View: 2755|Reply: 1
|
Pengalaman Pesakit Angin Ahmar
[Copy link]
|
|
BIAR susuk tubuhnya semakin menyusut, masih ada segunung semangat pada riak wajah untuk kembali pulih seperti sedia kala. Dua bulan pertama selepas disahkan mengalami angin ahmar, Emil Zunnur Elis, 29, mula menerima kenyataan yang perlu ditanggung sepanjang hayatnya.
Ibu mana yang tidak sedih, sebaik anak pertama dilahirkan, diri tiada daya untuk menyentuh, membelai, jauh sekali mendukungnya seperti orang lain. Apa yang dia mampu hanyalah melihat suami, keluarga dan rakan taulan menguruskan segala-galanya.
Bekas penyambut tetamu sebuah firma swasta ini mula mengesan sesuatu yang ganjil dengan dirinya sehari selepas melahirkan El-Rizqy Bin Rudy, secara normal, 5 bulan lalu. Syukur bayi itu dilahirkan sempurna dan sihat.
“Selepas bersalin saya ditahan seperti biasa sebelum dibenarkan pulang. Malam itu saya diserang demam panas dan dimaklumkan doktor akibat jangkitan kuman. Keesokan paginya, waktu jururawat mengejut untuk menyusukan anak, saya langsung tidak dapat menggerakkan seluruh anggota sebelah kanan termasuk kaki dan tangan,” ceritanya ketika ditemui di Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (Nasam), Petaling Jaya baru-baru ini.
Mengikut penjelasan pakar, dia diserang angin ahmar sewaktu sedang tidur dan ketika menyedari keadaan itu, sudah terlalu banyak sel yang rosak akibat darah beku pada otak sebelah kiri menjadikan pergerakan anggota badan sebelah kanan tubuh terjejas.
“Entah dari mana datang kekuatan, saya terima semua ini sebagai ujian Allah SWT. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah mengatur hidup selepas angin ahmar, di sini Nasam memainkan peranan yang sangat penting bukan saja menyalurkan maklumat kepada masyarakat tetapi juga menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada mangsa angin ahmar selain mengelolakan kempen dan ceramah mengenai pencegahan angin ahmar,” jelasnya yang menerima khidmat pemulihan secara individu sejak tiga minggu lalu dari ahli fisioterapi, Sujan Srinivas.
“Syukur, selepas mengikuti latihan fisioterapi tiga kali seminggu di Nasam, kini saya sudah mampu berjalan tanpa perlu bertongkat, itu suatu pencapaian bagi saya, namun sasaran utama adalah untuk menggerakkan tangan supaya dapat menjaga anak, kembali bekerja dan menguruskan rumah tangga dengan lebih baik,” katanya lagi sambil menahan linangan air mata.
Selain bersikap positif, sokongan suami dan seluruh anggota keluarga tidak putus-putus. Jangan mempersoalkan takdir ini, jangan menyalahkan orang lain dan jangan sesekali bersedih mengenangkan untung nasib.
Pesanan Zunnur, cukup mudah, jika ia boleh berlaku kepadanya pada usia semuda itu, tidak mustahil ia akan berlaku pada orang lain. Oleh itu ketika kesihatan masih baik, jagalah ia umpama harta yang tidak ternilai harganya. Terima hakikat bahawa anda mengalami angin ahmar, lupakan diri anda yang dulu, anggap secara positif anda mampu membina kehidupan baru, melihat masa depan sebagai cabaran dan bina sasaran baru mengikut kemampuan.
Makluman anda Nasam ialah Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia yang membantu pesakit pesakit berkaitan angin ahmar. Pelbagai program kesedaran dan aktiviti yang di anjurkan oleh persatuan ini. Antara aktivitinya boleh di rujuk di Web ini.
Sumber : Berita Harian Online
Oleh : Suzan Ahmad
|
|
|
|
|
|
|
|
Anda bakal diserang Stroke jika tidak
1. Memantau Bacaan Tekanan Darah ~ Kita mesti sentiasa tahu keadaan tekanan darah. Bacaan normal untuk orang yang sihat adalah 120/80. Jika anda terlebih atau terkurang cepat-cepat berjumpa pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut.
2. Tahap Kolestrol Perlu Seimbang ~ Badan kita juga memerlukan kolestrol kerana ia berkait rapat dengan penghasilan hormon dan membantu organ-organ penting untuk berfungsi. Tetapi kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Bacaan normal untuk kolestrol adalah 200. Perlu waspada jika bacaan melebihi 200 dan perlu dirujuk ke pakar.
3. Buang Tabiat Merokok ~ Merokok menyebabkan oksigen kurang di dalam darah maka jantung tidak mampu mengepam secukupnya untuk dihantar ke otak. Bukan itu sahaja, kandungan nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mempercepatkan arteri untuk tersumbat.
4. Kurangkan Ambil Garam ~ Kurangkan garam dan lemak dalam diet pemakanan boleh merendah bacaan tekanan darah kita.
5. Kawal Bacaan Diabetes ~ Pesakit diabetes mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah yang boleh membawa kepada serangan stroke.
6. Jangan ambil minuman Alkohol ~ Alkohol boleh menyebabkan kepada serangan stroke. Jauhi diri anda daripada minum alkohol. Itu lebih baik.
7. Selalu Bersenam ~ Cara yang paling mudah dan senang dilakukan iaitu selalu bersenam ataupun melakukan senaman seperti berjalan kaki. Apa-apa senaman yang dilakukan asalkan berpeluh dan menyihatkan.
Kebanyakan penyakit yang kritikal ataupun serius dipengaruhi oleh cara pemakanan dan gaya hidup kita sendiri. Banyak perkara yang kita boleh elakkan ataupun cegah jika kita mengamalkan cara hidup yang sihat.
Baca lain-lain INFO mengenai STROKE
http://bit.ly/tanda_stroke
********************************
ANDA DAH CUBA BERBAGAI KAEDAH RAWATAN?
Untuk masalah kesihatan anda atau keluarga anda
Bagaimana untuk kekal SIHAT secara
Semulajadi dan TERBUKTI berkesan
BioVCo PENAWAR masalah kesihatan
anda secara SEMULAJADI
********************************
Syukur selepas guna biovco hampir setahun,
tekanan darah jadi 120/78; gula 5.5; dan
kolestrol 4.8. Dulu semua over limit.
Abu Bakar Mohd Sheikh
Tanjung Karang
Selangor
********************************
Saya dah gunakan BioVCo dalam 4 bulan
dan hasil yang saya dapati
1. Mengurangkan Berat badan saya sebanyak 7kg
2. Lawas dalam pembuangan air besar
3. kulit muka lebih putih dan bersih
4. Yang penting badan sihat, ringan dan bertenaga
Siti Aisha bt Melan
Batu Berendam
Melaka
********************************
Saya telahpun menerima barang tempahan
saya. Begitu effektif & tidak perlu
menunggu lama. Sebaik sahaja bayaran
dibuat, saya menerima barang tempahan
pada keesokkan harinya.
Raja Noor Ima bt Raja Ibrahim
Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur
********************************
2 botol (150ml x 2) RM68 SM / RM78 SS
Saya nak bagi FREE Postage. SILA
☛ Hantar "STKY2" dan Whatsapp ke 0133014262
☛ atau PM ke : fb.com/messages/infobiovco
***************************************
HOTLINE : 013-3014262
EMAIL : [email protected]
WEB : http://bit.ly/fb_biovco
*************************************** |
|
|
|
|
|
|
| |
|