CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2645|Reply: 6

Range Rover 2013

[Copy link]
Post time 11-7-2013 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Range Rover 2013 SUV pertama dunia menggunakan monokok aluminium


Pelanggan boleh memilih material dan warna menerusi pilihan yang ditawarkan Land Rover





Tombol gear akan muncul sebaik enjin dihidupkan. (stylo)

KERETA generasi keempat yang menjadi ikon dari Range Rover kini tiba di pelabuhan Malaysia. Model Range Rover 2013 ini telah dibangunkan kembali dari awal untuk memberikan kemewahan terbaik dari susuk SUV (kenderaan utiliti sukan) sejati, namun tetap mengacu pada semangat inovatif dari tampilan aslinya lebih dari 40 tahun silam.

Baru sahaja dilancarkan, Land Rover Malaysia Sdn Bhd hanya membawa masuk dua varian di bawah lencana berkenaan. Iaitu enjin 5.0 liter (L) supercaj petrol dan enjin 4.4L bercas turbo diesel di mana kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Harga jualan masing-masing ialah RM1,089,888 dan RM949,888 (tidak termasuk insurans.)

Di negara asalnya, Range Rover ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin yang sudah memiliki standard emisi Euro5. Namun Range Rover diesel yang dipasarkan di Malaysia telah diberikan penyesuaian standard bahan bakar di sini.

Secara umum, walau garis rekaan masih mengusung ciri khasnya, Range Rover terbaru telah mengalami perubahan secara total. Dengan postur besar, kebanyakan orang mungkin akan membayangkan Range Rover serba baru ini pasti berat.

Penggunaan aluminium berat 350kg dikurangkan

Ternyata tidak! Untuk memenuhi regulasi emisi yang semakin ketat, salah satu cara yang banyak dilakukan pengeluar adalah mengurangi berat. Dan itulah yang terjadi pada versi 2013  di mana kereta ini mendapat pengurangan berat menerusi struktur badan monokok aluminium menjadikan Range Rover 39 peratus lebih ringan berbanding badan keluli sebelumnya.  

Struktur badannya menggunakan aluminium AC300 kekuatan tinggi di dalam struktur rempuhan, dan ruang tiang-B diperkukuh untuk mengurangkan pencerobohan semasa perlanggaran sisi.

Apabila digabungkan dengan berat yang dikurangkan dalam seluruh casis dan tali pacuan, struktur ringan yang diilhamkan daripada pesawat angkasa ini mengurangkan berat sehingga 350 kilogram.

Pengurangan berat ini bukan sahaja mencetus sensasi prestasi tiada bandingan Range Rover, tetapi turut meningkatkan kecekapan. Varian Supercharged 510PS kini boleh memecut dari pegun hingga 60 bsj dalam masa 5.1 saat, 0.8 saat lebih pantas daripada model sebelumnya dengan kecekapan bahan bakar sebanyak sembilan peratus.

Mengulas rekaan luarnya, masih tampil kukuh layaknya generasi sebelumnya. Ia tetap memegang tradisi sudut mengotak sehingga menguatkan kesan signatur sebagai ciri khas kenderaan buatan Land Rover.

Selain itu, menerusi rekaan  kukuh tersebut, Range Rover baru menambah baik kemampuannya meredah air sebanyak 200 milimeter (mm) kepada 900 mm.
Ia juga menyediakan Kedudukan Memandu Terangkat, yang meletakkan pemandu dalam kedudukan tegak lebih tinggi – lazimnya lebih 90mm lebih tinggi daripada SUV premium lain.

Teknologi premium Range Rover

Untuk keselamatan, Range Rover dilengkapi dengan keselamatan pasif dan aktif  iaitu  Pemantauan Titik Buta, Pengesanan Lalu Lintas Mengundur dan Sistem Kamera Keliling dengan pemandangan simpang tiga.

Tidak lupa, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Kawalan Kestabilan Olengan (RSC), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC), Bantuan Kestabilan Treler (TSA), Kawalan Penurunan Bukit (HDC), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Sistem Brek Anti kunci (ABS) dan Edaran Daya Brek Elektronik (EBD).

Serta turut dilengkapi sistem beg udara meliputi tirai sisi dan beg udara toraks (dengan beg udara tirai yang terbesar dalam pengeluaran semasa), dan tali pinggang keledar aktif yang dihubungkan kepada fungsi brek kecemasan kenderaan.

Untuk tahun ini Land Rover Malaysia menyasarkan 50 unit jualan Range Rover 2013. Setakat ini 19 unit Range Rover 2013 dibawa masuk di mana tujuh daripadanya sudah pun ditempah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 11:51 AM | Show all posts
harga boleh dpt umah corner lot sebijik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:12 PM | Show all posts
fuhhhh harga.....mencarut betul..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 04:33 PM | Show all posts
ejai601 posted on 15-7-2013 12:12 PM
fuhhhh harga.....mencarut betul..

hepppp! batal pose...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 10:57 AM | Show all posts
jenglut posted on 15-7-2013 04:33 PM
hepppp! batal pose...

makruh jer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:54 AM | Show all posts

ada nampak keta nie haritu....bole tahan mahal gak yer harga dia....Audi A7 ngan Range Rover nie mana lagi mahal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2013 02:20 PM | Show all posts
monokok aluminium tuh apa??
#noob
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052244 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list