|
Dong Quai ( Chinese Angelica Root, dang gui)
Dong Quai merupakan herba yang berasal dari China dan terkenal sebagai 'ginseng wanita'. Ia digunakan oleh perubatan Cina dalam masalah berkaitan sakit puan, keletihan dan tekanan darah tinggi. Dalam masalah sakit puan, ia berfungsi menyeimbangkan sistem hormon wanita termasuklah mengurangkan senggugut, rawatan menopaus dan rawatan selepas bersalin. Anda masih tetap perlu berhati-hati mengambilnya walaupun khasiatnya banyak. Herba ini tidak sesuai untuk mereka yang hamil, darah haid nya banyak, cirit-birit, selsema, menyusu badan, atau menghidap kanser
payudara.
|
|