CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2635|Reply: 3

Adibah Noor Labur RM40K Nyanyi Lagu Patriotik

[Copy link]
Post time 30-8-2013 12:56 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2013: Penyanyi popular, Adibah Noor mengaku telah melabur sehingga RM40,000 duit simpanannya untuk menerbitkan sebuah lagu patriotik berjudul Malaysia Kau Ku Cinta.

Turut menampilkan Dina Nadzir sebagai rakan duetnya, Adibah Noor berkata dia rela melaburkan duit sebanyak itu demi memenuhi impiannya sejak sekian lama yang mahu menyanyikan lagu patriotik.

"Sebenarnya, saya memang memiliki impian untuk menjadi penyanyi asal untuk sebuah lagu patriotik.

Ini kerana saya mahu ada tertera nama saya sebagai penyanyi lagu patriotik untuk negara kita.

"Idea untuk menghasilkan lagu ini juga diilhamkan daripada lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Sudirman di dalam album kemerdekaannya dulu.

"Saya kagum dnegan perjuangannya sebagai anak seni dan dalam masa yang sama bersikap patriotik.

"Namun, saya tidak mahu khaskan lagu ini sempena hari Kemerdekaan sahaja sebaliknya saya mahu ianya sesuai didengarkan serta dimainkan di radio pada bila-bila masa.

"Mengenai kos, memang saya guna duit milik saya sendiri sepenuhnya, hasil daripada show dan pengacaraan yang lakukan.

"Terbitkan lagu sahaja menelan belanja RM10,000 tetapi kos keseluruhan termasuk menghasilkan muzik video ianya berjumlah hampir RM40 000," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Malaysia Kau Ku Cinta merupakan lagu terbitan sepenuhnya Adibah Noor Entertainment dan edaran oleh Sony Music Malaysia.

Bercerita tentang lagu Malaysia Kau Ku Cinta ciptaan Azlan Abu Hassan itu, penyampai radio Surai FM itu berkata lagunya memiliki mesej yang berguna kepada rakyat Malaysia supaya lebih bersikap sayangkan Negara.

"Lagu ini, saya mahu tujukan kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya saya sedari sudah terlalu rakus dan pentingkan diri sendiri.

"Malah lebih jelas dengan perkembangan teknologi terkini, kita semakin lupa dengan budaya bertegur sapa dan hanya mementingkan apa yang kita lakukan di telefon pintar dan tablet.

'Alhamdulilah, lagu ini sudah diedarkan di semua stesen radio dan televisyen dan harap mereka dapat keduara dan siarkan sempena hari kemerdekaan ini.

"Mulai esok lagu ini akan berada di laman Youtube dan boleh didapati di iTune," luahnya

Sementara itu, pemilihan Dina sebagai rakan duet untuk lagu itu, Adibah memberitahu ianya adalah berikutan suara dan bakat penyanyi berkenaan yang mengagumkannya.

"Saya melihat Dina seorang penyanyi yang mempunyai suara yang sangat bagus bukan sahaja lantang tetapi manis suaranya tetapi tidak digunakan dengan baik.

"Sayangnya kita tidak beri peluang untuk mengetengahkan lagi bakat yang dia ada kerana suaranya saya boleh katakan bersifat antarabangsa," jelasnya.




SUMBER= MURAI
Last edited by miawpink on 30-8-2013 12:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2013 12:58 PM | Show all posts
eh bideo klip tu kat lipis la
stesen ketapi
n bangunan merah tu
rest house lipis
rest house lama



lipis gak korang cari buat bideo klip ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2013 02:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:41 PM | Show all posts
eh mcm dah kurus ckit lar dibah noor nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.178594 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list