CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1130|Reply: 0

Aprikot Bantu Cegah Penyakit

[Copy link]
Post time 16-3-2013 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Jika  disebut mengenai penyakit kronik, kanser mungkin antara yang  paling ditakuti ramai ketika ini. Pelbagai jenis kanser menyerang setiap  anggota tubuh badan dan ia tidak mengenal sesiapa.  

Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian  di seluruh dunia dengan jumlah 7.6 juta pada tahun 2008. Di Malaysia  sahaja, dianggarkan 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun dengan satu  daripada empat rakyat menghidapinya.

Pakar pemakanan dan juga perubatan dari seluruh dunia mengakui,  faktor makanan merupakan punca utama terjadinya kanser. Menurut mereka,  hampir 90 peratus makanan yang diambil setiap hari dikenalpasti sebagai  asid dan mengandungi bahan penambah seperti pewarna, perasa dan unsur  kimia yang menyumbang kepada kanser.

Akibatnya, diet harian kita kekurangan khasiat dan nutrisi daya tahan  tubuh badan seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B7, B12 dan B17. Kekurangan  bahan ini melemahkan daya tahan penyakit lalu mengundang masalah kronik  seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan lain-lain penyakit  yang membunuh secara perlahan.

Nutrisi

Pada 1952, seorang saintis Bio Kimia, Dr. Ernes T Krebs mendakwa,  penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.

Sekumpulan para pengkaji mendapati, haiwan liar yang hidup dalam  hutan yang dikelilingi persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun  vitamin B17 tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan  yang dipelihara dalam zoo mati walaupun diberi makanan yang kaya nutrien  namun tidak mengandungi vitamin tersebut.

Daripada penyelidikan, puak Hunza yang tinggal di pergunungan  Pakistan didapati hidup melebihi usia 120 tahun. Makanan utama mereka  adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Kesihatan  mereka berada pada tahap maksimum dan mereka tidak pernah tahu mengenai  penyakit yang membunuh itu.
Pakar perubatan berpengalaman, Prof Dr. Sayed Zainal Husin Wafa  mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding  tumbuhan lain. Menurutnya, ia dapat membantu mencegah dan merawat  penyakit kanser. Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu  dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel  kanser akan menghuraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel  kanser.

Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen  positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk  kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam  darah.

Dengan itu, ia membantu meningkatkan keseimbangan pH dalam tubuh  serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol  dan membantu merawat penyakit jantung serta diabetis.

“Vitamin B17 yang terdapat dalam aprikot bukan sahaja diperkatakan di  Malaysia, malah manfaatnya diakui seluruh dunia berdasarkan kajian  saintifik dan klinikal,” katanya.

Namun katanya, biji aprikot yang diambil dan dimakan begitu sahaja  berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas  sewaktu proses penghantaran. Ia juga boleh menyebabkan keracunan serta  kesan sampingan kepada tubuh badan.

Makanan dan agen penyumbang kanser:

Berbentuk berasid: daging, telur, ayam, nasi, mee, mihun, makaroni,  spageti, ubi kentang, gula, kek, coklat, susu, yogurt, mentega, aiskrim,  keju, kopi, teh.

>> Mengandungi penambah: perisa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, pemanis buatan, penaik, yis dan garam.
>> Kurang zat: makanan segera, makanan dalam tin, makanan ringan dan minuman berkarbonat.
>> Gaya hidup: tekanan, pencemaran alam sekitar, tidak aktif, merokok, seks bebas dan pengambilan alkohol.

Fakta Apricon Farmas Health:

>> Mengandungi 100 peratus biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17.
>> Membantu mengurangkan keasidan dan toksin dalam darah.
>> Membantu meningkatkan keseimbangan pH.
>> Membantu memperlahankan penyebaran kanser.


Dipetik dari: http://www.utusan.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.033402 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list