CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3859|Reply: 8

Tips temuduga

[Copy link]
Post time 26-5-2014 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Cara tangani soalan 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga

Kadangkala di dalam suasana temuduga, calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap sebagai 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga.

Contoh soalan 'sukar' dan 'mencabar':


  • "Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab meninggalkan pekerjaan yang sedia ada ?"
  • "Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?"
  • "Saya dapati anda tidak menyenaraikan apa-apa pekerjaan diantara tahun XX sehingga YY, boleh terangkan mengapa?"
  • "Saya dapati anda kerap bertukar kerja diantara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?"






Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?

Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking  'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?

Tiga Prinsip Utama menjawab soalan 'sukar'

Walaubagaimanapun, Untuk mengelakkan dari perasaan gemuruh, ingatilah tiga prinsip utama menjawab soalan 'sukar':

  • Tujuan utama soalan tersebut ditanya
  • Jawapan yang ringkas dan sesuai
  • Nada dan intonasi yang positif


Kaedah Menjawab Soalan 'sukar'

Perkara pertama sekali adalah kita harus berpegang teguh kepada tiga prinsip diatas dan pada masa yang sama cuba untuk tidak menunjukkan perasaan gemuruh.


Tujuan utama soalan tersebut ditanya
  • Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon kebiasaannya dirancang untuk menduga kebolehan calon berkomunikasi.
  • Soalan 'sukar' sebegini biasanya dapat menentukan sama ada calon tersebut 'matang' atau sebaliknya.
  • Calon yang matang, dapat memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif, manakala calon yang kurang matang akan memberikan jawapan yang lemah dan kerap gemuruh ketika ditanya.
Jawapan ringkas dan sesuai
  • Elakkan dari memberikan jawapan yang terlalu panjang berjela. Hal ini untuk mengelakkan calon daripada menjadi terlebih teruja dan menceritakan perkara yang berada di luar skop jawapan yang dikehendaki penemuduga.
  • Jawapan yang padat juga dapat menunjukkan kematangan calon.
Nada dan intonasi positif


  • Gunakan nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan sukar.
  • Misalnya, sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah', 'tekanan', 'kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah','rumit'
  • Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba untuk menggunakan perkataan alternatif yang membawa maksud  lebih positif seperti: "mencabar", "cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri", "peningkatan kerjaya", "daya usaha" dan  'kepimpinan'.
  • Elakkan dari menyalahkan syarikat lama anda bekerja, bekas majikan atau sebarang polisi kerajaan dan institusi awam.
  • Cuba untuk merangka jawapan yang menunjukkan anda seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa boleh memikul tanggungjawab dan mempunyai daya usaha dalam mempelajari benda baru dan mementingkan peningkatan kerjaya dalam sesebuah institusi.


Kesimpulan

Soalan 'sukar' sememangnya tidak dapat dielakkan di dalam mana-mana situasi temuduga namun begitu, soalan sebegini  dapat ditangani sekiranya calon dapat memahami dan menguasai ketiga-tiga prinsip yang telah diterangkan diatas.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 02:01 PM | Show all posts
Pengalaman aku p temuduga dulu, asik tanya ada pengalaman tak . Ada pengalaman tak . Ada pengalaman tak . Bahagian construction . Sabar je la dok menjawab T_T
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 04:36 PM | Show all posts
tips yg bagus, tp saya rasa,  
topik ni lebih sesuai kat board kaunseling, motivasi & panduan kerjaya kot..

pepon, tq for sharing..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 12:53 PM | Show all posts
good info! thanks for sharing!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 03:20 AM | Show all posts
Soalan yg paling aku menyampah nak jawab masa lps grad dulu..

"Awak takde experience dalam bidang ni, macam mana sy nak ambik awak? Kami takde masa nak train orang"

Aku jawab dgn nada sinis. "Kalau encik tak bagi peluang pada fresh grad, macam mana diorang nak ada experience. Tambahan pula, training adalah perlu untuk melengkapkan knowledge pekerja seiring dengan keadaan semasa. Terima kasih kerana meluangkan masa."

Terus aku mintak diri dan chow..Terdiam terus interviewer tu

Aku dapat post tu tapi aku reject sebab dia byr RM800 aje utk degree holder. Kedekut punya company. Aku keje kat Starbucks lagi byk aku boleh dapat. Boleh jalan daaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 02:16 PM | Show all posts
tungkai posted on 27-5-2014 07:20 PM
Soalan yg paling aku menyampah nak jawab masa lps grad dulu..

"Awak takde experience dalam bidang ...

masa kita temuduga ini banyak cabaran berlaku ..apa2 pun mengikut kepada nasib ..tapi Tungkai rasa bertuah sebab dah dapat pekerjaan yang lagi bagus lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 06:04 PM | Show all posts
MESHAL posted on 28-5-2014 02:16 PM
masa kita temuduga ini banyak cabaran berlaku ..apa2 pun mengikut kepada nasib ..tapi Tungkai rasa ...

Bertuah tu mungkin kot tapi jangan sampai kemaruk nak keje kita plak kena buli dengan company. Tak dapat satu company bukannya end of the world. Ada banyak lagi peluang yang ada yg kita belum teroka. Sama ada cepat atau lambat. Yang penting usaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 09:38 AM | Show all posts
tungkai posted on 28-5-2014 10:04 AM
Bertuah tu mungkin kot tapi jangan sampai kemaruk nak keje kita plak kena buli dengan company. Tak ...

Betul tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 07:03 AM | Show all posts
Perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat berkaitan dengan tips temuduga.

Banyak yang saya boleh aplikasikan

Satu tip tambahan yang saya nak kongsikan dalam aspek menghantar resume untuk temuduga:

Sertakan link dengan video yang ringkas berdurasi 3 minit sebagai salah satu cara untuk menawan hati majikan.

Ia adalah strategi khas untuk bakal majikan mengenali potensi diri kita.

Bakal majikan kita akan melihat diri kita sebagai seorang yang kreatif (bukan semua orang buat video,hehe) dan dalam masa yang sama kita juga akan dipandang sebagai seorang yang memiliki keyakina diri yang tinggi di mata bakal majikan (good first impression).

Cuba lah buat dan lihat hasilnya!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.113516 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list