CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2011|Reply: 0

Revington letak sasaran tinggi kejohanan di Perth

[Copy link]
Post time 10-10-2013 11:38 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad hoki negara Paul Revington mahu anak buahnya muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Antarabangsa Sembilan Sebelah Siri Super Perth, Australia dari 17 hingga 20 Oktober ini.

Dalam kejohanan jemputan antarabangsa empat negara itu, Malaysia akan menentang Pakistan pada 17 Oktober ini diikuti Australia pada hari berikutnya dan Argentina pada 19 Oktober.

Kunjungan ke Perth itu adalah sebahagian daripada persediaan skuad negara menghadapi edisi ketiga Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun, bermula 1 hingga 10 November ini.

"Kami dijemput oleh penganjur untuk menyertai kejohanan antarabangsa ini dan dengan kehadiran pasukan yang kuat, maka menjadi satu bonus bagi saya untuk menilai prestasi semasa skuad negara.

"Saya harap anak buah saya menang setiap perlawanan dan bukan sekadar untuk melengkapkan senarai pasukan," kata jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pentadbiran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di sini, hari ini.

Semasa di Perth, skuad negara dijadual mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 15 Oktober dan dua perlawanan dengan skuad Australia 'A' pada 22 dan 23 Oktober ini.

Mengenai Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, Revington berkata mendapatkan kedudukan tertinggi dalam kejohanan itu akan merupakan satu pencapaian terbaik bagi dirinya.

Malaysia telah beraksi dalam enam Piala Dunia bermula pada 1973, 1975, 1978, 1992, 1998 dan 2002 dengan pencapaian terbaik tempat keempat pada edisi 1975 di Kuala Lumpur. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036649 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list