CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3784|Reply: 6

Tips nak Kurus Cepat Katanya

[Copy link]
Post time 21-6-2013 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Perubahan gaya hidup penting dalam mencapai impian untuk kurus secara berkesandengan cara yang paling murah.
Baik dari segi pemakanan dan amalan senaman harus diberi keutamaan keranainilah yang menyumbang kepada pengurangan berat badan yang diinginkan.
Jangan sesekali kembali kepada gaya hidup yang lama apabila telah mencapaiberat impian kerana ia bakal mengecewakan kita semula.

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu terlebih berat badan atau berat yangideal untuknya, pertama, timbang berat badan dalam kilogram, kemudian ukurtinggi dalam meter. Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan membahagikan berat(kilogram) dengan tinggi (m2).
BMI bagi individu normalharus kurang daripada 25. Sebaliknya, jika BMI 25 hingga 30 bermakna individutersebut terlebih berat dan memerlukan diet dan senaman. Manakala BMI lebihdaripada 30 ialah obesiti.
Perunding masalah berat badan, Dr. Mahathir Mohamed berkata, ukuran BMI pentingdalam mendapatkan sasaran jumlah berat badan ideal bagi seseorang yangmengalami masalah berat berlebihan dan ingin memulakan sebarang program dietatau menguruskan badan.
Katanya, setelah tahuapakah berat badan ideal yang ingin dicapai, maka ujian darah harus dilakukan.
Ini bagi mendapatkan profil mengenai kandungan darah, fungsi buah pinggang atau ginjal, fungsi hati,kolestrol, kandungan gula dalam darah semasa berpuasa dan analisis air kencing.
"Ujian hormon turut akan dilakukan kerana ketidakseimbangan hormon juga berkemungkinanboleh menyebabkan peningkatan berat badan dan ketidakupayaan untuk mengurangkanberat badan.
"Selalunya pakar menentukan ujian hormon yang perlu diambil oleh seseorangbergantung kepada sejarah dan ujian fizikal.
''Ujian profail hormon tiroid sebagai contoh, penting bagi mengetahuiketidakcukupan fungsi tiroid yang menyebabkan kenaikan berat badan.
"Hormon lain yang memain peranan dalam pengurangan berat badan danpengekalan termasuklah hormon tumbesaran, DHEA, estrogen, progesteron,testosteron, kortisol, insulin, leptin dan ghrelin,'' katanya ditemui di KlinikMempermuda Kulit dan Anti Penuaan, Timeless, di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Menurut Dr. Mahathir, kekurangan hormon perlu diganti bagi mendapatkan tahapyang optimum bagi memastikan kejayaan.
''Satu lagi yangmenentukan kejayaan pengurusan berat badan ialah diet. Diet mudah yang perludiikuti ialah menghapuskan pengambilan gula, makanan manis termasuk coklat."Setiap kali membeli makanan baca dululabel tentang kandungan bahannya. Jika ada kandungan gula di dalamnya,dinasihatkan tidak membelinya dan setiap makanan harus mempunyai ketiga-tigakumpulan makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak.
''Dapatkan glycemic yang rendah daripada buah-buahan seperti epal, pir, jambubatu, aprikot dan kiwi, sayur-sayuran dan kekacang.
''Sebaliknya, ambil protein daripada ikan, ayam, daging, telur dan taufu. Lemakyang baik pula daripada minyak zaitun manakala omega-3 pula boleh diperolehdaripada minyak ikan dan minyak **** yang mengandungi medium chaintriglycerides,'' jelasnya yang turut mengalami penurunan berat badan dari 104kilogram ke 80 kilogram manakala isterinya turun dari 68 kilogram ke 55kilogram setelah mengubah cara hidup dan mengikuti program yang diciptaolehnya.
Menurut Dr. Mahathir, diet yang sesuai ialah diet yang berkalori rendah.Sebagai contoh, program 500 hingga 800 kalori yang lengkap dengan semua
zatyang diperlukan oleh badan untuk bertenaga dan sihat.


