CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2343|Reply: 0

BAM perlu cari kaedah tingkat prestasi badminton

[Copy link]
Post time 30-7-2013 10:14 AM | Show all posts |Read mode


REMBAU - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu kepimpinan baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari formula berkesan bagi melahirkan lebih ramai pemain yang mampu "menggegar dunia".

Beliau berkata kementeriannya sentiasa bersedia bekerjasama dengan badan induk sukan badminton tanah air itu bagi memastikan hasrat berkenaan tercapai.

"Saya menunggu kepimpinan baharu BAM dan berharap untuk berjumpa mereka dalam terdekat bagi membincangkan soal ini. Saya harap kepimpinan baharu ini dapat merangka program pembangunan yang dapat melahirkan lebih ramai pemain pelapis ketika kita mencari pengganti jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran program 'Rehlah Al-Ramadan' anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (Manis) di Semerbok, dekat sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata antara yang boleh diberi perhatian ialah program pembangunan di peringkat akar umbi bagi mencungkil bakat baharu di
serata ceruk negara ini.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu BAM yang diteraju bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Bhd Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff,
beliau berharap kepimpinan baharu itu dapat meningkatkan kembali prestasi badminton negara yang agak malap kebelakangan ini.   

Pada menyuarat agung tahunan BAM Sabtu lepas, Tengku Mahaleel dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu BAM.

Mesyuarat itu juga menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai Timbalan Presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai Timbalan Presiden II untuk penggal 2013-2017.

Rehlah Al-Ramadan membabitkan mahasiswa Negeri Sembilan yang akan ke beberapa kawasan di negeri itu bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Program selama empat hari itu disertai 50 mahasiswa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042756 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list