CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9979|Reply: 4

Kayap

[Copy link]
Post time 10-6-2014 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Kayap

Pengenalan

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) dan
Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. It akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, ia menjadi gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.



Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda lazim penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

  • Meredakan kesakitan
  • Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  • Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.



Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

  • Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  • Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) misalan diclofenac dan
  • Menggunakan ubat neuroactive seperti amitryptiline.
  • Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.


Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2014 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
good info.

supplement kayap nie ada. tapi mahal & kena istiqamah makan utk 4~5 bulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 02:23 PM | Show all posts
alexandria_iz posted on 10-6-2014 07:26 PM
good info.

supplement kayap nie ada. tapi mahal & kena istiqamah makan utk 4~5 bulan.

yeeeeahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 10:43 AM | Show all posts
penyakit kulit memang tidak mnyenangkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:21 PM | Show all posts
Kalau ada masalah kayap, boleh lah try SHAKLEE NUTRIFERON dan SHAKLEE GARLIC... Nak lagi bagus... leh try SHAKLEE VIVIX...

Insya Allah dapat membantu anda yang ada masalah kayap....

Juz sharing...

Last edited by syidarohim on 20-6-2014 01:22 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.792141 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list