|
Adapun tersebut kisah pada satu hari, Kampung Teluk Belacan yang terletak di pinggir sempadan Empayar Poyos telahpun di serang oleh Puak Orga Belantara Gundur dengan rakus sekali...habis keseluruhan penduduk kampung termasuklah haiwan ternakan hatta tanam-tanaman menerima bahana dek kerakusan Puak Orga Belantra Gundur itu...tiada seorang hatta seekor pun terselamat kecuali seorang kesatria muda yang kebetulan tiada di kampung kerana sedang berdating dengan awek kampung sebelah.
Alangkah terkejut beruknya sang kesatria muda bukan kepalang tatkala pulang ke kampung melihatkan keadaan kampung yang sudah selayaknya digelar padang jarak padang terkukur itu...Maka bermulalah lagenda pengembaraan sang kesatria muda yang diberi nama PaWauYaWau itu untuk menuntut bela atas kematian kaum keluarga serta sanak saudaranya yang telah dinodai oleh kerakusan serta kekejaman Puak Orga Belantara Gundur itu...
Puak Orga Belantara Gundur adalah spesis makhluk magik yang sangat berkuasa...maka kudrat tenaga seorang manusia biasa takkan mampu untuk menewaskan puak2 ini...hanya sejenis senjata kesaktian hikmat yang diberi nama Pedang Aura Bara Api sahaja yang mampu untuk mendatangkan kemudaratan kepada puak2 ini...adapun diriwayatkan bahawa Pedang Aura Bara Api itu adalah di simpan di bawah jagaan Tok Jenglot Ngokngek yang tinggal di Gua Ketayang..
Dipendekkan cerita maka bertemulah sang kesatria muda dengan Tok Jenglot Ngokngek dan diperdengarkanlah hajat kedatangannya kepada Tok Jenglot Ngokngek...Tok Jenglot Ngokngek amat terharu mendengar perkhabaran duka itu serta bersetuju untuk membantu sang kesatria muda untuk mendapatkan Pedang Aura Bara Api itu...maka sang kesatria muda pun di bawalah sehingga ke depan pintu Gua Ketayang yang dilindungi oleh Aura Halimunan...
“ Nampaknya sampai disini sahajalah tok dapat tolong hang ....selebihnya adalah atas usaha hang sendiri...pintu Gua Ketayang ini dilindungi oleh Aura Halimunan dimana setiap seorang yang berhajat untuk memasukinya hendaklah menggunakan Kunci Andika yang hanya akan muncul selepas memasukkan nombor-nombor rahsia...cara mendapatkan nombor-nombor rahsia itu seperti berikut...
Masa dalam perjalanan tadi hang ada nampak kan 100 buah Peti Manikam yang tersusun sebaris atas padang....setiap kotak tu disusun ikut nombor dia dari 1 sampai 100...hang kena buka kotak tu sebanyak 100 kali ikut turutan macam ni baru dapat nombor-nombor tu...
pertama : hang kena buka semua 100 Peti Manikam tu..
kedua : tutup setiap peti yang dalam gandaan 2..
ketiga : tutup peti yang terbuka dan buka peti yang tertutup dalam gandaan 3
keempat : tutup peti yang terbuka dan buka peti yang tertutup dlm gandaan 4
kelima : tutup peti yang terbuka dan buka peti yang tertutup dalam gandaan 5
dan seterusnya dengan gandaan menaik...sampailah kali yang keseratus...buat benda yang sama dalam gandaan 100...
Lepas hang dah buat semua tu...baru hang akan dapat nombor-nombor rahsia tu kat dalam peti2 yang terbuka selepas pusingan keseratus tu”
---------------------------------------------------------------------------
So....cuba korang cari apa nombor-nombor rahsia tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal panjang sangat ceritanya ni? Kita ada jumpa yg pendek je.
Apa-apa pun, seperti biasa tunggu tuan @FMKiller datang menjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
"baru hang akan dapat nombor-nombor rahsia tu kat dalam peti2 yang terbuka selepas pusingan keseratus tu"
lepas pusingan ke 100.. hnya 1 je la peti terbuka..peti ke 100..cari la dalam peti no 100 tu nombor2 rahsia..
pusingan 100 : tutup peti yang terbuka dan buka peti yang tertutup dalam gandaan 100
peti pon ada 100 ja... jadi peti yang ke 100 la.. |
|
|
|
|
|
|
|
pedet posted on 28-2-2013 11:30 AM
jawapan ku sama cam @FMKiller
tiruuuuuuu...haip!
|
|
|
|
|
|
|
|
pedet posted on 28-2-2013 11:36 AM
marah ke
nanti kena jual
tak mo la kene jual..
tapi nak hadiah..
|
|
|
|
|
|
|
|
FMKiller posted on 28-2-2013 11:42 AM
tak mo la kene jual..
tapi nak hadiah..
arini x de adiah. tapi ai bagi ni .
|
|
|
|
|
|
|
|
FMKiller posted on 28-2-2013 11:26 AM
"baru hang akan dapat nombor-nombor rahsia tu kat dalam peti2 yang terbuka selepas pusingan keseratu ...
panjang sangat soalan
tiru jawapn fmkiller
|
|
|
|
|
|
|
|
yup betul.....jawapannye 100....tahniah kpd pemenang.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak nak baca boleh tak..panjang..
so ape2 hal..kami semua dah wakil kan @FMKiller tolong jawab... |
|
|
|
|
|
|
|
rosemary70 posted on 28-2-2013 11:52 AM
yup betul.....jawapannye 100....tahniah kpd pemenang....
yeahaa!!
nak hadiah~~~
*best dpt collect hadiah bnyk2 nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
mizzacu posted on 28-2-2013 01:23 PM
saja nak suro @FMKiller dtg jawab
toce2..sbb bagi sy jawab dengan jayanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|