View: 45636|Reply: 14
|
keselamatan Kepala gas
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum..
Sebenarnya lama dah ummi nak post entry ni. Tapi asyik tertangguh sebab tak ada idea nak taip apa. Kalau nak letak gambar tanpa penerangan macam tak best.
Hari sabtu 2 minggu lepas ada orang LPG datang rumah. Nasib baik abi ada kalau tak, tak ada ummi buka pintu. Ummi hanya menikus je dalam rumah.
Masuk-masuk je, terus orang LPG cakap nak tengok kepala gas. Maka abi pun membawa tetamu tersebut masuk dapur, kemudian terjadilah adegan-adegan yang menyebabkan abi kehilangan RM298.
Nak dijadikan cerita. En. tu tunjuk betapa tak selamatnya kepala gas yang ummi guna. Dia ambil mancis dan nyalakan ke arah kepala gas yang dah dibuka dari gas. Terus api besar keluar. Menakutkan.
Dia cakap walaupun dapat kelulusan daripada SIRIM, tapi masih tak selamat. Tetap jugak menjadi punca kebakaran. Ummi sudah terpengaruh. Panjang lebar tau dia berceramah tentang keburukan kepala gas yang ummi pakai.
Akhirnya. Dia tunjuklah kepala gas UGS. Wah bukan main lagi. Siap pasang kat tong gas ummi. Dia tunjuk demontrasi pakai mancis kat kepala gas yang dah dikeluarkan dari tong gas.(logiknya ialah, bila kita dah pasang gas, masa kita buka kepala gas dari tong mestilah ada gas yang tertinggal jadi dia nak tunjukkan betapa selamatnya kepala gas tersebut) Wah.. takderpun api mnyembur keluar macam yang dia buat kat kepala gas ummi yang murah.
Dalam hati ummi, wah. Macam best je.
Akhirnya..
Rupa-rupanya dia adalah salesman yang jual produk UGS. Sekali dia sebut harga, terkejut ummi, RM 368 tapi dia bagi diskaun jadi RM298. Bincang punya bincang akhirnya abi beli. Dorang siap bawa mesin card credit lagi kalau kita takder cash. Selain tu, dorang cakap boleh bayar petang, nanti diaorang kutip.
Macam memaksa je. Cakaplah awal-awal yang dia tu nak jual barang, nak jual produk.
Ni tidak main sergah-sergah je terus cakap nak check kepala gas. Ingatkan betul-betul nak check , rupanya sambil menyelam minum air. Bijak dorang ni berbisnes.
Ada meter. Sebelum ni ummi punya takde meter. Meter ni menunjukkan berapa banyak gas dalam tong yang kita pakai. Ok, ummi terima dengan hati terbuka. Kalau gas dah dekat nak habis, kita tahu dah cukup masa nak beli gas baru.
Cuba ketuk bahagian atas kepala gas kita kat rumah, macam plastik kan? Yang ni pulak ketuk, keras macam besi. Dia cakap selamat dan made in Italy.
Yang tak selamat kalau letak sabun kat atas, ada buih, tu yang bahaya. yang ni tidak. Letak sabun pun tak berbuih.
Kepala gas UGS amat sesuai untuk kegunaan di rumah iaitu 1kg. Cuba check kepala gas kat dapur laju-laju. Ada tulis berapa kg tak? (Tulis kat atas kepala gas tu ) Kalau 1 kg memang untuk kegunaan dalam rumah. Kalau tulis 2 kg tak sesuai untuk kegunaan rumah. Yang 2 kg punya untuk peniaga-peniaga gerai je dan untuk tempat yang terbuka.
Made in italy kata nya
Beginilah rupa UGS kepala gas. Maaf silau sikit sebab kualiti kamera tak berapa nak bagus. Ada bayangan je pun oklah kan?
Orang UGS cakap ada waranty 10 tahun. Nanti dorang datang setahun sekali untuk check. Dan pastikan alamat tu update.
UGS Network Services (M) Sdn Bhd.
Main ofis dia kat Puchong Selangor.
Kat johor di Senai. Dorang hanya ada jula rumah ke rumah tapi kat ofis tak jual. Tu ummi musykil yang amat. Macam manalah orang nak beli kan?
Lagi satu dia jual siap dengan hos warna hitam. Dia cakap tahan panas dan tak terbakar dan bocor bila kena api atau panas. Yang lutsinar tu dah tak sesuai diguna.nanti kena minyak masak licin kemudian gas bocor.
Kebaikkan UGS kepala gas:
- Selamat. Sebab kalau gas bocor, automatik gas tertutup.
- Selamat. Bila anak atau kita secara tak sengaja tertarik tong gas. Maka gas automatik terpadam sendiri. Macam main suis kat rumah. Kalau satu berlaku litar pintas, jadi semua terus blacout. Macam tu jugaklah aplikasi kepala gas UGS.
- Selamat sebab menggunakan 1kg gas sahaja dalam satu-satu masa. tak macam kepala gas ummi yang lama dia keluarkan 2 kg gas. 1kg gas guna dan lagi satu kilo lagi tersimpan dalam kepala gas. Tu yang bahayanya.
- Automatiklah. Tak perlu nak tarik kepala gas kalau keluar rumah. Dia automatik tertutup apabila terdapat kebocoran.
