APABILA badan kita dalam keadaan rehat atau sewaktu kita tidur, otak kita tetap aktif kerana banyak proses arahan kepada pelbagai bahagian badan seperti mengawal suhu badan, kadar denyutan jantung dan pernafasan berlaku. Justeru, adalah penting bagi otak mendapat tenaga berterusan untuk menjamin prestasi optimum.
Menurut Pakar Sains Kanan FrieslandCampina Innovation International, Dr. Anne Schaafsma, walaupun asid dokosaheksaenoik (DHA) dianggap sebagai blok binaan bagi otak, glukosa adalah sumber tenaga utama untuk kecekapan fungsi prestasi kognitif seperti daya tumpuan dan daya ingatan.
Apakah isomaltulosa?Isomaltulosa adalah bahan semula jadi yang diperolehi daripada madu dan tebu. Ia membekalkan jumlah tenaga yang sama seperti sukrosa, tetapi dihadamkan secara lebih perlahan, seterusnya membolehkan kenaikan glukosa darah lebih rendah dan lebih perlahan berbanding sukrosa.
"Di Dutch Lady Malaysia, kami faham dan sedar bahawa untuk merangsang proses bermain, belajar dan meneroka secara optimum, kanak-kanak memerlukan pemakanan yang baik dan tenaga secukupnya untuk badan dan otak mereka.
Dalam zaman keemasan hidup kanak-kanak, mereka aktif belajar setiap hari dan memerlukan bekalan tenaga berterusan kerana otak mereka hanya boleh menyimpan tenaga selama 15 minit," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze ketika memperkenalkan susu tepung rumusan kanak-kanak Dutch Lady ActivGold™ mengandungi isomaltulosa dan DHA. tenaga berterusan untuk si manja terus belajar.
Kajian PenyelidikanBaru-baru ini, Dr. Anne Schaafsma dan pakar penyelidik tempatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia telah menjalankan kajian klinikal kebaikan isomaltulosa ke atas kanak-kanak di Malaysia.
Parameter kajian klinikal ini melibatkan daya tumpuan, kesinambungan tumpuan, kualiti daya ingatan dan kelajuan ingatan.
Hasil kajian ini menunjukkan besar kemungkinan isomaltulosa yang terkandung dalam susu tepung rumusan dengan vitamin dan zat galian tertentu memberi kesan positif ke atas prestasi kognitif, yang mengurangkan kemerosotan daya tumpuan dan daya ingatan.
Kajian mendapati bahawa fungsi otak bergantung pada bekalan tenaga yang stabil. Selain itu, bekalan tenaga yang stabil membolehkan otak berfungsi pada tahap optimum untuk jangka waktu lebih lama.
Untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan dan membolehkan mereka mencapai potensi penuh, adalah penting untuk menjadikan pemakanan yang betul sebahagian daripada diet harian mereka.
|