CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1811|Reply: 0

PLBT fokus lima kejohanan sebelum akhiri 2013

[Copy link]
Post time 8-11-2013 05:24 PM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Lumba Basikal Terengganu (PLBT) akan memberi fokus kepada lima kejohanan lumba basikal sebelum melabuhkan tirai, tahun ini.

Ketua jurulatihnya Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata kejohanan itu ialah Kejohanan Kreterium di Sepang, Selangor pada 10 Nov; masing-masing dua
kejohanan Grand Prix (GP) Kebangsaan ke-4 di Negeri Sembilan (15-17 November) dan GP terakhir di Melaka (22-24 Nov); Kejohanan Berbasikal Lebuhraya Lekas di Selangor (24 November) dan Trek Remaja Kebangsaan, di ibu negara (25-28 November).

"Fokus utama menghabiskan penyertaan kejohanan tahun ini ialah untuk menyediakan barisan atlet yang akan membawa cabaran Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis, tahun depan.

"Kita akan jadikan kejohanan ini sebagai penutup tirai aktiviti kita bagi tahun 2013 ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata PLBT menyenaraikan 16 pelumba untuk membawa cabaran Terengganu dalam semua kejohanan itu.

Syed Mohd Hussaini berkata kedudukan Terengganu dalam GP kebangsaan agak baik apabila tiga atletnya menguasai kejohanan daripada tiga sirkit yang lepas dalam acara 'time trial' individu.

Katanya mendahului kejohanan itu kini ialah Mohd Badrul Hakimi Hamid setelah mengumpul 50 mata diikuti Nor Aiman Mat Zarif tempat kedua (30 mata) dan Mohd Zulfakri Hamdan tempat kelima (25 mata).

Beliau berkata bagi acara lebuh raya kategori junior pula, atlet Terengganu Ahmad Azri Ahmad menduduki tempat kedua keseluruhan setakat ini dengan mengumpul 28 mata di belakang pelapis kebangsaan Irwandi Lakesek (30 mata).

Katanya dua lagi atlet Terengganu Che Ku Syamir Ramli dan Mohd Zulkifli Hamdan pula masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima dengan 24 dan 22 mata.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035582 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list