CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7689|Reply: 14

Petanda seorang lelaki sudah gila bayang terhadap anda.

[Copy link]
Post time 15-3-2013 09:57 AM | Show all posts |Read mode

Anda seorang wanita yang sangat berhati – hati dalam memilih pasangan. Selalunya pilihan yang paling selamat adalah memilih mereka yang menyayangi kita. Di sini saya senarikan petanda – petanda yang menunjukkan lelaki tersebut memang benar – benar sayang pada anda.


Dia hanya mahu berada bersama dengan anda.
Seorang lelaki memang gila bayang pada anda bila dia sanggup mengenepikan perkara –perkara lain hanya untuk bersama dengan anda. Dia akan melakukan apa sahaja asalkan dia boleh bersama dengan anda. Apabila anda ingin berjumpa dengan dia, dia akan datang dengan secepat kilat tanpa bertangguh.

Dia selalu menghubungi anda melalui telefon.
Jika anda menerima lautan mesej dan miss call dari dia, dia memang benar – benar sayang pada anda dengan sepenuh hati dia. Nasihat saya, jangan lepaskan dia kerana anda mungkin tidak akan jumpa lelaki yang obses pada anda seperti itu lagi.

Dia akan cuba sedaya upaya untuk memberi anda layanan istimewa.
Lelaki jatuh cinta pada anda apabila mereka mula bertindak gentleman terhadap anda. Mereka mula membuka pintu kereta untuk anda, membuka kerusi untuk anda sebelum anda duduk dan sentiasa mengutamakan anda pada setiap hal. Jika ini berlaku, anda seorang yang bertuah kerana berjumpa dengan seorang lelaki yang benar – benar sayang akan anda.



Dia tidak henti – henti berkata mengenai anda.
Setiap hari dia akan sentiasa memuji anda dengan kata cinta dan sayang. Dia akan memuji – muji anda seolah –olah anda adalah ratu dunia. Apa sahaja yang menarik perhatian dia, dia akan gunakan untuk memuji anda. Pujian bukanlah dari mulutnya tetapi dari hati dia. Anda dapat lihat dengan jelas keikhlasan dia pada anda melalui pujian yang dia hamburkan pada anda.

Dia bawa anda untuk kenal dengan orang yang rapat dengan dia.
Dia sayang pada anda dengan sepenuh hati dia apabila dia mula memperkenalkan diri anda pada rakan – rakan rapat dia, keluarga dia dan segala perkara yang bermakna pada dia.

Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk anda.
Bila seorang lelaki jatuh cinta pada anda, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk anda. Jika anda meminta pertolongan dari dia, dia akan menolong anda dengan sepantas kilat, tanpa bertangguh. Baginya, anda adalah seorang yang istimewa dan dia sanggup lakukan apa sahaja untuk anda. Dia juga sanggup membantu anda untuk mencapai impian anda.

Dia tidak jemu dengan anda.
Walaupun anda selalu membuat hal anda sendiri dan melayan si dia dengan sepatutnya, dia tetap sentiasa ada untuk anda. Malah si dia, tidak jemu – jemu memuji anda. Dia tidak rasa jemu langsung dengan anda. Sebaliknya dia rasa sangat cinta pada anda.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 11:49 AM | Show all posts
Once upon a time.....suatu ketika dulu

TQ ....where ever you are now

engkau sentiasa dlm kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 12:35 PM | Show all posts
hehe....tak jugak kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 06:39 PM | Show all posts
mmmmmm ader jer yg beria2 tp sekadar nak ambe kesempatana..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 08:06 PM | Show all posts
well..dia akan lafazkan akad. itu ultimatum, bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 09:38 PM | Show all posts
auw cak auw cak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2013 09:00 AM | Show all posts
kalo ikut hubungan antara aku ngn huby aku la

- telefon hari2...
- 3thn kenal kt tipon...bru jumpe..kt umah nenek ms tu..semua family aku ada
- stlh sbln jumpe, bawak jumpe famili dia, terus merisik...
- tunang 6 bulan, terus menikah


tu baru betul,  petanda dia bsungguh2 dan gila bayang ngn kita..


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 12:23 PM | Show all posts
ye ker..
kdg2 ada gak yg pndai berlakon jerk...
ikhlas nya blum tentu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2013 12:59 PM | Show all posts
kalo slalu over2 sampai gila bayang ... slalunye x lama pastu bye2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 10:56 PM | Show all posts
missus_meow posted on 17-3-2013 12:59 PM
kalo slalu over2 sampai gila bayang ... slalunye x lama pastu bye2 lah

slalunya yg over2 tu biasanya laki org..nak test market..salah satu cara nk kenal laki org..
yg single mingle ni x da over2 pon sbb dia x da experience lagi..(mostly)...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 11:05 PM | Show all posts
tak ndak la bercinta dgn org yg GILA bayang...
obsesi gitu..

pengalaman aku, lelaki tu bwk keta betul2 dpn pagar rumah.. dgn enjin berderum-derum mcm org gila.. dlm ketakutan aku & mak call polis. dan ianya sesuatu yg sgt meloyakan,bila org tu satu tempat kerja dgn kita. boleh pulak dia park keta block keta kita...
itu la satu2 kejadian yg sgt memalukan diri aku.. sampai aku berpesan-pesan kat kwn2, kalau aku tetiba angau pulak kat lelaki tu, mintak bwk aku berubat.. dah tentu aku kena sihir..

mungkin la pd sesetengah perempuan suka pd perhatian yg diberikan oleh org lelaki.. tp aku bukan pompuan mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 09:19 AM | Show all posts
sue_0684 posted on 17-3-2013 10:56 PM
slalunya yg over2 tu biasanya laki org..nak test market..salah satu cara nk kenal laki org..
yg s ...

kdg2 over desperate .. or silap sangka about what women want



Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 09:21 AM | Show all posts
zehra2 posted on 17-3-2013 11:05 PM
tak ndak la bercinta dgn org yg GILA bayang...
obsesi gitu..

tu dah boleh dipanggil stalker ... v scary
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 09:35 AM | Show all posts
Yeahhhh!!!!!

Biar dia gila bayang ngan kita... jangan kita gila bayang dengan dia... hahahaha

Sebenarnya kasih sayang tu biarlah berpada2... jangan terlalu ikut emo sgt....

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 12:10 PM | Show all posts
laki mmg susah nk difahami & dimengerti...
tindakan diorg mmg sukar nk diramal...
lelaki mmg pelakon kelas pertama...u'll never know when they really serious...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.148755 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list