CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

Misteri gunung-gunung di Malaysia

[Copy link]
Post time 15-8-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
markming replied at 16-2-2021 01:22 PM
Sambungan….
MISI GAGAL: PART II


Mana sambungan dia ye...

Best baca pengalaman2 yg naik bukit/gunung. Iols dulu prnh naik gunung ledang tu pun masa darjah 5 thn 90an. Tk ingat apa2 kecuali ingat dok mandi2 kt batu2 ngan kolam bsr kt atas. Org pun ramai, mungkin situ tmpt org picnic kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 12:09 PM | Show all posts
MISI GAGAL: FINAL

Bangun pagi tu kami bersyukur kerana S masih di situ. Tiada percubaan untuk melarikan diri atau sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Usai membasuh muka dan makan light breakfast, kami semua cepat-cepat packing untuk meneruskan perjalanan keluar ke starting point.

S hanya berdiam diri dan duduk di satu sudut, memerhatikan kami yang tengah mengemas perkakasan. Kami tahu S bukan dirinya pada masa itu. S yang kami kenali adalah seorang yang ceria dan seorang yang suka mengusik. Kami biarkan dia diam di situ.

Barang-barang dari bagpack S kami keluarkan dan share sikit sorang untuk meringankan beg S. Beg S yang sedikit ringan itu di-attach kepada bagpack A. Setelah semuanya selesai, perlahan-lahan kami memulakan perjalanan keluar. Aku pada masa itu berada di hadapan S dan A di belakangnya. S pada masa itu hanya berjalan dengan senyap dan hanya menurut langkah aku. Sesekali aku menuntun lengannya kerana S berjalan mendekati gaung dan seakan-akan mahu terjun ke dalam gaung di sebelah track.

Penat berjalan di hadapan S, aku meminta kepada A untuk dia pulak berada di hadapan dan aku berada di belakang S. Sesekali aku tengok S memandang kuku-kukunya yang berinai merah. Mungkin ‘dia’ pelik kenapa kuku dia pendek dan merah kot (?). Biasanya kuku ‘dia’ panjang.

Setelah berjalan hampir 2 jam, kami sampai di satu kem yang dinamakan Kem Balak Pecah. Di kawasan kem ni ada sedikit tanah lapang. Di sini kami melabuhkan beg untuk berehat dan masak. Masing-masing kebulur sebab sebelum memulakan perjalanan tadi kami hanya menjamah sekeping roti dan biskut kering.

S didudukkan di satu tempat dengan dijaga oleh A sementara yang lain ditugaskan untuk memasak. Pada masa tu guider kami masak mee udon. Aku rasa itulah mee udon yang paling sedap pernah aku makan haha.

Tengah-tengah kami sibuk memasak dan makan, tiba-tiba S memalingkan wajahnya ke belakang track, seolah-olah memerhatikan sesuatu, seolah-olah ada sesuatu yang memanggil dia. Seraya dia bangun dan cuba untuk berjalan ke belakang track. Kami semua terkejut dan cepat-cepat pegang tangan dia. S kena rasuk semula.

Kami baringkan S ke lantai hutan dan pegang dia beramai-ramai. Memang dia menggelupur masa tu untuk melepaskan diri. Aku pegang sebelah lengan dia manakala sebelah lagi tangan dia mencekik erat lengan aku. Memang aku dapat rasakan tenaga dia lain macam. Bukan tenaga seorang perempuan.

Sesekali S menjegilkan matanya ke arah aku. Aku balas balik renungan tajam dia sambal berkata “Kau siapa? Kau nak apa hah?!”.

