CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 13

Elly Mazlein nafi putus tunang

[Copy link]
Post time 6-8-2013 11:44 AM | Show all posts |Read mode
3 Ogos - Tindakan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang sebelum ini berdolak-dalik mengenai isu putus tunang membuatkan ramai pihak membuat andaian bahawa kisah pertunangannya memang sudah berakhir. Walaubagaimanapun, Elly Mazlein menafikan gosip tersebut dan berkata hubungannya dengan pengarah Azmi Hatta masih lagi berjalan lancar.

Menurut Elly, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya namun akan berkongsi berita gembira itu bila sampai masanya.

"Pada saya benda baik buat apa nak dirahsiakan. Memang saya akui dari dulu lagi saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi saya. Tapi sejak saya berkongsi mengenai berita pertunangan saya pada umum, ramai terkejut dan tentunya nak tahu bila kami akan bernikah, kan. InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, saya akan khabarkan," kata Elly.


Sewaktu ditanya mengenai perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Februari tahun lalu, penyanyi lagu "Bunga Bakawali" ini memberitahu masa dan kesibukan bekerja menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan pernikahan tersebut.

"Bila dah bertunang tentunya kami nak berkahwin. Tapi kami sibuk dengan jadual masing-masing. Selain tu, dalam semua hubungan pun ada pasang surutnya. Tak semestinya kalau kami ada masalah, terus nak berpisah. Alhamdulillah, meskipun timbul gosip sebegini (putus tunang), keluarga kedua-dua pihak dapat menerima dengan baik. Apa yang penting, mereka faham dan tahu tentang situasi kami. Dan saya pun sebenarnya tak kisah nak jawab spekulasi ini."

Elly Mazlein dan Azmi Hatta yang berkenalan sejak 2009 telah melangsungkan pertunangan pada 29 Mei 2011 bertempat di Dewan Berjaya Bukit Kiara Equestrian Resort.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2013 12:11 PM | Show all posts
azmy hatta dan hatta dolmat ni orang yang sama ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2013 12:17 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 12:11 PM
azmy hatta dan hatta dolmat ni orang yang sama ke?

saper tu uoul???

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 12:18 PM | Show all posts
Modngengade posted on 6-8-2013 12:17 PM
saper tu uoul???

ko ni jandamerana multinick eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2013 12:20 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 12:18 PM
ko ni jandamerana multinick eh?

amboi...uoul ni mesti ada skendel dgn dier khennn????

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 12:23 PM | Show all posts
Modngengade posted on 6-8-2013 12:20 PM
amboi...uoul ni mesti ada skendel dgn dier khennn????

kah kah kah..

kata newbie..leh tau plak aku ada skendel..

kah kah kah..

kantoi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2013 12:32 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 12:23 PM
kah kah kah..

kata newbie..leh tau plak aku ada skendel..

jandamerana tu jarang keluar kan...sibuk dgn persiapan hari raya uoul

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 12:33 PM | Show all posts
Modngengade posted on 6-8-2013 12:32 PM
jandamerana tu jarang keluar kan...sibuk dgn persiapan hari raya uoul

dah kantoi dah la jandamerana...multinick plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2013 12:36 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 6-8-2013 12:33 PM
dah kantoi dah la jandamerana...multinick plak

kantoi apa ni syg?

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 12:37 PM | Show all posts
Modngengade posted on 6-8-2013 12:36 PM
kantoi apa ni syg?

modngengade = jandamerana
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 12:44 PM | Show all posts
Pondan mana lak nie kat atas

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjojol nasi lemak.kurang pahala puasa aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2013 03:25 PM | Show all posts
busy bebenor ke sampai bertahun-tahun bertunangnya. takkan la tak reti manage masa, masukkan 1 hari utk menikah. nikah je sudah la. kenduri buat masa lain. ke nnt malu sbb bertunang je pun dah berarak kemain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 01:35 PM | Show all posts
takdelah cantik sangat..pakai tudung lagi ayu ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.079072 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list