View: 2196|Reply: 0
|
Renungan Singkat Harian - 1 Sept 2013
[Copy link]
|
|
Tetapi apabila kamu menjamu orang, jemputlah orang miskin, orang lumpuh, orang tempang, dan orang buta. Kamu akan diberkati kerana mereka tidak dapat membalas kebaikanmu.” (Lukas 14:1-14)
Apabila kita disinggung ataupun disirat hati, kesan dan bayangnya akan berkekalan untuk masa yang lama. Peristiwa-peristiwa ini menjadi tapak semaian untuk membiakkan sifat syak wasangka yang kadangkala terus menular bergenerasi lamanya. Sebaliknya, Injil ataupun berita baik pengampunan memperkasakan kita untuk melangkaui kesan-kesan peristiwa-peristiwa pahit ini. Adakah kita sanggup menggembleng tenaga kita untuk mengekang segala bentuk kecurigaan dan syak wasangka, baik yang wujud sejak turun-temurun ataupun yang baru bertanam?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|