Sedang kami cuba mententeramkan S tu, tiba-tiba ada group pendaki lain tiba ke tempat kami tu, menuju ke puncak Yong Yap (kami on the way turun). Kami meminta tolong salah seorang ahli group tu yang digelar ustaz. Nak dijadikan cerita, si ustaz ni pulak kenal S ni. Si S ni pernah join trip hiking sekali dengan ustaz tu. Ustaz ni bersetuju untuk membantu. So kami semua undurkan diri dan serahkan kepada ustaz untuk berikhtiar. Kami semua hanya menjadi penonton bersama-sama beberapa ahli group hiking ustaz tu. Sementara ustaz tu tengah berubat, ramai lagi ahli group ustaz tu yang baru tiba dan lalu di kawasan tu. Kami hanya meminta jasa baik mereka untuk meneruskan perjalanan dan tidak menghiraukan kejadian itu. Sempat mereka menitipkan kata-kata semangat kepada kami dan menyuruh untuk tidak berhenti berdoa.

Setelah hampir 30 minit ustaz berusaha, S dapat ditenteramkan dan dijinakkan. Ustaz sempat berpesan kepada kami supaya segera keluar dan pastikan keluar dari pintu rimba (jambatan gantung yang aku cerita di Part I) sebelum jam 7.00 malam. Senang cerita sebelum malam. Kalau tak, keadaan S akan bertambah parah dan kami mungkin terpaksa bermalam di tengah hutan lagi pada malam ini. Aku jeling jam di tangan. Pukul 12.00 tengahari. Perjalanan ke pintu rimba paling laju pun akan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Maksudnya kami memang kena berjalan tanpa berhenti rehat dah lepas ni. Nak taknak kami terpaksa akur. Setelah mengucapkan terima kasih kepada ustaz, kami meneruskan perjalanan.  

Sepanjang perjalanan ni, S hanya diam dan melangkah menuruti aku. Seakan-akan ustaz telah menjinakkan benda yang ada di dalam tubuhnya itu. Jam 3.00 petang kami tiba di Kem Agas. Kem ini adalah kem terakhir sebelum sampai ke junction (rujuk Part I). Di sini kami berjumpa dengan seorang yang sedang menjaga campsite. Mungkin group ustaz yang tak ikut naik puncak. Beliau menghulurkan secawan kopi kepada kami yang kepenatan. Tak sempat berkenalan dengan brader tu (sebab kalut dengan S yang sedang memandang ke atas pokok dan cuba untuk menuju ke sungai).

Dipendekkan cerita, kami tiba di junction pada jam 5.15 petang. Kami duduk sekejap melepaskan lelah. Ada antara kami yang mengambil kesempatan untuk solat jamak Zuhur-Asar. Dari junction nak ke pintu rimba, ada lagi sejam nak kena jalan. Mengikut perkiraan, Insyallah kami akan keluar dari pintu rimba sebelum jam 7.00. Long story short, kami semua berjaya menyeberang jambatan gantung pada jam 6.40 petang. Ngam-ngam.

Sampai di seberang, kami duduk sekejap di bangku buluh yang terdapat di situ. Kami lihat S dah macam sedar sikit. Dia pon dah mula respon dengan apa yang kami bualkan. Kami pon okaylah nak teruskan perjalanan ke starting point Surau Kg. Rengil. Baru je jalan beberapa langkah, S tiba-tiba batuk kuat dan muntah, lalu pengsan. Ah sudah. Nak ke starting point ada lagi dalam 30 – 45 minit ni. Macam mana nak buat ni.

Setelah brainstorm kejap, kami mengeluarkan fly sheet dari beg, bentang atas tanah dan letakkan S di atas. 4 orang pegang 4 penjuru, kami perlahan-lahan mengusung S keluar. Hampir 15 minit mengusung, masing-masing kepenatan sebab berat jugak budak S ni. Haha. Cara tu tak berjaya. S diletakkan semula ke tanah. Guider menyerahkan bagpack kepada aku lalu terus mengangkat S di atas bahunya dan berjalan ke arah rumah orang asli berdekatan. Nasib baik orang asli tu ada motor. Mintak tolong dia tumpangkan ke starting point. Tinggal lah kami berjalan dengan tenang menuju ke starting point. Sesekali aku menyerahkan bagpack guider tu pada orang lain untuk dipikul. Bukan apa. Berat nak mampus. Tambah dengan bagpack aku lagi.

