CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4859|Reply: 6

TVC SimplySitiTerbaru Argan :- Siti Nurhaliza Awesome giler!!!

[Copy link]
Post time 31-7-2013 07:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2013: Siapa sangka kunjungan penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza ke Morocco bersama suami tidak lama dulu telah mempertemukan dia dengan salah satu bahan semulajadi yang menjadi rahsia kecantikannya sehingga hari ini.

Tidak mahu rahsia itu digunakan untuk dirinya sahaja, Dato` Siti telah merealisasikan dua produk kecantikan terkini di bawah lembayung SimplySiti yang menggunakan ekstrak buah Argan sebagai resipi utama.

Dia telah menyempurnakan bedak two way cake atau Argan Wonder Powder dan maskara sempurna, Argan Wonder Mascara yang di dalamnya mengandungi ekstrak Argan sebagai ejen anti penuaan di dalam format kosmetik.

Bercakap kepada pihak media sempena pelancaran dua produk kecantikan berkenaan, Dato Siti berkata khasiat buah Argan ternyata lebih baik daripada buah Zaitun dan dia sama sekali tidak menyangka ianya benar-benar memberi kesan kepada kecantikan wanita.

"Saya telah diperkenalkan dengan khasiat buah Argan oleh orang Morocoo ketika kunjungan saya ke sana tahun lalu.

"Menurut mereka, ekstark buah Argan sangat baik untuk rambut dan juga kulit. Jadi saya tidak keberatan mencubanya sendiri dan ternyata hasilnya sangat baik.

"Di sana, ramai yang sudah tahu kebaikan ekstrak Argan ini dan semakin ramai pula juga yang telah menjadikannya sebagai rahsia kecantikan wanita. Jadi apa salahnya saya berkongsi dengan peminat saya di sini," katanya yang anggun menggayakan persalinan Faizell Azraff.

Ekstrak Argan merupakan bahan semulajadi terkini yang ditemui para saintis dan sedang hangat diperkatakan di dalam industri kecantikan pada ketika ini kerana kehebatannya dalam membantu merangsang pengeluaran kolagen dengan cepat.

Khasiatnya dapat membantu mencantik dan melambatkan proses penuaan kulit dengan efektif.


Tambah Dato Siti, dia bersyukur kerana impiannya untuk melahirkan produk kecantikan yang mengandungi bahan terbaik akhirnya tercapai.

"Ekstrak Argan sangat sukar didapati. Ianya terhasil daripada buah pokok Argan yang merupakan antara pokok tertua di Morocco dan hanya bileh didapati di negara berkenaan.

"Usaha saya untuk membawa masuk bahan ini ke dalam negara juga bukanlah satu tugas yang mudah. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancer dan SimplySiti Argan kini dapat dipasarkan," katanya.

Argan Wonder Powder di jual pada harga RM62.90 dan Argan Wonder Mascara (RM39.90) yang boleh didapati di semua cawangan Watson's, Guardian, AEON, AEON Big, Tesco terpilih, Sogo KL dan tidak ketinggalan Paloma, Brunei.
@dauswq
Ini Video TVCnya!!

Last edited by punyukuku on 31-7-2013 07:55 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2013 07:53 AM | Show all posts
Ni videonya TVC Awesome!!!

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 08:10 AM | Show all posts

muka macam ni ...pakai tu ..bolih clear tak ... Last edited by Al-Patih on 31-7-2013 08:12 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 08:27 AM | Show all posts
hahahahaha sibat je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 01:19 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 31-7-2013 08:10 AM
muka macam ni ...pakai tu ..bolih clear tak ...

hahaha pon bolewww
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 11:08 PM | Show all posts
dalam tvc tu ct nampak gemuk...baru sekali tengok kat tv...yang kat atas ni xleh bukak la
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2013 08:04 AM | Show all posts
hyie posted on 31-7-2013 11:08 PM
dalam tvc tu ct nampak gemuk...baru sekali tengok kat tv...yang kat atas ni xleh bukak la

tp itu org siti real nampak kurus bila dalam tv gemuk rasanya ikut kamera kot huhu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065675 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list