Cara Memasang GAS yang Baik dan Benar
Hemm, kali ini saya akan bagikan tips buat ibu-ibu dirumah yang suka memasak dan bagi anak-anak kost yaitu Tips Cara Memasang GAS yang Baik dan Benar. Kebanyakan ibu-ibu di rumah dan anak-anak kost sekarang mengunakan Elfiji sebagian bantuan dari pemerintah sebab langkanya minyak tanah. Dan juga hemat dibandingaknan menggunakaan minyak tanah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu di rumah dan anak-anak kost putri utamanya takut menggunakan Gas karna takut meledak, sebenarnya itu bukan dari tabung Gasnya melaikan di sebabkan oleh salahnya dalam pemasangan regulator gas, seal (karet tabung), dan karena selang regulator yang bocor, …!!!!
Sekarang tak usah takut saya akan membagikan beberapa Tips Cara Memasang Gas yang Baik dan Benar.!!
Okee Lahh.. kita langsung saja saya akan bagikan langkah-langkah Cara Memasang GAS yang Baik dan Benar. Berikut ini tips cara memasang gas elpiji yang baik dan benar sebagai berikut :
1.Hal yang pertama kita harus cek keadaan tabung, apakah ada kebocoran di pentil gas (Seal karet gas) atau pun di badan tabung itu sendiri.
2.Setelah kita cek tabung dalam keadaan aman dan tidak ada kebocoran lalu kita cek keadaan selang regulatornya. Pastikan selang regulator dalam keadaan baik sebelum kita memasang gas.
3.Kemudian setelah tabung dan selang regulator dalam keadaan baik semua, kita langsung memasang regulator gasnya.
4.Setelah regulator gas terpasang cek kembali apakah ada kebocoran di kepala regulatornya, seringkali ditemukan kepala regulator tidak cocok dengan pentil gas. Bila hal ini terjadi anda tidak usah panik, anda cukup mengganti Seal yang ada di dalam kepalal gas dengan Seal yang lain.
5.Bisa juga kita tambahkan pengaman di atas kepala regulator agar supaya regulator tidak mudah goyang atau lepas. Lihat pemasangannya pada gambar di bawah…!!!
Dengan kita menggunakan gas elpiji kita telah membantu pemerintah dan juga dengan menggunakan gas elpiji jauh lebih hemat dibandingkan dengan menggunakan minyak tanah. Demikianlah informasi tentang Tips Cara Memasang GAS yang Baik dan Benar. Semoga informasi ini bermanfaat buat sobat, buat ibu-ibu di rumah dan anak-anak kost.
Last edited by cef_gango on 20-11-2013 11:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.
TONG gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.
"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.
Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.
Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.
Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.
"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.
Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.
Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus.
X nak jadi macam ni risau nya!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
cerita malaysia pun masuk peristiwa dunia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
alphawolf posted on 20-11-2013 11:53 AM
cerita malaysia pun masuk peristiwa dunia ke?
maaf xpasti bod mana... ada info skit x le kongsi. nk tw pasal kepala gas.. sbb da belaku gas meletup..
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa posted on 20-11-2013 12:06 PM
Salah board le umi
mohon pindah kan please.... @moderator
|
|
|
|
|
|
|
|
tt ni promote barang ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo i nak jadi ejen berapa kena bayaq??? berapa puluh ribu mau amek loan bank rakyat???brapa bijik kepala gas i dpt?? mana paperwork ala-ala piramid tapi legal??
berapa downline i kena carik??? info pls...bagus neh buat MLM
mau sebulan aku boleh order bently neh |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun lepas ( lepas spm ) aku penah kerja company mcm ni kat shamelin perkasa. jadi salesman, ketuk dari pintu ke pintu. barangnya pun sama. keja sebulan je dapat gaji terus blah, tak tahan hari berpanas dan kena maki bos.
barang tu memang bagus sbb ada stopper, tapi sebenarnya kita x perlukan pun utk kegunaan rumah. dah cukup bagus yg biasa siap ada tampal sirim lagi.
bab harga tu pulak sebenarnya komisyen salesman 50% dari harga, kos sbnr tak tau la pulak sbb bos pun nak untung. gaji memang lebat satu hari dpt jual 1 pun sebulan dpt 2k++. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun baru beli..
Tp aku xrasa rugi kot..
Selain tahan lama..
Bila salesman tu tnya bpe lama xtukar kepala gas ni??
Baru aku tau ngn perasan kepala gas tu bocor.
Kdg2 org xperasan,tu yg ada masak..pastu api menyambar.
Mcm sorg retis tu.
Aku mls beli sbb mahal rasany,tp sbb bbaloi.aku beli.
Boleh tahu ada pengeluaran gas ke x.
Pastu kalo bocor dia boleh blok.
Sekian..pengalaman dr aku yg menggunakan benda ni.
Tp masa aku,org ni dtg dia xckp dia jual..aku nk beli terus..
Dia ckp dia xjual..contact ejen lah..sbb org tu dr syarikat gas. |
|
|
|
|
|
|
|
pun ada dtg rumah aritu, tp x amik sebab mahal sgt |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kt rmh ayah aku ada sebijik. it was 15 yrs ago la. time tu pon reganya lebih RM1k...xslp dkt 2K. mmg bagus, terbukti ada sekali tu gas bocor psl paip bocor. time tu mk aku msk...heran bile tetiba api padam. rupanya benda tu dah tutup siap2 coz dia detect ada bocor... |
|
|
|
|
|
|
|
just for info... yang tulis 1 kg/hr tu ialah gas flow (unit kg/hr). |
|
|
|
|
|
|
|
fire_place posted on 20-11-2013 11:30 PM
Aku pun baru beli..
Tp aku xrasa rugi kot..
Selain tahan lama..
tak jual, kena ctc agen... taktik sama company kitaorang dulu. padahal..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|