CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 0

Beraksi ketika Ramadan tetap mampu aksi cemerlang

[Copy link]
Post time 27-6-2013 10:19 AM | Show all posts |Read mode



Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Unversiti Dunia, Datuk Prof. madya Dr. Kasim Hj. Md Mansur mengibar jalur gemilang selepas menerima dari Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen hari ini.

BIARPUN
terpaksa menempuh 19 jam berpuasa demi menggalas cabaran pada temasya Sukan Univerisiti Dunia (Universiade) edisi ke-27 di Russia bulan depan, namun ia bukan penghalang buat atlet negara beragama Islam mempamerkan aksi cemerlang.
   
Ketua Kontinjen negara Datuk Dr Kasim Md Mansor berkata kesemua atlet Islam yang terlibat dalam temasya dari 6 sehingga 17 Julai itu dibolehkan tidak berpuasa jika acara mereka perlu menggunakan tenaga fizikal yang kuat.
   
"Berdasarkan pengalaman Universiade 2011 di Shenzen, China, atlet negara mampu memberikan aksi terbaik meskipun beraksi dalam bulan Ramadan. Saya percaya beraksi pada Ramadan ini tidak menjadi masalah kepada atlet negara.
   
"Ia juga bukan alasan untuk mematahkan semangat mereka pada hari kejohanan nanti kerana mereka dikira bermusafir dan dibenarkan tidak berpuasa tetapi perlu diganti," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke Sukan Universiade di Kazan, Russia di Bangunan Parlimen hari ini.
   
Dr Kassim berkata meskipun tanpa penyertaan atlet Olimpik negara seperti Pandelala Rinong, Leong Mun Yee dan Bryan Nickson, sasaran pingat emas pertama tetap menjadi harapan negara sekaligus memperbaiki pencapaian penyertaan edisi 2011 di Shenzen.

"Tahun ini, sasaran kita adalah pingat emas pertama, berapa pingat kita tiada sasaran yang spesifik. Hoki, menembak dan terjun (Akuatik) merupakan acara prospek pingat emas.
   
"Acara lain juga berpontensi untuk mendapat pingat, saya yakin atlet negara mampu memecahkan rekod pencapaian kontinjen pada penyertaan edisi 2011," katanya.
   
Malaysia menghantar 121 atlet dan 58 pegawai dengan penyertaan 14 acara sukan yang dipertandingkan pada temasya sukan berkenaan.
   
Untuk rekod kontinjen negara meraih satu pingat perak dan dua pingat gangsa masing-masing menerusi acara terjun pada edisi lepas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.111291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list