View: 6859|Reply: 0
|
X-Gear crossover versatil
[Copy link]
|
|
KENDERAAN crossover merujuk kepada gabungan pemanduan sebuah kereta sedan dengan gaya kenderaan sport utiliti (SUV) kian mendapat tempat kalangan pengguna di negara ini.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) juga tidak ketinggalan pantas mengetengahkan jentera itu - Nissan X-Gear baharu Mac lalu.
Penulis berkesempatan memandu ujinya, hujung minggu lalu. Sedikit teruja memacunya apabila ia dikatakan jenis crossover yang versatil.
Sebaik kunci bertukar tangan di Ibu Pejabat ETCM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, penulis mula meneroka jentera ini. Jujur pertama kali memandangnya, agak tertarik dengan reka bentuknya yang tampak segar, lasak dan sporty.
Pengadang lumpur berwarna hitam, rim aloi berjejari V, hud enjin, cermin sisi yang kemas, tarikan pada rupa baharunya. Reka bentuk lampu lebih besar nampak selari dengan ciri terkini.
Melihat roof rails, terbayang pula betapa mudah mengangkut basikal, khemah dan barangan terutama bagi penulis yang gemarkan aktiviti outdoor.
Menjengah ruang kabin, agak luas. Mendapat varian tempat duduk dan panel pintu dilengkapi kombinasi material kulit menambahkan rasa selesa.
Duduk di tempat duduk pemandu, pandangan melalui cermin hadapan nampak luas. Penulis yang berketinggian 160 cm tidak terasa pandangan 'terhalang' dengan stereng seperti kebiasaan kereta.
Susun atur papan pemukanya kemas dan ringkas. Stereng dibalut material Urethane hitam dengan butang kawalan MID dan audio. Sudah pasti sebaik menghidupkan enjin dan pendingin hawa, perkara wajib penulis lakukan, memasang radio.
Unit audio utama 2-DIN dan input AUX tidak mengecewakan. Selesa menadah telinga mendengar celoteh DJ dan lagu berkumandang. Sementara itu, mudah untuk penulis mengundurkan X-Gear dengan bantuan kamera belakang melalui Navigasi Multimedia 6.5".
Memacu jentera lima tempat duduk ini seorang diri di tengah ibu negara dalam trafik sesak rasa mudah dengan penggunaan kotak gear automatik. Sterengnya rasa neutral dan ringan.
Di laluan berliku
Pada hari kedua, tahap kelasakan jentera ini lebih teruji. Kali ini ia perlu membawa beban tiga dewasa dan tiga kanak-kanak, dengan jarak perjalanan dari pinggir ibu kota menuju ke daerah Teluk Intan, Perak.
Memasukkan barangan ke ruang kargo seluas 383 liter, mudah dan terlihat masih banyak ruang kosong. Usai menyusun, jentera mula bergerak.
Mengikut data spesifikasi, jentera ini menyediakan kuasa sebanyak 105PS pada 5,200 rpm dan 150Nm tork pada 4,400 rpm. Enjin HR16DE bersesaran 1.6 liter empat silinder aluminium ini terasa ampuh dan selesa menyediakan kuasa mencukupi, biarpun pada awalnya penulis menjangkakan berlaku defisit tork.
Bunyi enjin empat silinder kompak ini jelas dari ruang kabin. Namun bukan isu besar dengan keselesaan ditawarkan.
Tatkala di lebuh raya, mudah penulis memintas kenderaan melalui tindak balas cepat sebaik pedal minyak ditekan.
Separuh perjalanan, sengaja penulis keluar lebuh raya untuk menguji jentera ini di laluan biasa lebih 'mencabar'.
X-Gear wajar mendapat pujian dek suspensinya lembut menyerap jalan tidak rata dan semasa tak sempat membrek tika melalui bonggol jalan 'haram' di jalan kampung. Ia tidak menjejaskan keselesaan penumpang kabin.
Si kecil berusia satu setengah tahun ketika itu sedang lelap mata pun, tidak terbangun dari tidurnya.
Penulis juga harus mengakui stereng kuasa elektrik ditawarkan X-Gear bertindak cemerlang untuk kendalian di selekoh dan membelok. Daya olengan badan juga minimum.
Hampir tiba di destinasi dalam perjalanan kira-kira dua jam setengah itu, penumpang di bahagian belakang juga memberikan reaksi positif kepada ruang kaki dan keselesaan ditawarkan.
Kembali ke ibu negara, meter menunjukkan masih ada baki dua bar minyak. Benarlah ia dikatakan menjimatkan bahan api.
Bagi golongan muda berkeluarga mahu kenderaan praktikal dan ekonomi, mungkin X-Gear boleh dimasukkan dalam senarai pilihan anda. Sesuai dibawa ke tempat kerja, mahupun pulang selalu ke kampung bersama keluarga. Penulis berpuas hati dengan prestasinya.
Padanlah Livina X-Gear menang Asian Auto Industry Awards 2012 bagi Kategori Best Value For Money Family Car!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|