CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6066|Reply: 11

Banggo Jadi Anok Kelate

[Copy link]
Post time 25-11-2013 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest

MEMETIK kata-kata seorang rakan penulis ketika zaman belajar dahulu, 'Bukan senang menjadi anak Kelantan, namun saya dilahirkan begini', terfikir juga penulis mengapa secara tiba-tiba beliau mengeluarkan ayat sebegitu.
Menjadi anak Kelantan pastinya mengundang beribu persepsi masyarakat luar terhadap kami, ada yang positif malah ada yang negatif dan itulah yang mungkin menjadi penyebab 'but I was born this way'.
Apabila penulis berhijrah ke ibu kota demi untuk mengejar ilmu dunia, baru lah penulis faham apa yang dimaksudkan dengan ayat yang pernah diungkapkan oleh sahabat penulis suatu ketika dahulu.

'Gedebe, berpuak dan mulut banyak'



Tidak dinafikan, bila sahaja ditanya mengenai orang Kelantan bagi pandangan orang luar, perkataan yang pertama dijawab adalah panas baran dan berpuak.
'Gedebe' bermaksud samseng tapi jangan salah faham kerana ia mungkin bermaksud berani dan tegas.
Sebagai orang Kelantan tentunya penulis kurang senang dengan stigma itu namun perkara itu adalah satu norma masyarakat Kelantan walaupun berjauhan, namun tetap mencari rakan sekampung.
Namun begitu, masih ada sesetegah pihak yang bereaksi melampau dengan menggambarkan orang Kelantan itu kurang berbudi pekerti adalah tidak benar sama sekali.
Bercakap dengan yang lebih lama merantau ke negeri orang, Hj Roslan Mohamad berkata semangat cintakan negeri adalah penyebab mengapa kita masih bersama tanpa mengira perbezaan agama dan politik.
Katanya yang juga Setiausaha Agung Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim SeMalaysia, semangat cintakan negeri bukan hanya terdapat dalam diri anak Kelantan malah mereka yang berasal dari negeri lain juga begitu namun tidak dinafikan semangan kenegerian bagi orang Kelantan lebih menyerlah berbanding anak jati negeri lain.
Tambahnya, perkara itu mungkin disebabkan bahasa serta asuhan dari kecil yang menyumbang kepada tata hidup kini.
"Walau dimana sekali pun, kita akan mencari titik persamaan terlebih dahulu, bila jumpa rakan sekampung senang untuk meminta tolong, seterusnya membina keluarga baharu di tempat orang.
"Jika ada titik persamaan maka timbullah titik perubahan, persekitaran baharu dalam kelompok yang berlainan budaya yang membolehkan kami menerima budaya orang secara berperingkat.
Katanya, seperti semua orang, orang Kelantan juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
"Bila dah sesuai, maka kami akan menerima orang lain, masyarakat lain..bukan tidak mahu menerima tetapi sebagai perantau di negeri orang, pastinya kami memerlukan masa untuk menerima orang lain.
Jelasnya hubungan orang Kelantan sungguh rapat walaupun tidak mengenali sesama sendiri sebelum ini.
"Ibarat seperti berasal dari payung yang sama, begitulah kami walaupun beribu ikan di pusaran kami tetap kenal 'puak-puak' kami.
"Pertama kali berjumpa, saya tanya asal dari mana?kalau Kelantan jawabnya, maka sehingga kini hubungan kami seperti adik-beradik walaupun pada hemat masyarakat luar bahasa yang digunakan agak kasar sesama kami namun itulah uniknya kami walaupun menggunakan perkataan kasar itulah resepi keakraban kami,"ceritanya.
Penduduk di Kelantan kebanyakan menggunakan bahasa Melayu Kelantan, bahasa ini merupakan loghat dari bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Besut dan Setiu, Terengganu.

