KL, 4 SEPT 2013: Melihat gaya dan personaliti terbaru penyanyi Faizal Tahir, Murai Batu dengar ramai yang terkejut dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Apa yang penting, luahan rasa terkejut ini lahirkan kerana Faizal Tahir dilihat semakin kurus dan badannya seperti sedang mengecut. Mengorek rahsia sebab Faizal Tahir kurus, rupa-rupanya penyanyi lagu Sampai Syurga ini dikhabarkan sering jatuh sakit pada tempoh 2 bulan yang lepas.
Bagaimanapun Murai Batu dapat tahu, ianya bukanlah sakit kronik, sebaliknya demam biasa akibat masalah jerebu yang melanda negara kita tempoh hari. Disamping itu juga, Murai Batu difahamkan bebanan kerja Faizal semakin banyak selepas dia dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Murai Batu diberitahu lagi, Faizal suka menjaga anaknya sendiri tanpa mengupah penjaga. Jadi, setiap hari, Faizal akan mendukung kesemua anaknya yang sangat rapat walaupun mereka semua sudah pun besar dan bukan lagi bayi. Apapun, Murai Batu tidak menyangka sama sekali apabila Faizal merupakan seorang ayah yang penyanyang di sebalik kesibukannya sebagai penyanyi popular. Dengarnya, sewaktu konsert Eravaganza Sabtu lalu, kesemua anaknya datang bersama kerana susah nak berenggang dengan Faizal. So sweet!!
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15643&c=2&s=3#.UianWNziEfw.twitter
|