CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2993|Reply: 0

430 pemain boling sertai Terbuka Malaysia ke-36

[Copy link]
Post time 13-11-2013 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KONGRES Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyasarkan 430 pemain boling menyertai Kejohanan Boling Terbuka Malaysia ke-36 di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid dekat sini pada 15 hingga 23 November.

Presidennya Datuk Dr P.S. Nathan berkata setakat ini seramai 170 peserta dari Asia dan Eropah telah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM362,500 itu.

“Kejohanan ini akan disertai oleh pemain boling bertaraf dunia seperti pemenang pingat emas Kejohanan Dunia 2013 bagi kategori Masters lelaki dan wanita dari Korea Selatan iaitu Cho Young dan Son Yunhee.

“Kami juga sedang menunggu pengesahan atlet dari Amerika Syarikat. Kami menaruh harapan tinggi kepada atlet negara seperti Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Zulmazran Zulkifli untuk merebut kejuaraan pada kejohanan ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Kejohanan Terbuka Malaysia ke-36 di Hotel Sunway Resort, di sini hari ini.

Beliau berkata 16 negara yang akan turut serta ialah Australia, Brunei, Taiwan, England, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Macau, New Zealand, Filipina, Singapura, Sweden, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, Vietnam dan Malaysia.

Sementara itu Zandra Aziela yang juga juara bertahan bagi kategori wanita berkata beliau optimis untuk mencipta hatrik pada kejohanan itu.

Atlet berusia 27 tahun itu merupakan juara bagi edisi 2011 dan 2012 dalam kejohanan itu.

“Secara keseluruhan prestasi saya pada tahun ini tidak begitu baik, jadi saya mahu memperbaiki kelemahan saya dan memberikan saingan terbaik di hadapan penyokong negara untuk mempertahankan kejuaraan,” kata Zandra Aziela.

Selain Zandra Aziela dan Zulmazran, atlet negara yang turut serta ialah Muhd Syafiq Ridhwan, Alex Liew, Sin Li Jane dan Shahlin Zulkifli.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041798 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list