Dua minggu fasa intensif


Minum pagi: Mihun sup dicampur dengan ayam, bebola ikan dan sayur. Kurangkan misebanyak satu mangkuk sahaja. Minum air kosong.
Makan tengah hari: Supayam yang mengandungi protein, lemak dan vitamin) dicampur dengan air(kira-kira 250 kalori)
Makan malam: Tom yam,banyakkan sayur.''Ingat, minum banyak airkerana banyak orang menyangkakan mereka lapar tetapi sebenarnya mereka hanyadahaga. Selepas minum, anda tidak lagi lapar. Selain itu, ia membuatkan andahidrasi dan mengeluarkan toksin di dalam usus.''Dicadangkan mengambilmultivitamin yang kaya dengan chromium, selenium, zink dan vitamin E bagimemperoleh nutrisi yang lengkap.
''Selepas dua minggu, anda akan mendapat tenaga baru dan berat badan andaberkurangan,'' katanya yang mula sedar untuk menguruskan badan setelahkehilangan ahli keluarga pada usia akibat sakit jantung.

Tambahnya, langkah kedua, anda kini boleh makan dua kali iaitu sarapan pagi danmakan tengah hari tetapi tanpa gula, tinggi protein yang diperoleh daripadasayuran dan glycemic rendah daripada buah-buahan.Selalunya, orang Malaysia pasti akan merindui nasi. Namun, anda bolehmenggunakan beras glycemic rendah seperti basmathi.
''Nasihat saya untukmengambil suku pinggan sahaja nasi manakala yang lain dipenuhi dengansayur-sayuran, ikan atau ayam. Anda boleh mengambil satu buah-buahan glycemicrendah setiap kali makan seperti epal. Juga, makan ayam tanpa kulit.
''Ambil penggantian makanan berat untuk makan malam seperti sup supaya perutanda tidak bekerja keras semasa anda tidur,'' katanya.

Pada masa ini mulalah melakukan senaman untuk membina otot. Senaman Tabataadalah sesuai pada tahap ini. Berenang juga adalah senaman yang bolehmengurangkan berat badan, menguatkan kardio dan ketahanan badan.

''Ingat, anda seharusnyamengurangkan lemak dan otot-otot semasa fasa pertama dan inilah masanya untukmenggantikan otot tersebut. Anda tidak akan mahu kulit yang melendut di tubuh.

''Lakukanperkara yang sama pada tahap kedua sehingga anda gembira dengan berat anda. Inimungkin mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan tetapidiingatkan jangan cepat sangat turun kerana anda perlu membina otot danmengelakkannya daripada melendut. Jika hanya turun 5 kilogram, anda telahmenambah lima hingga lapan tahun usia hidup yang sihat,'' ujarnya.

Selepas tiga hingga empat minggu di tahap kedua, fizikal aktiviti andameningkat, bolehlah makan snek yang merupakan buah-buahan glycemic rendahantara pukul 11 pagi dan 4 petang untuk menstabilkan gula dalam darah dan hormon. Apabila berat badan yang diidamkan telah diperoleh, kekalkan dengan pelanmakanan sihat yang sedia ada dan teruskan senaman. .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 03:58 PM | Show all posts

Gula memang penyumbang utama kenaikan berat badan.

Sape yang nak kawal makan,pastikan TAK minum air manis,
kuih-muih, kek dsb.

Dr Muhaya kata sape kurangkan gula, In Sha Allah boleh kurangkan 10kg
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 11:20 AM | Show all posts
artikel yg bagus..siap ada Dua minggu fasa intensif lagi.... nak makan apa masa ni...lepas 2 minggu buat apa....bagus lah

ps: Perunding masalah berat badan tu.....dah lama Mahathir...ayahnya nama Mohamed....ada Dr pulak tu. Mesti glamor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2013 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mdmyana posted on 21-6-2013 03:58 PM
Gula memang penyumbang utama kenaikan berat badan.

Sape yang nak kawal makan,pastikan TAK minum ...

Betul2..kurangkan manis dlm mknn n minuman..tmbhkn manis dlm senyuman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2013 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
amukgemuk posted on 22-6-2013 11:20 AM
artikel yg bagus..siap ada Dua minggu fasa intensif lagi.... nak makan apa masa ni...lepas 2 minggu  ...

Kan2...kite mulakan dari sekarang..ayoh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 01:17 PM | Show all posts
yoga pun baik..

diet jer tanpa senaman, sangat lah lambat kesannya..




try yoga sebelum tido..


dan jugak yoga selepas bangun tido..

Last edited by capiloton on 22-6-2013 01:21 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2013 02:09 PM | Show all posts
Ikut je Jillian Michaels 30 Days Shred. Confirm ko turun berat badan dgn cepatnya. dan body toned
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.200143 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list