CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cherzx

PELBAGAI RESEPI AYAM

[Copy link]
Post time 29-6-2013 11:15 PM | Show all posts


paprik ayam
Bahan-bahan ( 4-5 orang )

150 gram isi ayam (direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap Cap Kipas Udang
Sos tiram
Garam & Ajinomoto
Cara-cara

Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.
Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)
Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 03:53 PM | Show all posts
peliknya makan ayam percik dengan nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 11:42 AM | Show all posts
Tak tau nak buh nama apa...
Resepi:
Dada ayam- dibuang tulang dan di ketuk bagi nipis..
Keju Chedar
Sosej
Garam, apa2 perasa lain yang suka
tepung
telur
serbuk roti..

Cara2:
ayam digaul ngan garam skit. pastu apa2 perasa yang suka.. cam yang ni gaul skit ngan rempah kari...
pastu letak keju n sesoj dan gulungkan... cucuk ngan lidi bagi melekat elok..
gaul ngan tepung... celup telur dan serbuk roti...
goreng sampai masak... hidangkan ngan sos kegemaran....

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 08:15 PM | Show all posts


ayam gorenghttp://www.myresipi.com/top/detail/361
Bahan-bahan ( 6 ketul )

6 ketul ayam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
1 biji telur
1/2 cawan susu(fresh milk)
Cara-cara

Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 10:47 PM | Show all posts
sitipayung posted on 2-6-2013 09:24 PM
Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan bahan :

simple n sedap..tq for the gud idea.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 06:48 PM | Show all posts
Anak-anak hanya suka makan bahagian yang ada tulang ayam sahaja, buntu nak masak apa dengan isi ayam selain dijadikan rencah dalam mee goreng, saya nak kongsikan resepi yang mudah untuk buat Nugget Ayam yang sedap.

http://blossommommy.blogspot.com ... yam-yang-sedap.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Park sini utk ref nnti
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menu bulan puasa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.360134 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list