This is Kota Bharu, This is Serambi Mekah

Ujar Roslan, selain ajaran generasi lalu yang lebih kemelayuan, tetapi perkara asas yang diterapkan adalah didikan agama yang menjadi ilmu utama masyarakat kelantan.
"Di Kelantan, kalau seseorang itu tidak khatam Al-Quran maka perkara itu adalah luar biasa kerana sejak berumur 3,4 tahun lagi kami akan dipaksa untuk belajar mengaji di rumah Tok Guru.
Katanya lagi, ilmu agama yang diselitkan ketika masih kecil itu menggambarkan uniknya orang Kelantan yang mengutamakan didikan agama sebagai didikan rasmi selain mengekalkan adat istiadat lama dari keturunan sebelumnya.
"Budaya lalu kita tidak lupa, Dikir Barat kita layan, main gasing pun kita masih main..tapi yang wajib kita utamakan.
"Semua orang tahu, negeri kami di gelar Serambi Mekah, mengapa? bukan hanya sebab di perintah oleh Parti PAS namun sebab kami pentingkan didikan akhirat.
"Lihat sahaja Sultan Kelantan, Sultan Muhammad v, baginda sering kali mencemar duli bersama-sama rakyat jelata menunaikan solat berjemaah.Tiada yang mustahil di sini (Kelantan).
Katanya, masyarakat negeri itu harus berasa bertuah apabila dikurniakan seorang raja yang sangat mementingkan nilai- nilai keagamaan dan juga seorang ulama yang sentiasa ada di hati rakyat.
"Buktinya, bila tiba sahaja perlawanan bola sepak, Kelantan maka kita akan lihat beribu jemaah di stadium akan menunaikan solat Maghrib bersama-sama, beribu lautan The Red Warriors menyembah illahi dan itu membuktikan kami sentiasa bersama-sama dalam apa keadaan sekalipun.
Rakyat Kelantan sedang bersembahyang di Stadium. Tambah Roslan, apabila orang Kelantan bersatu, mereka akan melupakan titik perbezaan politik dan agama.
"Lihat sahaja semangat The Red Warriors, stadium akan dipenuhi dengan lautan merah, semangat kami adalah api kepada saudara kami sendiri walaupun tidak mengenali tetapi kami akan bersama seperti sebuah keluarga.

"Belajar menerima orang dan orang akan menerima kita"

Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam.
Sejarahnya bermula apabila Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam.
Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya.
Tidak hairanlah jika seni itu dipelopori oleh masyarakat Kelantan.
Siapa tidak kenal dengan Halim Yazid antara pejuang seni masa kini yang berjuang seni budaya Kelantan itu ke pelusuk dunia.
Halim Yazid, anak jati Kelantan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan antara yang popular membawa mesej kemelayuan dalam setiap bait seni irama dikirnya.
"Dikir yang saya ketengahkan berasal daripada idea dan pemikiran yang seterusnya menjadi satu perasaan ditambah dengan seni yang di perkenalkan generasi sebelum ini.
Terkenal dengan lagu-lagu yang menceritakan pengajaran dan kesedaran, Pegawai Kebudayaan Universiti Malaya itu turut menceritakan perihal budaya dan masyarakat Kelantan.
Katanya, stigma masyarakat luar terhadap orang Kelantan itu hanyalah perasaan prejudis semata-mata.
"Sikap masyarakat kita yang hanya duduk dalam satu bahasa dan dialek sendiri memudahkan toleransi antara satu sama lain.
"Sikap yang kita harus sedar Kelantan adalah sebuah negeri yang terasing daripada arus Malaysia, dan secara peribadi saya kurang senang dengan hal itu.
The StarJelasnya, orang Kelantan harus menerima masyarakat lain terlebih dahulu supaya mudah diterima orang.
"Kita mesti akui, ramai orang yang takut hendak bercampur dengan masyarakat kita kerana kita terlalu 'Kelantan'..itu tidak salah namun kita hidup dalam masyarakat Malaysia harus seiring dengan masyarakat lain.
"Mungkin kerana orang Kelantan sebenarnya dalam situasi yang terbatas, lambat terdedah, jadi mereka sendiri harus bangkit dan berusaha setanding dengan masyarakat lain", jelas Halim.
Ujar Halim, kemampuan orang Kelantan tidak dapat dinafikan hebatnya, ramai tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang masing-masing.
"Seperti saya, saya berusaha untuk mendapat tempat mempromosikan budaya dan seni dikir, apabila saya yakin berkemampuan maka saya berusaha dan peluang itu akan datang sekiranya ikhlas melakukannya.
Halim sebelum ini pernah mencipta nama di pentas antarabangsa melaui dikir barat.
"Walaupun dianggap 'darat' (kekampungan) oleh sesetengah pihak namun saya selesa dengan perjuangan saya", katanya ketika dihubungi penulis beberapa hari lalu.

