CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5223|Reply: 13

Minyak Masak Jadi Minyak Hitam?

[Copy link]
Post time 7-10-2013 12:08 PM | Show all posts |Read mode


Salam sejahtera pelawat sekalian. Dah lama sangat rasanya saya tidak update apa-apa artikel terbaru untuk bacaan anda. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya sendiri sangat sibuk dengan urusan perniagaan secara offline. Baiklah, dalam artikel kali ini saya ingin menceritakan mengenai revolusi baru tentang penjagaan enjin kereta.

Pernahkan anda dengar sekarang ini minyak masak kelapa sawit telah dijadikan sebagai minyak hitam? Yup!

Ok firstly, MINYAK KELAPA SAWIT adalah minyak paling sintetik di dunia. Minyak yang anda percaya fully sintetik, semi sintetik tu sebenarnya minyak pelincir biasa saja. Yang buat dia jadi sintetik pasal mereka suntik sintetik dalam minyak tu. Bila sintetik tersebut dah bergesel dalam enjin, sintetik itu sendiri akan makin hilang. Selepas itu anda rasa enjin kereta anda berat sebab dah tiada sintetik dah.

PERSOALAN 1: Kenapa orang tidak pasarkan minyak kelapa sawit saja untuk minyak pelincir?

JAWAPAN 1: Pasal ini syarat yang ditetapkn oleh syarikat petroleum. Kalau minyak sawit dah buat sebagai minyak pelincir, rugi la perniagaan mereka. Tak percaya? Saya bukan main-main. Hal ini ada diceritakan dalam rencana utama di akhbar online Kosmo.

Respon Mereka Yang Telah Menggunakan Minyak Masak Sebagai Minyak Hitam

1. Mula-mula pick-up tiada rasa pape dan kadang-kadang rasa macam kurang sikit. Tapi lama-lama pick-up makin sedap. Superb!

2. Nak start enjin pagi, senang dan smooth jer.

3. Kelajuan meningkat dengan lancar walaupun kereta penuh muatan. Setakat 120-140 km/j tu takde hal lah.

4. Bunyi enjin jadi sedap (merdu kot).

5. Yang paling penting adalah jimat duit. Betul tak?

Kelemahan Penggunaan Minyak Masak Sawit

1. Minyak ni nipis. Mungkin ada leakage (kebocoran) kalo kereta-kereta yang dah lama. Leakage ni berlaku sebab ia mengalir pada ruangan yang dah tak rapat (sebab dah lama). Secara umumnya, gasket diperbuat dari getah. Biasanya ia berada di antara joints 2 material besi untuk elak dari bocor. Tapi anda boleh tukar gasket dan oil seal dengan yang baru.

2. Bagi mengelakkan kebocoran, anda juga boleh campur minyak sawit ni dengan Oil Treatment untuk jadikan ia pekat. Antara Oil Treatment yang disyorkan adalah minyak STP.




Kalau anda was-was, boleh try 50% sawit, 50% minyak biasa. Cari minyak sawit yang tebal sikit. Jangan hentam minyak paket yg berkeladak pulak ya! Minyak VESAWIT dan SAJI sangan disyorkan.

PERSOALAN 2: Enjin tak rosak ke kalau kita guna minyak sawit ni?

JAWAPAN 2: Saya tak nak cakap apa-apa, nanti anda tak percaya pulak. Tapi saudara Yazmin dah buat kajian ke atas keretanya sendiri. Boleh lawati laman blog beliau untuk membaca dan melihat gambar-gambar tentang kajiannya di sini.

P.S. – Saya bercerita pasal minyak enjin (minyak hitam) je tau. Jangan anda try kat minyak gearbox plak. Kalau buat jugak, pandai-pandai la ya.

P.S.S – Ni guna minyak kelapa sawit je tau. Minyak jagung ke, minyak kuda ke, minyak gamat ke anda try la sendiri.

P.S.S.S – Kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu tinggalkan komen di bawah. Saya akan respon secepat mungkin.

P.S.S.S.S – Tapi… Kalau ada kerosakan sebab gunakan cara ni, tanggung sendiri ye. ;)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 11:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 01:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 03:01 PM | Show all posts
try kat moto buleh?

kalo mineral oil 20w-40

semi sintetik dlm 10w-40

ni myk sawit kategori mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 03:48 PM | Show all posts
salimrock posted on 10-10-2013 03:01 PM
try kat moto buleh?

kalo mineral oil 20w-40

haha..takde kategori kot..kategori bebas..
takpun.. 0w - 15

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:24 PM | Show all posts
zulka posted on 10-10-2013 03:48 PM
haha..takde kategori kot..kategori bebas..
takpun.. 0w - 15

buleh jadi jugak...0w-15

0w-15 tu maksud licin betul la, tp wa rasa myk sawit ni tak tahan panas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2013 04:36 PM | Show all posts
salimrock posted on 10-10-2013 04:24 PM
buleh jadi jugak...0w-15

0w-15 tu maksud licin betul la, tp wa rasa myk sawit ni tak tahan pana ...

aku pernah baca kat mana ntah....ada org try guna kat moto kriss, pastu tak smpai sebulan..kena obohol..
piston melekat dgn block..., agaknye minyak nipis sgt tak mampu menahan compression...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 05:35 PM | Show all posts
zulka posted on 10-10-2013 04:36 PM
aku pernah baca kat mana ntah....ada org try guna kat moto kriss, pastu tak smpai sebulan..kena ob ...

kalo begitu, moto modenas kris tak leh..kena pakai kat moto@ kereta berprestasi tinggi la kot...cth kat keta audi R8 ke, porsche cayyene ke, panamera ke,baru buleh kot....

psl myk hitam yg fully sintetik yg mahal pn gred dia tak silap wa dlm 5w-40 /  0w-40

ada sapa2 pengguna keta2 berprestasi tinggi berani pakai minyak vesawit? saji @ myk masak cap helang utk myk enjin ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 01:05 AM | Show all posts
takut terbeli minyak sawit recycle plak start kete bau ayam goreng klfc pergh ...ramai mengikut kat belakang ingat bawak bucket ke kombo..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:12 PM | Show all posts
Tak berani la nak cuba. takut nak jimat sikit, jadi semakin rugi pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 03:30 PM | Show all posts
agaknya kalo ada org kata air mineral leh ganti minyak petrol pun rmi yg percaya kot...

org melayu ni mmg suka bnd pelik2 n bodoh2 mcm ni...

saintis pening2 kepala cipta formula utk minyak engine ada org senang2 srh pakai minyak sawit je.. hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:02 PM | Show all posts
ni saintis malaysia..saintis luar mn percaya dengan minyak sawit..
dh ramai yg duk pkai minyak masak ni kt kete dorg..berani ngan x berani jo
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 06:17 PM | Show all posts
walaupon minyak ni sentetik pon mmg bukan dibuat untuk minyak enjin.ssb takder additif lagi,dan masih kosong.aderyg cakap jangka hayat minyak nih tak lama..bukan 5000km yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2013 04:12 PM | Show all posts
otai_g posted on 14-10-2013 03:30 PM
agaknya kalo ada org kata air mineral leh ganti minyak petrol pun rmi yg percaya kot...

org melay ...

kesian org melayu di tuduh suka bnda2 pelik bnda2 bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.343217 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list