View: 2773|Reply: 7
|
Fantasi Istana Neuschwanstein
[Copy link]
|
|
ISTANA Neuschwanstein yang tersergam indah di kawasan pergunungan.
Jerman cukup dikenali dengan kemajuan teknologinya dalam industri automotif dunia sehingga melahirkan pelbagai jenama kereta terkemuka seperti Audi, BMW dan Volkswagen.
Namun, negara itu juga megah dengan keindahan reka bentuk bangunan bersejarah yang wujud sejak lewat kurun ke-18.
Berlatarbelakangkan kawasan pergunungan Hohenschwangau di barat daya wilayah Bavaria, Jerman, sebuah istana lama iaitu Istana Neuschwanstein yang dibina pada zaman kebangkitan seni bina Rom masih berdiri teguh sehingga kini.
Selepas tujuh minggu kemangkatan King Ludwig II pada tahun 1886, istana tersebut dibuka kepada orang awam untuk melihat sendiri koleksi ruang peribadi beliau.
Kini, Istana Neuschwanstein menjadi salah sebuah istana terkenal di benua Eropah sehingga menarik lebih 1.3 juta pelancong dari seluruh dunia setiap tahun.
Istana tersebut mendapat jolokan ‘istana dongeng si raja’ kerana reka bentuk bangunannya yang cukup indah mirip tayangan siri filem Harry Potter.
Tidak cukup dengan itu, istana lama berkenaan juga mempunyai taman yang dikelilingi dengan halaman berdinding dan sebuah gua buatan sekali gus menambah elemen fantasi pada keseluruhan binaan yang berusia 120 tahun itu.
PEMANDANGAN kawasan di pergunungan ketika musim sejuk di Jerman.
Seramai 14 orang tukang kayu diupah bagi membuat kerja-kerja hiasan dalaman ke atas 14 buah bilik di istana tersebut.
Kesemua bilik yang ditata rias disuntik dengan ciri-ciri kemewahan bilik diraja yang bersesuaian dengan seni bina Eropah.
Istana itu berada dalam kawasan perbandaran Schwangau yang terletak pada ketinggian 800 meter dari aras laut dan jaraknya dari bandar pelancongan, Fussen hanya sejauh tiga kilometer.
Pelancong boleh melawat istana tersebut dengan menaiki kereta api dari bandar Munich ke bandar Fussen yang mempunyai kekerapan selang dua jam.
Beberapa tempat penginapan yang berada berdekatan dengan kawasan istana Neuschwanstein ialah Hotel Alpenstuben, Schlossrestaurant Neuschwanstein, Romantic-Pension Albrecht dan Hotel Garni Schlossblick.
Hotel-hotel tersebut menawarkan harga pakej penginapan yang berpatutan iaitu sekitar RM108 hingga RM380 semalam.- Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aiiiiii cantiknya, nak berangan cerita fairy tale bolehlah pi, sewanya pun tak mahal |
|
|
|
|
|
|
|
yeah nak pergi 1 May ni kat sini...tak sabarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
dah pergi.. memang besttttt.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm istana tak cantik sgt pun....tapi pemandangan dari luar...cantik sgt....esp kalu dari jambatan dkt situ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang menarik, dah sampai sini ....... rasa nak pegi lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pegi jugak...
Suka la dok kat fuzzen tu...damai je |
|
|
|
|
|
|
|
katanya dulu istana ni lah menjadi inspirasi untuk disneyland castle. mmg fairytale sungguh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|