Musim tengkujuh di Kelantan


Tahan pukat ikan semila, puyu dan haruan antara ungkapan popular orang Kelantan ketika musim tengkujuh.
Tiada kata yang boleh menggambarkan perasaan penulis apabila mengenangkan memori ketika zaman kecil di kampung 20, 30 tahun lalu.
Namun kesempatan bercuti selama dua hari ketika hujung minggu baru-baru ini di kampung halaman tercinta membuatkan penulis ingin mencari memori memukat ikan ketika zaman dulu-dulu.
Ketika hujan lebat membasahi tanah Serambi Mekah, ramai orang kampung mengambil kesempatan menahan pukat menangkap ikan haruan, puyu dan semila...................................................




Baca Artikel Penuh: http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/480027-banggo-jadi-anok-kelate.html Last edited by adik^manis on 25-11-2013 02:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2013 03:30 PM | Show all posts
saya bangga menjadi anak Kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 04:48 PM | Show all posts
hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.lebih baik dinegeri sendiri......pikir2kanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 12:00 PM | Show all posts

saya bangga jadi anak tranung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 10:39 AM | Show all posts

"Anok Kelate Buke Lagu Tu"

Sumber: Malaysian Digest

"Anok Kelate Buke Lagu Tu"
BERDASARKAN respon yang diterima daripada anda mengenai artikel yang bertajuk "Banggo Jadi anok Kelate", penulis berbesar hati untuk 'menjawab' beberapa persoalan yang mungkin terlepas pandang untuk bercerita lanjut mengenai negeri itu khususnya masyarakat disana.
Khusus kepada persoalan yang mengatakan orang Kelantan dianggap ramah untuk berkawan tetapi tidak untuk menjadikan peneman hidup?
Bukan mudah untuk memperkatakan perihal itu namun menurut pelawak tersohor Sabri Yunus, 51, stigma begitu hanyalah sebelum kemunculan
watak 'Wan Semail' dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Katanya dengan nada berlawak, stigma sebegitu hanya dinyatakan oleh masyarakat sebelum 1980-an kerana watak 'Wan Semail' yang dilakonkannya memberi impak kepada pandangan masyarakat luar kepada orang Kelantan.

Sabri, anak kelahiran Pengkalan Chepa, turut mengakui wanita Kelantan mempunyai sifat lembut dan mudah dibawa bicara.
"Stigma begitu hanya berlaku kepada orang lelaki yang ingin mengahwini wanita Kelantan kerana wanita Kelantan lebih manja dan bermulut manis.
Namun jelasnya sambil ketawa 'mulut manis' menggambarkan layanan serta budi bahasa yang lembut yang membuatkan ramai orang yang cemburu disebabkan pakej yang ada pada wanita Kelantan.
Tambahan pula ramai yang berkata 'ore tino Kelate come-come belako'.
Manakala bagi pelakon comel lote Neelofa, 24, berkata wajah 'come' yang dimiliki oleh wanita Kelantan mungkin disebabkan faktor kedudukan negeri tersebut yang bersempadan dengan Siam.
Bagi pendapat Lofa, mungkin sebab Kelantan dekat dengan Selatan Thailand jadi kacukan daripada sana dapatlah cucu cicit macam ni.. mungkin juga nenek moyang yang datang berdagang dari Arab ke sini sebab tu wajah ala-ala Arab sikit.
Menjawab mengenai stigma sesetengah pihak yang menyatakan jejaka Kelantan adalah pemalas dan panas baran. Ini Jawapannya..
"Kita perlu tahu negeri Kelantan kurang didedahkan dengan 'hiburan' contohnya tiada panggung wayang dan kelengkapan hiburan seperti di Kuala Lumpur jadi mungkin apabila masyarakat luar datang ke Kelantan, mereka lihat oemuda Kelantan sedang lepak di Kedai kopi, berborak dan menyangka mereka pemalas...Padahal itu adalah salah satu cara mereka berhibur", katanya kepada mD.
Katanya faktor hiburan yang kurang hanyalah salah satu faktor dan mungkin stigma sebegitu tidak lagi releven kerana masyarakat luar kini lebih terbuka menerima mereka.
Jelasnya, jejaka Kelantan tidak seperti yang disangka sesetengah pihak kerana mereka lebih kepada tulang belakang yang meletakkan wanita dihadapan dan berjaya.


