Penyerang baru Monaco, Radamel Falcao (kiri) gagal menggegar jaring Toulouse.
PENGURUS AS Monaco, Claudio Ranieri menyalahkan barisan pemainnya selepas sekadar mengutip satu mata semasa mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Toulouse pada aksi Ligue 1 di laman sendiri, awal pagi semalam.
Monaco beraksi tanpa kehadiran penonton sebagai hukuman di atas kekecohan dicetuskan penyokongnya pada perlawanan terakhir Ligue 2 menentang Nantes, musim lalu.
Ranieri berkata, pemainnya menampilkan aksi mantap di babak pertama namun mengkritik persembahan di separuh masa kedua.
"Di awal permainan, pemain bermain sebagai satu pasukan dan segalanya lancar. Namun sebaik sahaja permainan kembali disambung, ada pemain yang cuba menunjuk-nunjuk.
"Ada bermain secara individu dan tiada kesabaran bina serangan. Akhirnya, kami terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan ini," katanya.
|