Sarapan pagi merupakan sesuatu yang penting untuk kita mulakan hari kita. Ia memberi tenaga kepada badan kita untuk menjalani hari pagi hingga tiba waktu makan tengah hari. Ramai yang kurang peka terhadap pentingnya sarapan pagi dan ia sangat tidak elok. Sekurang-kurangnya makan la biskut atau roti, minum air pun dah memadai. Berikut kami ingin kongsikan sarapan pagi yang popular di dunia.
Ghana
Makanan ini adalah waakye, satu makanan yang popular di africa, ia merupakan kacang yang dimasak bersama nasi.
Cina
Makanan ini dimakan oleh penduduk Cina setiap masa bukan untuk waktu pagi sahaja. Ia mengandungi Mee, Nasi, Ayam dan Sayur goreng.
Turkey
Sarapan yang power bagi kami, mereka ada keju, mentega, buah zaitun, telur, tomato, jam, roti, madu dan daging yang dimasak pedas.
Estonia
Makanan ini lebih dikenali sebagai “cheese on toast” . Roti yang ditampal dengan keju diatasnya.
Pakistan
Makanan ini ialah Aloo Paratha, antara yang menarik adalah doh untuk makanan ini mengandungi ghee dan sedikit sayuran, agak bagus untuk memulakan pagi anda.
Ini merupakan tofu yang dimakan bersama ikan dan nasi. Makanan ini menggunakan kuah soya sebagai pencicah. Agak sihat juga sarapan orang jepun ni.
Arab
Makanan ini adalah Foul Madamas. Ia mengandungi kacang Fava, kacang kuda, bawang putih dan limau. Dia dilengkapkan lagi dengan minyak zaitun, cili merah, sos tahini, telur rebus, dan sayur-sayuran hijau yang dipotong dadu.
Thailand
Nasi Air yang dicampur dengan daging khinzir dan beberapa bahagian dalam khinzir seperti hati dan perut. Makanan di boleh dikatakan sebagai All Khinzir.
Australia
Sangat simple, hanya sapukan Vegemite pada roti.
Morocco
Hidangan ini Baghir, mengadungi roti dan mereka selalu menggunakan jam, keju atau mentega sebagai perasa sarapan mereka
India
to be continued...