Sebahagian daripada darah The Red Warriors

Haryati Nasution Zamanhuri, 30, anak kelahiran Kuala Lumpur bersuamikan jejaka dari Kelantan Mohd Arfif Mohd Yusoff,30, menyangkal dakwaan sesetangah pihak yang berkata lelaki Kelantan pemalas dan panas baran.
Malah katanya, selepas berkahwin dia merasa bangga apabila mengakui dirinya kini sebahagian daripada darah daging Kelantan.
"Pada awalnya saya juga ada anggapan seperti itu dan saya akui saya tidak suka orang Kelantan serta budaya mereka namun apabila bertemu jodoh dengan lelaki Kelantan, kenyataan itu seratus peratus berubah.
"Saya suka Kelantan, orangnya juga baik-baik dan tidak seperti yang saya fikirkan sebelum ini malah makanannya juga sedap.
Katanya, menu hariannya sejak menjadi 'menantu Kelantan' kini tidak lengkap tanpa budu.
"Memandangkan kedua-dua mentua saya telah tiada, jadi sayalah yang menjadi kesinambungan pelbagai masakan Kelantan, bila dah selalu masak makanan Kelantan, dah rasa macam orang Kelantan betul', jelasnya sambil ketawa.
Tambah Haryati, makanan kegemarannya kini lebih kepada masakan Kelantan.
"Anak-anak juga biasa dengan Singgang Ikan Tongkol dan budu..setiap kali balik kampung saya akan beli budu tempayan dan beras Siam untuk bekalan selama beberapa bulan", jelasnya kepada mD.

'Ambo pun ore Kelate'

Menariknya kaum Cina di Kelantan juga boleh dikatakan Cina yang bukan Cina, Siam pun bukan, jauh sekali Melayu.
Manakan tidak, Cina Peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Pergi saja di Perkamungan Cina di sepanjang pesisir Sungai Kelantan, pasti sukar untuk mengenal pasti siapa Melayu, Cina atau Siam.....................................................................................................

Baca artikel penuh: http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/480474-anok-kelate-buke-lagu-tu.html




Last edited by adik^manis on 29-11-2013 10:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:40 PM | Show all posts
kelate kito...ngeri kelahire kito....peace
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2014 10:01 PM | Show all posts
Peluang pendapatan buat ANDA!!!TANPA MODAL!!!
Jana Duit RM900 Sehari Tanpa Modal! Asalammualaikum kepada semua sahabat, sedara mara, dan semua rakyat Malaysia.. Daripada berFB tak ada hasil, bagus berFB yang ada hasil, Saya ada nak perkenalkan satu program dari US, yang boleh membuat pendapatan sampingan. Free register, tiada apa2 bayaran di kenakan.. Tiada tipu muslihat. Tak perlu jual barang, dan kerja sikit2 je. Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu komputer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat upah USD 25, bersamaan RM 80.00 lebih kurang. Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri... pastu apa lagi? Copy link anda atau copy terus semua ayat saya ni, and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu, mcm email, tweeter dan sebagainya. Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD 10 atau RM 30.00 lebih kurang. Mudah kan!!! Duit anda boleh pilih, samaada duit masuk akaun terus atau cek (akan dipos terus ke rumah). Kalau dah faham sila klik link di bawah ye. Selamat mencuba..

Copy & paste link ini...

http://www.theweeklypay.com/index.php?share=217669
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 01:54 AM | Show all posts
sebut kato negeri kelate, tanoh serendoh sekebun bungo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 02:18 AM | Show all posts
sudah semestinya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts

#PRAYFORPANTAITIMUR#BANJIRDIKELANTAN2014

Edited by koya123 at 30-12-2014 05:13 PM

Kelantan sedang dilanda banjir teruk.sepatutnya sebagai ank kati kelantan harus turun padang menghulurkan bantuan.tetapi ada sesetengah ank jati kelantan pilih untuk berhibur disaat warga kelantan dilanda musibah.sangat mengecewakan.

#PRAYFORPANTAITIMIR
#BANJIR DIKELANTAN 2014

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 06:16 PM | Show all posts
biarla dia nak berhibur
pilihan masing masing
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelate dihatiku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.150090 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list