View: 2783|Reply: 6
|
Minuman Percuma Di Bukit Losong
[Copy link]
|
|
Saat rakyat berdepan kemelut kenaikan harga keperluan harian, masih ada peniaga bermurah hati memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
Gerai Keropok 2K2L di Kampung Bukit Losong, di sini, perlu dipuji kerana usaha itu menggambarkan tidak semua peniaga hanya memikirkan keuntungan.
Pemilik gerai, Ahmad Bukhori Ayob, 28, berkata, keputusan menyediakan minuman tanpa bayaran itu bermula sejak dia memulakan perniagaan tiga tahun lalu.
“Pada peringkat awal, saya hanya bernazar untuk beri minuman percuma kepada pelanggan selama sebulan. Tapi berikutan respons baik pelanggan, saya ambil keputusan teruskan niat baik ini sampai sekarang.
“Air percuma ini tidak terhad kepada pelanggan saja. Jika ada yang datang tapi tidak beli sekalipun, mereka tetap dihidangkan minuman percuma ini,” katanya di gerai keropoknya berhadapan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, di sini.
Ahmad Bukhori berkata, dia membelanjakan kira-kira RM50 sehari bagi membeli 10 kilogram gula dan lima beg besar ais untuk menyediakan kira-kira 200 gelas teh o.
Dia mengakui terasa kesan kenaikan harga barangan, namun ia bukan alasan untuk dia menghentikan kerja baik itu.
“Biarpun sedar kos ditanggung semakin meningkat, tapi saya anggap ia sebagai amal jariah. Dengan cara ini, hubungan saya dengan pelanggan makin erat, malah mereka turut mendoakan perniagaan saya maju,” katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan dikenal Mali dari Johor Bahru berkata, sekiranya datang ke Terengganu, dia dan keluarga akan singgah ke gerai keropok milik Bukhori.
“Saya suka datang ke sini bukan untuk nikmati minuman percuma saja, malah layanan juga baik dan rasa keropoknya lazat. Jika tambah minuman sekali pun, mereka tetap bagi percuma, siap letak dalam jag,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga Allah murahkan rezeki beliau.... |
|
|
|
|
|
|
|
penduduk_bumi posted on 14-2-2014 12:50 AM
Moga Allah murahkan rezeki beliau....
......amin
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...murah rezeki Gerai Keropok 2K2L |
|
|
|
|
|
|
|
...boleh try singgah gerai 2k2l lau mai ganu |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai ni betul2 depan Muzium Negeri Losong kang?
Pernah 2-3 kali gi makan keropok kat kedai ni... keropok dia pun sedap... Cuma air tu bergantung kepada dia buat, ada masa air sejuk airbatu, ada masa air panas...
Tapi buleh order air kalau nak minum air lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Keropok dia pun sedap jugaa...........
Nak makan di situ pun boleh......... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|