ini, ia bukan filem yang digarap secara melulu, sebaliknya, kesemua watak utama seperti Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, dan Umie Omar menjalani latihan selama sebulan melibatkan dialog dan watak mereka.
Justeru anda tidak akan melihat kejanggalan dalam lakonan ke semua pelakon ini kerana mereka kelihatan seperti kawan yang sudah berkawan lama antara satu lain.
Pada pendapat penulis, pelakon yang paling menyerlah dalam filem ini adalah Nad Zainal. Tanpa dialog, Nad yang digambarkan sebagai gadis pendiam, berjaya memberi ekspresi wajah bersesuaian dengan setiap keadaan.
Manakala pelakon lain tidak kurang hebatnya dan lakonan mereka saling membantu watak-watak pelakon-pelakon lain di dalam filem ini.
Secara keseluruhan, Kami Histeria adalah sebuah filem yang menarik dan lain daripada lain. Justeru, bagi anda yang belum menyaksikan filem ini, jangan lupa menonton Kami Histeria di pawagam.
PENGARAH : Shamyl Othman
PELAKON Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, Umie Omar, Izzue Islam, & Afdlin Shauki.
GENRE : Komedi/Seram
DURASI : 1jam 30minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 06 Feb 2014
KESELURUHAN : * * * * * TERBAIKLAH!
sumber; Sinar Harian Onlinehttp://www.sinarharian.com.my/hi ... ia-terbaik-1.248657
Last edited by taurus-71 on 8-2-2014 09:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 16/02/2014
Mila berprinsip
OLeh AMIRAH AMALY SYAFAAT
[email protected]
TIDAK selesa untuk meraih simpati dengan mana-mana pihak untuk mengembalikan zaman kegemilangannya yang pernah dilalui kira-kira tujuh tahun lalu, Mila Jirin reda andai graf perjalanan seninya semakin perlahan.
Menganggap situasi itu merupakan resmi kehidupan seorang anak seni kata penyanyi berusia 27 tahun ini, dia juga akur andai popularitinya semakin pudar pada waktu ini.
Asalkan karier nyanyian belum terkubur, Mila menegaskan yang perlu dilakukan pada hari ini adalah bijak membuat perancangan agar jenama dirinya itu kekal.
"Hidup saya berprinsip. Saya tak pandai meminta bagi memastikan sentiasa ada tawaran kerja. Kalau tak ada rezeki di situ, tak mengapa. Kenalah cari rezeki lain.
"Bukan saya berlagak tapi saya tak mahu kelihatan terdesak. Sebab saya percaya jika kita kuat kerja, pasti ada ganjaran menanti," tegas Mila pada berhubung karier nyanyiannya.
Mila merupakan juara wanita pertama yang diangkat menerusi pertandingan realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007.
Mengulas tentang namanya yang semakin sepi anak kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini memberitahu dia masih aktif menyanyi dan menerima banyak tawaran persembahan pada majlis-majlis tertutup.
Tanpa kehadiran pihak media yang membuat liputan kata Mila, itu antara faktor yang mengundang persepsi mengatakan dirinya seakan-akan tidak lagi berada pada arus perdana pentas nyanyian tanah air.
Tidak mahu terlalu bergantung hidup kepada pendapatan sebagai penyanyi Mila memilih bidang perniagaan sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan.
Mengusahakan produk kecantikan, pengurusan majlis dan yang terbaharu membuka Restoran Embun Urai di Taman Prima Puchong, Selangor kata Mila, itu adalah fokus utamanya pada hari ini.
"Alhamdulillah... bisnes saya semuanya berjalan lancar," kata pelakon yang sedang giat mempromosikan filem lakonannya, Kami Histeria yang kini ditayangkan di pawagam.
Berjimat
Berbicara tentang perancangan untuk meneruskan penerbitan album bahasa Inggeris yang dikatakan tergendala kerana masalah kewangan Mila berkata, sememangnya dia berharap agar albumnya yang diusahakan dengan seorang penerbit di United Kingdom (UK) sejak 2012 itu berjalan lancar.
Biarpun terpaksa memendamkan hasrat tersebut buat seketika Mila mengakui dia kini sedang membuat perancangan rapi untuk mencari sejumlah wang bagi merealisasikan impiannya itu.
"Proses rakaman lagu sudah selesai. Cuma nak buat klip video saja. Jadi saya perlu ke sana untuk selesaikannya.
"Tapi masalahnya adalah kekangan wang. Kena sediakan kira-kira RM80,000 untuk membiayai kos logistik termasuk penginapan dan sara hidup untuk tempoh enam bulan. Jumlah wang yang diperlukan itu memang besar. Itu yang buat saya berfikir banyak kali," cerita Mila tentang pelaburan album Inggerisnya yang menggunakan duit poketnya sendiri.
Kekasihku ahli perniagaan
SENGAJA mengusik tentang siapa teman lelakinya, Mila memberitahu dia sedang mengenali seseorang yang merupakan kawan zaman sekolahnya.
"Dah ada buah hati dah sekarang. Dia seorang ahli perniagaan. Dah lama kami kenal cuma hubungan itu serius sejak akhir-akhir ini.
"Pun begitu saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Perkara ini masih dalam perbincangan. Kalau tak jadi, malulah," kata Mila berhubung kisah cintanya.
Enggan mendedahkan identiti lelaki yang dicintai itu kata Mila, cara itu lebih baik kerana bimbang niatnya disalahertikan andai terlalu awal memperkenalkan si dia kepada khalayak.
Yang pasti dia akan mengkhabarkan berita gembira kepada semua terutama peminatnya jika hubungan cintanya itu sampai ke jenjang pelamin satu hari nanti.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|