Lebih kurang jam 7.30 malam kami semua sampai di starting point. Aku tengok S pun dah sedar dan dalam keadaan terpinga-pinga.

“Macam mana aku boleh ada kat sini? Bukan ke aku tengah jalan dalam hutan ke tadi?”, tanya S.

‘Tadi’ tu maksudnya semalam la masa dia awal-awal kena.

“Kau nampak apa S?,” tanya aku.

“Entahlah. Aku nampak burung cantik. Pastu aku tak sedar dah,” jawabnya.

Hmm kau tak tahu sebab ‘burung cantik’ tu la kau jadi macam ni. Sebab ‘burung cantik’ tu la kehidupan kami semua huru-hara sejak semalam kau tahu tak. Haha.

So malam tu lepas semua dah bersihkan diri dan tukar baju semua, bergerak la kami masing-masing dengan 3 buah kereta untuk ke Cameron Highlands untuk bermalam di homestay sana. Keesokan harinya, kami semua jalan-jalan di Cameron Highlands dan makan-makan sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing.

P/s: Sampai di rumah aku kat KL malam tu lebih kurang jam 1.00 pagi. Aku tinggalkan segala bagpack  dan kasut dalam kereta. Tak bawak masuk rumah dulu. Baju seluar yang aku pakai cepat-cepat aku campak dalam mesin dan aku basuh malam tu jugak.

Pembetulan di Part I: Trip ni kami pergi pada bulan September 2019, bukan Februari 2020.

AFTERMATH

1.        Seminggu lebih aku tidur mengigau, meracau dan menjerit. Masa aku kat rumah sorang-sorang aku rasa macam ada benda yang sedang memerhatikan aku. Selepas seminggu lebih tu aku hubungi Bos dan dia menyuruh aku untuk mandi air limau. Katanya ada benda yang ikut kami semua balik.

2.        A diganggu semasa tidur. Katanya ada benda datang meniup telinga dia masa tengah tidur. Katanya rupa nenek kebayan. Pun mandi limau.

3.        K pun sama. Ada benda ikut balik.

4.        S dibawa berubat tradisional. Katanya masih ada saki-baki benda tu dalam tubuh dia. S menjalani rawatan selama 2 – 3 bulan sebelum pulih sepenuhnya.

5.        Majoriti antara kami ada benda yang mengikut balik.

PENGAJARAN

Jaga tingkah laku, percakapan dan jangan sesekali berasa selesa ketika di dalam hutan, walaupun dah biasa masuk hutan, kerana ia adalah tempat tinggal bagi makhluk-makhluk Allah yang kita tak nampak dengan pandangan mata zahir. Seumpama anda memasuki rumah orang lain. Walaupun tuan rumah tu adalah kenalan anda, jangan sesekali berasa selesa dan bertindak sewenang-wenangnya, kerana mungkin ada tindak-tanduk anda yang tidak disenangi oleh kenalan anda itu.

Begitulah cerita yang dapat aku kongsikan di sini. Harap anda semua enjoy mengikuti kisah ini. Maaf sekiranya lama sangat gantung cerita ni. Sibuk bekerja.

Setelah kejadian ini pada bulan September 2019, pada bulan Februari 2020, aku dan beberapa orang dari trip tu bersama S sekali telah kembali semula ke Yong Yap bagi melangsaikan hutang Puncak Yong Yap.

Sekian. Assalamualaikum wbt.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:29 PM | Show all posts
markming replied at 25-8-2022 12:09 PM
MISI GAGAL: FINAL

Bangun pagi tu kami bersyukur kerana S masih di situ. Tiada percubaan untuk melar ...

lega dapat baca pengakhiran.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 03:40 PM | Show all posts
phewwww
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:45 PM | Show all posts
gunung besar hantu ade tak story dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049581 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list