CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4670|Reply: 0

4 Tips Memilih Calon Suami

[Copy link]
Post time 16-3-2013 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Bagaimana nak mengenal pasangan anda?? Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu taaruf.

Tahukah apakah yang perlu diungkapkan kepada calon pasangan dalam taaruf? Di bawah adalah sedikit tips untuk memilih calon suami anda..

1.) Keadaan Keluarga

Jelaskan kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Contohnya jumlah anggota keluarga, pendidikan, anak ke berapa?

“Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat.” ~ (HR. Abu Daud)

2.) Harapan dan Prinsip Hidup

Setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing.

Terutamanya si suami kerana dia adalah qowwam dalam keluarga. Kita boleh menggunakan bahasa lebih lembut seperti: “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti?”

3.) Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Di Sukai

Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Dalam pelayaran rumah tangga perlu saling mengerti.

Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.

4.) Ketaqwaan calon pasangan

Paling penting sekali dalam mengenali calon pasangan adalah nilai ketaqwaan lelaki tersebut. Ketaatan pada Allah menjamin kebahagiaan bahtera keluarga.

Kerana apabila seseorang lelaki senang, dia akan menghormati isterinya dan jika dia tidak menyenanginya tidak pula dia berlaku zalim pada isterinya.

Tapi bagaimana mengenalpasti ketaqwaan lelaki itu?? Mudah sahaja. Bertanyakan kepada orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, atau saudara tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang menjadi rukun iman dan rukun islam.

P/s: Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin  melakukan ibadah sunat, nampaknya anda tidak perlu lagi tawar-menawar untuk memilih pasangan bahtera anda.

Semoga kita berjaya mendapat suami yang soleh dan diberkati kehidupannya di dunia mahupun di akhirat. Insyaallah yea. Amin..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.551395 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list