View: 2991|Reply: 3
|
Pemeriksaan Immigration Di Sempadan Malaysia - Thailand
[Copy link]
|
|
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Pada 6 February 2014, saya bersama sama rakan saya (pelancong dari Eropah) telah pergi ke Selatan Thailand (Wilayah Sadao dan Hadyai). Kami menaiki kereta dari Sempadan Padang Besar.
Di Immigration Padang Besar, kesemua passport kami telah disemak oleh pekerja imigresen di sana. Passport rakan saya telah dicop dengan perkataan Depart.
Selepas itu ketika kami mahu memasuki semula Malaysia, kami berhenti di Imigresen Thailand dan bertanya samada passport kami perlu disemak atau tidak. Pekerja imigresen Thailand kata tidak. Dia menyuruh kami terus ke Malaysia.
Di Imigresen Malaysia, kami langsung tidak ditanya soal passport kami. Pekerja imigresen Malaysia hanya melihat kereta kami sahaja dan membenarkan kami masuk semula ke Padang Besar. Kami ingat dah tak ada masalah.
Selepas itu, pada 11 February 2014, kawan Eropah saya menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Tawau. Di Airport Tawau, kawan saya telah ditahan oleh imigresen Sabah dan dibawa ke bilik soal siasat. Pegawai imigresen Sabah bertanya kenapa kawan saya tiada cop masuk ke Malaysia. Kawan saya tidak tahu kerana passport kami langsung tidak diminta ketika memasuki semula ke malaysia.
Selepas lebih sejam, kawan saya dilepaskan...
Dan pada 18 february 2014, kawan saya menaiki pesawat dari Kuala Lumpur untuk pulang ke negara asalnya, dan dia diberhentikan lagi dengan soalan yang sama.... tapi kali ini dalam 5-10 minit sahaja...
Persoalan saya
Memang dari Thailand ke Padang Besar, passport tidak diminta untuk dilihat ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tumpang jawab..sory kalo salah meh sapa2 tlg betulkn..
biasanya kita keluar masuk negeri orang mesti ada cop..masuk dan keluar sebagai bukti..sbb ni lah masalah yg akan tjadi...nampaknya kita mesti dapatkn cop dr imegresen dlu utk mgelakn hal ini tjadi kpd sesiapa pun slps ini...betul kan? |
|
|
|
|
|
|
|
rauqah posted on 20-2-2014 12:26 PM
saya tumpang jawab..sory kalo salah meh sapa2 tlg betulkn..
biasanya kita keluar masuk negeri orang ...
rasanya perlu ke saya ke imigresen untuk cek semula passport saya?
nampaknya begitu mudah nak keluar masuk sempadan malaysia ....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu malaysian, kuar masuk malaysia takyah cop passport....
masa u kuar dari thailand, kena lah stamp passport dulu...wonder why imigresen thai takde stamp your passport masa kuar....
adakah u tak turun keta masa kuar dari thai? Last edited by midori888 on 20-2-2014 04:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|