CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2244|Reply: 1

Rashid ubah fikiran

[Copy link]
Post time 30-9-2013 12:03 PM | Show all posts |Read mode


Rashid (kanan) ambil keputusan untuk kembali semula ke pangkuan BAM.

RASHID Sidek menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai jurulatih badminton perseorangan negara yang dibuat 19 September lalu.

Rashid ketika dihubungi memberitahu, setelah menerima nasihat dari semua pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, beliau akhirnya membuat keputusan untuk kembali menyambung semula tugas tersebut bermula minggu hadapan.

"Hari apa saya akan mula tidak berapa pasti lagi, tapi apa yang pasti minggu depan selepas surat penjelasan dihantar kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Lagipun saya buat keputusan ini kerana memikirkan masa depan badminton negara. Sukan badminton adalah jiwa saya. Khairy juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang meminta saya terus melatih pemain kebangsaan berdasarkan pengalaman yang ada pada saya.

“Keputusan ini juga dibuat selepas banyak pihak memberi saya pandangan positif dengan meminta saya untuk kembali kepada BAM bagi membantu menaikkan nama badminton negara di mata dunia,” kata Rashid ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Rashid, 45, sebelum ini meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada 19 September lalu kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan baharu badan itu.

Ketika ditanya kemungkinan BAM akan mengulangi kesilapan yang sama selepas beliau kembali semula berkhidmat, Rashid bagaimanapun berharap badan induk itu dapat belajar daripada kesilapan yang lama demi memastikan program yang diatur oleh BAM berjalan dengan lancar.

"Saya harap semua pihak dapat belajar daripada krisis yang lalu bagi memastikan imej badminton mampu maju ke hadapan sekaligus menaikkan martabat sukan badminton di peringkat dunia.

"Apa yang pasti, fokus saya sekembalinya bersama BAM nanti adalah untuk memberikan yang terbaik bagi tingkatkan prestasi pemain negara," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 11:37 AM | Show all posts
tkper rashid..kita tgk apa yg tan sri mahaleel nk buat utk pembangunan badminton msia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.602158 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list